Nuffnang Advertisement

Monday, October 22, 2012

Vanice - Day 2

Macam mana ni korang aku dah malas nak tulis....hahaha pening kepala aku nak ingatkan balik apa yang berlaku. Gambar pun aku malas nak pilih. Matilah korang marah aku nanti. Mula2 jer yoyo sekarang sendiri tulis sendiri muntah. Kang over macam syok sendiri pulak....kang aku bagi gambar tak tulis apa2 korang marah pulak. Sengaja tau buat keadaan i jadi serba salah. Korang duduk dan baca jer lah diam2...agak2 nak terbelahak tutup jer ya. Aku bukan tahu pun...muahahahaha!!

Malam day 1 kat Vanice package dah sediakan dinner romantik utk group TETAPI sebab semua keletihan dengan keterujuan siang tu jadi ada sedikit hambar. Aku rasa family aku jer hambar kot sbb omputih2 semua elok jer menari. Aku anak beranak jer mata dah kuyu giler.


Our Hotel kat Vanice. Very classic macam rasa kalau masuk hotel ni kena pakai gaun kembang2 sambil pegang topeng....muahahahaha


View dari bilik.


Cantikan!!

Waktu ni mmg kitaorang keletihan giler. Group omputih siap tukar baju cantik2 pakai gaun dgn shawl bagai...kitaorang selamba badak jer tak mandi...tak tukar baju. Mana tak letih siang hari melompat, jalan macam explorace, jakun melampau...lepas tu keletihan. Selalu kalau dinner romantik macam ni aku ngan En Win paling over tapi hari tu di pandang aku....aku pandang dia macam tak ada nafsu langsung...hahaha. Dalam kepala nak makan laju2 lepas tu nak naik mandi dan nak cepat membuta. Lantak lah korang dancing2 malam tu.


Penat jer mamat ni main lagu romantik...aku ngan En Win tak efek langsung.
Makanan malam tu mmg superb sedap...tapi malas pulak aku nak letak...hahaha nanti kalau aku free aku download kat FB yer. Selesai jer makan malam tu...kitaorang tak tunggu party sbb budak2 dah bising nak naik...1st time tak join group lepak2 malam tu. Pukul 10 semua berdengkur tidur. En Win lagi pengotor sementara tunggu aku mandi dia dah membonkang...sampai esok pagi tak mandi...BAGUS!!!



Bangun pagi rasa fresh giler!!

Day 2 - Vanice

Hari ni acara bebas..pandai2 lah cari makan dan berjalan sendiri. tak sesat pun...setakat naik bot tak ada hal lah.

Pukul 10 pagi selepas bekpes aku anak beranak dah start berjalan. Shopping time!!



Kat Vanice ni penuh dengan kedai kiri dan kanan. Syok lah cuci mata...tapi kalau nak membeli rasanya tak berbaloi kot sbb korang boleh dapat lebih murah kat Malaysia.


Cantik topeng2 kat sini.


Anak aku bodek En Win naik gendola sekali lagi...tapi aku dari jauh nak jeling kat En Win jgn nak ikutkan sangat budak2 tu. Melampau mahal RM320.00 utk setengah jam jer. Esok kita gi Melaka korang naiklah lah sampan lelama kat situ...mama ngan papa ok jer kalau korang suruh nyanyi atas sampan tu nanti.

 

Tengahari tu dah kelaparan giler...rasanya dah tak sanggup makan pizza.  So En Win waktu ni nak tekad giler dah tak peduli harga...nampak ikan dan udang tu lazat semacam jer.

En Win: Lantaklah ma...mahal pun mahal lah kita berlasah jer...I dah tak tahan dah ni

Aku: Jom...i pun dah meleleh air hidung tgk udang tu.

 

Tengok harga kat menu tu mmg juling bijik mata....tapi lantak lah perut lebih penting dari segalanya.


Ini jer gambar yang aku sempat snap...yang lain aku dah tak keruan sbb tangan dah gigil2 waktu tu. En Win makan Grill Prawn, aku gambar kat atas tu, budak2 aku dah lupa..hahahaha. Kitaorang mmg pulun kau2 siap dessert sekali...puas hati rasanya. Sekali bill sampai RM680.00...redha jer lah.

 

Baru terang sikit mata ni berjalan...kalau tak tak kurang bersemangat sbb bila nampak pizza jer rasa nak muntah.


Hari ni a bit relax...tak lah rushing macam semalam. Aku pun tak tahu kenapa kitaorang jadi kelam kabut semalam...bodoh betul!!


Kat Vanice cuaca agak panas sikit...mungkin sbb dekat dengan laut. Panas tu agak terik sikit. Kat belakang gambar tu Church seperti biasa aku lalu jer tak singgah pun.

 

 


Masih lagi bergambar didepan kedai ini. Hanya mampu melihat sahaja. En Win sibuk tolak2 aku suruh masuk...kang i meroyan suruh u belikan baru tau. I baik Pa....


TAPI









 

Sempat jugak!!!



Kesian jugaklah kat budak2 sbb kat Vanice tak ada jual pun barang mainan jadi korang boleh tgk muka sorang2 boring jer.

Yaya: Asyik mama jer beli...kitaorang tak ada pun

Mama: Hahaha siapa suruh ikut!!


Tak sampai hati pulak aku ngan En Win carilah jugak barang utk budak2...sampailah jumpa satu kedai ni jual barang2 art. Sila lah anak2 buat pilihan. Baru muka tu ada senyum!!



En Win dah tak larat sbb panas bebenor haritu...kelam jer kulit laki aku waktu tu. So dia ajak balik tidur dulu. Petang kang sambung berjalan balik. Nak balik hotel tiket bot Euro 7 per person cuba kali 4....RM112.00 naik bot tak sampai 15 minit. Giler2!! Nasiblah tempat ni cantik giler rasa lah berbaloi bayar mahal2.


Petang semua dah fresh dan membongkang cukup kat bilik hotel baru sambung balik jalan2. Tapi kitaorang tak ker Vanice cuma jln sekitar hotel jer.


Omputih sgt!!!




Adik


Yaya

Korang malam kat Vanice tu En Win buat hal....rupanya dia dah kelaparan nasi...tapi dia ego. Waktu aku masak nasi dia sanggup makan meggi mee lepas tu mulut dia kumat kamit kata aku kampung. Lantak janji aku kenyang. Tak sangka malam tu dia tunggu aku tidur....dia dah sorok camera siap2....rupanya dia masak nasi dalam diam. Mmg kena kutuk ngan aku....telinga aku ni tajam yer bunyi sikit aku boleh dengar....ini kan pulak bunyi tgh basuh beras....hahahaha. Tapi tak sampai hati nak kutuk kaw2 kang merajuk kepunan pulak. Waktu En Win tgh makan nasi kelam kabut aku cari camera....rupanya dia sudah sorok dalam almari. Takut malu lah tu.

Pengajaran: Jgn ckp besar kerana balasan nya adalah sangat cepat...hahahaha


Sambung esok...kita ke Bologna pulak!!

8 comments:

Izzan Yong Rosdin said...

perut melayu... aper pon mesti nk nasi...

Halimaton Hanafee said...

hehe...seronok kan jalan2..saya nak abiskan part last pegi kore ritu pun tak tulis2 lagii..lupa dh smuanye..hehe...

cikeyrah said...

kak.elly cepat sambung lagi , xsabar nak baca next entry :)

genuine1224 said...

klakar en.win...hahahha.. dah nama org msia, mana maunya xmkn nasik. takat 2,3 hari bule la. dah seminggu 2, mmg xtahan laa..
yaya muka akak sebijik. adik plak muka en.win sebijik..elok dah acuan tu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

tekak melayu tak jumpa nasik tak sah ! mana2 pergi pun mesti nak cari nasi kan.. kampung ke tak, ada ku kesah.. hidup Melayu ! (eh?)

Filla ~ Kasihs said...

kahkahkahhhh... pandai malu yer win yerrrr..

sara said...

hi elly. tgh tgh cuti sakit ni, i tak tau macam mana terjumpa your blog. best baca sampai dah ke entry you in 2011. lawak :) anak anak you pun cutenya! klu nanti sampai area amsterdam then update la kat blog. i kat area eindhoven, boleh la jumpa and makan makan. at least confirm ada nasi :) can't wait to read your next post on your europe trip

Anonymous said...

hai kak elly,sy selalu baca blog akk tp baru hari ni add FB akk,harap2 akk sudi la accept yer..best entry akk,banyak info yg sy dapat. Aishah Jera