Nuffnang Advertisement

Monday, October 29, 2012

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha uollls....giler lambat ucapan tuan belog. Maklumlah i busy...hahahaha. Minggu ni kita stop jap entry Europe bagi aku berehat jap...banyak benda lain nak cerita kat korang. Harap bersabar yer.

Hari Raya Haji rutin aku macam biasa sehari sebelum raya aku akan sibuk beli barang2 dapur utk mak. Beraya rumah mak awal sehari sebab selalunya aku akan balik ke Melaka pagi raya. Tapi tahun ni ada kelainan sikit orang Melaka datang KL pulak jadi raya reramai rumah saudara kat Sunway USJ. Tapi tetap meriah sebab korang tahulah mmg budaya orang melaka jenis cakap jerit2 kena pulak dengan suara aku yang tertelan mic ni jadi walaupun tak ramai tapi keadaan tetap sama macam 50 orang....I like!!



Pepagi dah manja2 tangkap gambar. Anak aku berbulu jer jadi cameraman...hahaha. Gambar selepas selesai bermaaf2an. Aku kalau time maaf2 ni mmg sedih tak tentu hala rasa macam banyak jer dosa kat laki selama ni...rasa macam aku tak dapat sempurnakan tugas isteri dengan baik..jadi sedikit tersentuh disitu bila cium tangan suami di pagi raya. Laki aku selalu cakap "tak ma...u isteri yang baik u lengkapkan hidup I". Lagi lah meleleh2 air mata aku. Terus rasa Sayang mengunung tinggi....

Pa...I Luv u so much tau....(eh!! tetiba...maafkan saya sedekit emo disini)


Kalau seorang isteri tengok gambar macam ni sejuk jer hatikan. Cepatnya masa berlalu...anak2 dah semakin membesar. Kitaorang semakin tua. Yaya dah tinggi...adik dah semakin pandai menjawab. Tengok2 esok semua dah ada kerjaya sendiri tinggal lah mama ngan papa berdua jer...sobsobsob

*emo lagi*


Mak ngan Abah di Melaka. Gambar guna phone jer sbb tuan belog pemalas!!


My Family


Family di Melaka!!


Lontong!!

Tak sempat nak tangkap gambar makanan seperti biasa aku akan jadi tak tentu arah bila makanan bnyk didepan mata. Tak dapat lah korang cuci mata tgk makanan yang disediakan....ada aku kesah yang penting perut aku kenyang....hahahaha.

 

Disebabkan mak kau ni pemalas jadi satu pinggan share 2 orang yer. Duduk diam2 mak kau ni nak kenyangkan perut!!
Lepas selesai makan2 dan bermaafan kitaorang terus balik rumah memasing...rehat2 lepak2 tiba En Win keluarkan idea bernas ajak bercuti di PD...apalagi jom (cite nexy entry ya)

Sebelum terlupa Saya sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada penulisan saya menguris hati dan perasaan korang selama ni saya juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. MAAFKAN KAMI!!

3 comments:

FadMN said...

Selamat hari raya.sukee tgk kak elly.cam iras dr halina wife dr sms tu pun ada..both kids pun canteks la like mommy..

Irfa said...

seronok tgk family besar.salam aidiladha dear elly ;)

MiszNoRuL said...

selamat hr raya kak elly sekeluarga..

nk tanya umah sunway USJ tu kt mana kak? dekat dgn sunway pyramid ke atau belah2 summit usj sana.. hehe..sy duk usj