Nuffnang Advertisement

Friday, October 5, 2012

Rome Day 2


Day 2 dekat Rome mmg banyak aktiviti dari pagi sampai ke malam. Seawal pukul 6.00 pagi kitaorang dah bangun. Bekpes pukul 7.00 pagi. Pukul 8.00 kitaorang dah start buat lawatan. Hari ini jer ada 4 tempat yang kitaorang pergi Museum, Vatican City, Coloseum & tempat shopping  So aku kena tunjuk gambar satu2 supaya korang tak keliru nanti.

Lawatan pertama Museum & Vatican City


Bekpes dulu...Roti jer!!


Banyak makanan yang kitaorang x boleh makan...roti dan bijiran jerlah utk isikan perut pagi tu.


Waktu ni tengah tunggu giliran utk masuk Museum.


Unik dan super cantik....mcm istana lama yg penuh dengan patung2 bogel.


Yaya: Ma kenapa patung dia semua tak pakai baju.

Aku: Orang dulu2 mana pakai baju

Yaya: Habis tu tak sejuk ker???

Aku: Mama tak tahulah sbb mama bukan orang dulu2. Hahaha boleh ker jawapan macam tu!!









Ukiran dan patung2 kat dlm museum mmg unik...korang tak boleh jumpa kat negara lain. Seni tangan dan ukiran amazing sungguh!!




Perbandingan siapa lebih besar....muahahahaha



Pandangan luar...cantiknya macam aman dan tenang jer bila tengok kan!


Benda yang aku pakai tu utk senang dengar bila tour guide bagi penerangan jadi tak payah lah dia terjerit2 bila bercakap.



Ceiling yang penuh ukiran








Budak2 agak boring disini sbb aku rasa diorang masih kecil utk menghargai dan mencintai seni bina.


Vatican City

Jarak diantara museum dan vatican city cuma mengambil masa 15 minit jer berjalan kaki. Vatican City adalah Church yang terbesar di Rome. Disini 'Pope' akan memberi khutubah pada rakyatnya setiap hari Rabu.Utk hari biasa diorang akan open utk tourist membuat lawatan.


Kat sini aku dapat selitkan sedikit pendidikan utk anak2 aku. Mula2 Yaya rasa macam serba salah utk masuk church. Dia kata nanti jadi kafir. Budak2... aku dulu pun fikir macam tu jugak.

Kita kena hormat agama orang lain...jgn sekali2 kita mengutuk tuhan mereka TAPI jgn pula kita terikut cara mereka yer!!


Ukiran dalam Church penuh dengan patung2. Aku setakat tengok2 jer lah...group aku yang lain ambik kesempatan "bersembahyang" di situ. Sekali lagi kita kena hormat.


"Pope" atau paderi yang pertama diorang semadikan disini.


Pandangan luar Church.


Kita bagi peluang diorang "bersembahyang" lama sikit. Aku awal2 dah cabut makan.


Apalagi Pizza lorrrrr....


Settled tunggu group lain berkumpul utk meneruskan perjalanan.


12 comments:

Izzan Yong Rosdin said...

Ala... Tulislah panjang2 skit.. x puaslah...

Elly said...

Laling! kat sini tak banyak cerita sbb sensitif sikit takut kang cite2lebih2 pasal church takut orang x boleh terima

Irfa said...

wah teruja aku tgk gambar cuti2 ko ni elly..okey next ;)

NenetPenne (NP) said...

hai..
i nak nama travel agency yang u pegi nilah... i start baca entry day 2 kalau ada u dah mention kat entry day 1, i baca kat situ jelah..

Anonymous said...

okies>> next pls.. 👍

Aiza Iza said...

Elly, naper nampak semua pakai name tag ? Hehehe

Anonymous said...

Salam, kak elly is there any way you could email me or pass me ur email? i need to ask a few things about rome coz im going there this weekend. tq?

Elly said...

Nenet: Nama travel agent Triways Travel Network

Elly said...

Anony: ellyirfan@gmail.com

NenetPenne (NP) said...

ok noted..thanks..

Anonymous said...

Kak Elly saya tengok akak ni makin lama makin cantik dan menarik macam anak dara...

Anonymous said...

Sah bukan family akak sorang yang color block di EU. Sy scroll semua gambar dulu, nanti free2, datang baca celotehan akak.