Nuffnang Advertisement

Monday, October 8, 2012

Rome Day 2 - Colosseum & Muzeum

Hari kedua hari yang memang memenatkan full activity tapi we all really enjoy. Lepas dah berjalan kat Vatican City dah makan pizza yang tak sedap langsung tu kita teruskan perjalanan.

Collosseum

Terpegun sekejap aku kat tempat ini. Salah satu tempat idaman aku. Kecik2 tgk gambar dalam buku jer...Alhamdullilah sekarang berada di depan mata. Sumpah korang aku macam terpegun tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku masa tu...macam wei! ini angan2 aku kecik2 sebelum tidur aku berangan gi tempat melancong macam ni dan sekarang aku dah sampai. En Win kata aku over terkinja2 tak tentu pasal...biar arrr macam aku tak tahu dia pun terpegun tapi kaberrrr jer lebih.



Pa jgn kaberlah i tgk bulat2 biji mata u kat tempat tu



Cantik kan korang...terlalu unik dan terlalu banyak sejarah yang ada kat bangunan ni dan aku sangat kagum tgk bangunan lama2 macam ni.



Kalau korang malas nak jalan boleh guna khidmat kuda ni. Anak aku dan2 kaki sakit tak boleh jalan. Jgn ngada 20 Euro ok! mak kau ni sanggup dukung kalau tak larat jalan.



Masih terngiang2 di ingatan aku...AKU TAK PERCAYA CINTA versi Liyana Jasmay...hahaha tetiba



Duduk sekejap kat atas batu ni mama nak berangan jap jadi orang dulu2



"Pa cantikan tempat ni...sukalah....macam tak percaya...tak sangka kan Pa....cantik kan Pa"

"Ye sayang".....wah! laki aku terus sayang. Dia pun sama tempat cantik jer terus jadi lomantik.



Collosseum.....kalau korang pernah tgk cerita Gladiator korang mesti tahu tempat ni. Mengikut tour guide aku kat sini rakyat mereka akan berkumpul utk menyaksikan aksi lawan2 bukan jer sesama manusia tetapi bersama binatang2 buas. Diorang akan lepaskan 100 ekor singa mcm tu jer kat tengah2 bulatan tu...mana pahlawan yang masih hidup dan bertahan dialah yang paling gagah dan perkasa dan Sultan mereka akan menyediakan wang emas sebagai habuan. Giler ganas kan...demi wang mereka sanggup mengadaikan nyawa. Setahun dalam 4 kali pertandingan ini akan di buat.

Waktu tour guide tu bercerita En Win sampai tutup2 mata nak membayangkan peristiwa tu...ok sekarang siapa yg overrrrr...



Yahooooo!
Yaya n Adik....Mama n Papa nak korang sematkan kat kepala yang korang pernah sampai kat tempat ni. Jgn biarkan dia hilang macam tu saja. Tempat ni bukan senang kita nak sampai...macam nak mati mak bapak kau ni cari duit...hahaha



Eh! sebijik lah muka aku.



My nyawa!!



Hollooo3 tinggi nyerrrr



My Family!!!

Lepas dah selesai berjalan hampir 2 jam kat situ kami dibawa pulak melawat museum. Perjalanan dalam 1/2 jam jer tapi sempatlah berdengkur dalam bas.



Sorry aku tak sempat dengar nama tempat ni....hahaha sebenarnya tak tahu eja berbelit2 lidah nak menyebutnya. Tapi cantik....

Tempat utk berniat dan sampaikan segala hajat korang dengan hanya membaling duit syilling kedalam air terjun. Cara membaling nyer dengan memandang kebelakang dan lontar kan duit di bahu sebelah kanan. Ini kepercayaan diorang jadi kita lihatkan sahaja.



"Semoga kita kekal bahagia...saling sayang menyayangi....dan dapat menharungi segala ujian dan rintangan tanpa ada perbalahan sehingga ke akhir hayat"....Amin



Dekat Rome mmg banyak artis jalanan macam ni. Dah tangkap gambar pandai2 lah kasi duit.



Nak jugakkkkk!!



Ini bukan batu yer tapi orang...mula2 aku ingat batu tapi lepas tgk mata gerak2 terus tanjat boboi



depan Museum bergambar dulu sebelum masuk



Aku malas nak lekat gambar museum ni banyak2 kang korang boring pulak nak tgk so ambik lah sekeping ni...janji aku tunjuk kang kata kejam. Macam biasa banyak patung2 ukiran kat dalam ni.



Permandangan di luar...dibandar Rome ni korang boleh tgk banyak patung2 ukiran yang unik dan semua tak berbaju...togel. Hari pertama sampai kat Rome anak aku pelik kenapa patung semua tak pakai baju hari kedua dia dah tak heran....kote pun kote lah.



Cantikan building dia...macam tenang jer bila tgk...macam korang tak boleh tgk benda ni kat mana2 negara...kat sinilah satunya tempat kau boleh tengok diaorang kekalkan building lama2. Tak ada kemodenan langsung.



Tengah2 ni tempat diorang jual lukisan....hanya mampu lihat sahaja



Dinner time!!! tempat ni so romantik dan cantik tahap gaban. Aku macam nak nangis...over2....sekali lagi En Win realisasi kan impian aku. Dia mmg tahu aku suka tempat2 macam ni sbb dialah pendengar aku tiap2 malam bercerita ttg angan2 dan impian aku...dan hari ni aku bersama orang2 yang paling aku sayangi. "Come Pa i nak hug n kiss u"...Yaya dah jeling maut kat aku.



Cantik kan korang...nak nangis kan!!!



Lepas tu ada nari2 kat depan tu.



Dinner!! hari ni sedap lah sikit tapi ttp plain pizza n Seafood spagetti!

Esok day 3 ya....

14 comments:

my everything said...

bestnyeeeee... elly u cantik sangat haritu i tepegi bangsar village ternampak u ohh cantiknyeee dikauu heheh nak tegur malu heheheh

Irfa said...

tak terkata..moga aku juga akan smpi kesini suatu hari nanti ;)

Izzan Yong Rosdin said...

Seronoknye..... nk kumpul duit gak lah...

kukukata.blogspot.com said...

x pe la elly letak la gambar banyak2, x boring pon, bukan senang nak dapat tengok gambar2 kat sna...

cikeyrah said...

beshnya . . kak.elly cepat sambung lagi, x sabau nak baca ..

Anonymous said...

Kak Elly bestnyee... Cantik semua pemandangan tu ;)

Delima said...

elly, i silent reader blog u.. tp harini nak munculkan diri.. debushhh.. hahahaha... eih upload la gmbr lg, i suka.. sape yg tk suka tu bleh tutup mata.. kansss.. jgn nk complaint kalo tk suka.. hihihihi...

syieda said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... jelesssssnya...

Annie Han Yeon Rin said...

Elly,

Kat fountain tu namanya Fontana di Trevi tmpt busuk kitaorang panggil. Suma pakat nk berurusan 'kecil' kt situ hehehe.. But yes kako nk buat hajat bole but if course fir us cannot do kan..

Tempat u makan tu nama dia Piazza Navona .. Tempat artis masih blom terkenal menunjuk bakat dalam lukisan dan menjual karya mereka. Glad to knoe u happy di rome.. Kalo x ikut pakej dah lama i bawa u jalan2 bnyk lg tempat..

Dah try ais krim rome?

noure said...

nama fountain org baling2 coins tuh Fontana di Trevi ;)

Anonymous said...

ala dah 3 kali bukak ni mane day 3 kak ely? tak sabar niiiiiiii hihihi

Anonymous said...

besnya...

Beautikazoom said...

Nama English dia fountain of love...aku suke gak gi situ...org dok baling duit...aku kata baik beli gelato..konyang gak..

~Beb~ said...

haaaaaaaaaaaaa ctk gils!