Nuffnang Advertisement

Friday, October 5, 2012

Rome Day 1

BONJOURNO!! Eh silap Morning uollssssss. Rindu I tak....muahahahaha. Bukan main korang yer suruh aku cepat buat karangan kang aku start buat jgn muntah hijau laks. Dah lah 12 hari kat sana gambar melambak sanggup ker tengok aku gedik2 santai anak beranak kat sana. Pening aku dah pilih gambar nak bagi korang tgk sebab banyak yang lucah....asal tempat cantik jer cium....asal sejuk jer peluk...ahaks!!!

Cantik giler....superb....pengalaman yang indah yang tidak akan aku lupakan sampai bila2. Tapi mahal giler!!! aku kat sana asal nampak harga jer terus kali 4. Lancar giler kali 4 secara tiba2. Utk jalan2 makan angin boleh utk shopping nando....yer ker nando!!! hahaha.


 
Flight kitaorang pukul 11.40 malan (20th October) perjalanan dari KUL >> LON selama 13 jam. Transit kat London 1 jam sambung balik naik British Airways selama 2 jam 40 minit. Ya! pepek aku masih kebas lagi...lama giler tidur bangun lapan kali pun tak sampai2 lagi. Nasib baik anak2 aku ok tak buat perangai. Berjaya merasa naik kapal terbang MAS terbaru MH3800 canggih betul. Seat besar, game and tv semua latest.
 

Waktu ni dalam flight British Airways utk menuju ke Rome! Beza masa adalah 6 jam. Kitaorang sampai Rome pukul 9.50 pagi.



Lepas ambik barang2 semua terus gi kaunter Trafalgar. Inilah agent yang menguruskan segala urusan kami di Rome nanti. Hotel, makan, jalan2 semua diuruskan oleh Trafalgar. Agak mahal sedikit tapi berbaloi sbb semua diuruskan oleh diorang. Disana kita orang cuma bawak duit poket jer yang lain semua dah bayar kat Malaysia sebelum berangkat kat Rome. Jadi tak adalah pening kepala sangat.


Amedio our tourist guide. Sampai2 jer hotel terus dia bagi penerangan dan jadual dan time yang kitaorang kena follow. Memandang aku jer group melayu dan Islam so kena request awal2 makanan vegetarian kang dia goreng babi macam mana aku nak telan pulak. Group kami ada dalam 40 orang dari bermacam2 negara Canada, US, Australia, Singapore dan semua excited bila sampai hari tu.


Kampung tetap kampung....sampai2 masak nasik dulu belasah dengan dendeng. En Win jeling2 lepas tu mulut terkamit2 kutuk aku. Apahal sukahati i lah. Nanti aku nak cerita kat korang perangai En Win hari ke 6 kat sana lagi teruk dari aku....tunggu!!!!



Day 1 tak ada aktiviti cuma malam nanti berkumpul utk dinner. Lepas kenyang, mandi2 terus jalan kat kawasan hotel....terus felling omputih waktu tu.



En Win lapar ajak makan ringan2 kat situ...buka menu semua Ham....kembang tekak aku. Aku senyum jer pandang muka En Win jgn harap boleh share nasi ngan aku. Cakap besar kan kita tengok nanti. Anak2 nasib baik ada pizza cheese. Makan lah korang aku dah kenyang mentekedarah nasi tadi.



Muahahahaha....makanlah roti berjem kan tomato lepas tu mahal giler. Sekeping macam ni 3 Euro maknanya RM12.00. Air 4 Euro (RM16.00). Makan bodoh2 jer kat situ melayang RM100.00 fuh!! lap peluh jap. Tapi En Win tetap muka sombang makan macam sedap bebenor lah roti tu. Ingat aku tak tahu agaknya tekak dia kembang.



Permandangan mmg cantik!!



So far anak2 aku tak complain...tengok diorang enjoy jer. Ok boleh ikut jalan jauh lagi.



Gelabah kan!



Thanks Pa!!!



Building diorang semua earth colour unik dan cantik.



Cheese kat sana giler banyak dah macam cake aku tengok.

Lepas puas2 round kat situ kitaorang diminta utk berkumpul depan hotel pukul 6 ptg for our Welcome Reception Dinner.



Restaurant!!!


Group yang duduk semeja dengan kitaorang hari tu. Diorang ni from US.



Us!!


Our group!!! Mula2 aku segan2 gaks nak join diorang...tapi rupaya diorang kepala lebih giler dari kitaorang yang muda2 ni. After dinner ada nyanyi dan nari2. Bertukar2 pasangan...dari malu terus aku over...utk tujuan suai kenal dan merapatkan hubungan mmg sempoi. Dalam group ni cuma aku dan pasangan dari Malaysian jer muda yang lain semua 50 above.



Disebabkan kitaorang kena makan vegetarian food...hambek kau makan lah sayur2 macam gini. Tapi sedap pulak. Anak2 aku terkulat2 nak makan.



Korang rasa boleh kenyang tak??? yang putih tu cheese makan ngan tomato...cannot masuk uolls!!! Lepas tu diorang ada hidangkan pizza cheese utk kitaorang...waktu ni pulun kaw2



Dessert!! Aku sapu licin. Yummy!!!

 

Waktu ni semua dah start bergoyang bila penyanyi dia keluar. Dinner selesai pukul 11 malam jer...kalau ikut time Malaysia waktu ni pukul 5 pagi. Aku anak beranak macam nak juling biji mata tahan ngantuk seharian letih kat dalam flight lagi tapi bertahan kaki tetap bergoyang...menari tetap menari.

Day 2...esok sambung yek.

16 comments:

♥ Wina ♥ said...

beautiful!!

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

bestnya!.. tak sabar nak baca hari seterusnya

erin suhaimin said...

day 2 pplz hahaha! :)

Irfa said...

wah merasa dah ko naik a380 ye elly
aku naik jugak tapi naik kapal yang tengah parking.tak boleh jadi ni..kena naik jugaklah,tapi bila ye..skrg tabung ayam lom penuh lagi.hehe

mmg la..kalau kat oversea..perasaan romantik itu menggebu-gebu :)

aLeen aVriL said...

20 oct????maknanya belom pegi lg tuh...abes cmna bile ada.gmbar ni semua....

20sept kot sbnrny kan...

aLeen aVriL said...

Oct 20????? 20 sept kot kak

Aku said...

hahahaha, laki kau sgt eksen! Aku rasa aku pon sama mcm ko, kompom takleh masuk telan roti je ari2

Mimy Hamid said...

nak lagi elly

Anonymous said...

TAK SABAR CERITA SETERUSNYA.KAK ELLY BOLEH TAK BGTAU KOS PERCUTIAN NI ABIS BERAPA..ALMAKLOM ICORG MISKIN SO NAK MENABUNG DR SEKARANG AHAKS...

Anonymous said...

next>day2

green apple said...

pehhhhhhhhhhhhh...balenciaga. dengki siyallll.

Anonymous said...

Elly, g melancong macam tu lah..vegetarian all the way..i biasa bawak sos cili tomato mcd yang dia pack kecik2 tu..

Siti Fatimah said...

bestnyer! nnt share berapa cost kesana and which agent u guna dear leh i verangan nk kesana pulaks nnt if ada rezeki hihihi

Siti Fatimah said...

bestnyer!!! nnt elly pls share berapa cost and which agent yg guna tuh leh i verangan2 nak kesana nnt if ada rezeki hihihi

ahmad fauzan said...

Great ...


http://variousfastsolution.blogspot.com/

ahmad fauzan said...

Great

http://variousfastsolution.blogspot.com/