Nuffnang Advertisement

Friday, October 12, 2012

Lake Maggiore & Milan


Day 5 sekali lagi berpindah hotel perjalanan di teruskan lagi dari Turin kita ke Lake Maggiore. Perjalanan mengambil masa 2 jam dan sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya dan aku meneruskan aktiviti membuta anak beranak. Aku rasa omputih dalam bus tu mesti pelik knp aku asyik tidur jer bayar mahal2 sikit pun tak nak dengar kisah2 sejarah. Hahaha...fedulik apa aku janji sampai...bukan nya nak kena ambik exam pun...sejarah tu pandai2 lah aku anak2 google nanti. Dasar pemalas....

Kitaorang tidur bukan nya stock tidur2 ayam....ini yang tidur kepala berlaga2 antara satu sama lain macam nyenyak bebenor sampai tour guide kena kecutkan...hahaha. Ada aku kesah....lantak lah kan!! Asal terjaga jer terkejut sbb dah sampai...lepas tu tempat ni giler vavi cantik. Tempat ni agak sejuk...habis ternaik bulu roma aku...bulu roma jer yer.



Sepatutnya kitaorang kena naik bot utk keseberang yang korang nampak ada bangunan tu. Tapi En Win tak nak pergi sbb waktu tu hujan lebat dia takut anak2 demam, dia takut aku pening kepala, dia sendiri takut naik bot mabuk katanya...very d kampung. Jadi tinggal lah kami anak beranak di jeti...omputih2 tu bersuka ria jer naik bot walaupun hujan lebat. Terasa diri ini sangat mengada dan manja. Aku dengar cerita dekat Lake tu ada Istana lama dan diorang akan lunch kat sana sambil menikmati permandangan tasik yang sungguh indah. Nyampah tau laki aku ni tetiba prihatin lak....tapi mmg hujan lebat pun...kang anak aku kena asma siapa nak jawab. Jadi agak terkilan disitu. Marilah kita pandang saja dari jauh sambil melambai2 kan tangan kepada kengkawan omputih.


Hujan berhenti 5 minutes lepas tu lebat balik. Sempatlah lari cepat2 utk cari makan kat bawah hotel ni.


Hujan berhenti sejam selepas tu...merasa tangkap gambar kat jeti...itu pun dan bangga. Hahahaha


Syabas kat anak2 aku...tak merungut langsung walaupun perjalanan jauh. Diam jer dalam bus. Korang tau tak omputih dalam bus tu asyik datang jer kat aku ngan En Win katanya kitaorang very good parents sbb ada anak yg sebaik ni. Aku macam nak jawab jer balik "Anak2 aku ni propa jer lebih...depan orang mmglah baik cuba masuk bilik tgk....melompat2 jer kerja diorang atas katil" pandai korang jaga air muka mak ngan bapak ni yer....syabas beta!


Masih menunggu ketibaan group kitaorang.


Sejuk dan permandangan sangat cantik


Inilah bot yang diorang naik


mengumpatlah tu...hahaha.

Fuyooo kasut merah wa cakap lu!!


Eh! kenapa laki aku tiba2 cacat...hahaha. Boring lepak jeti kitaorang jalan2 kat  belakang hotel. Rupa2 nya ada banyak kedai jual barangan kulit...harga boleh tahan tak lah mahal sangat. Restaurant pun melambak tapi semua ham...kembang kuncup tekak aku.


Suka tengok building diorang cantik lah...itulah dulu mak suruh belajar pandai2 tak mau...sibuk berjantan. Kalau tak dah duduk luar negari aku kan! En Win selalu ajak aku migrate...cari kerja kat overseas mulakan kehidupan baru...cari pengalaman tempat orang tapi aku ni kekeluargaan sikit...tak sanggup tinggalkan mak ngan abah. Itu sebab waktu En Win kerja Brunei aku tak ikut sanggup aku jaga anak2 kat rumah. Biar dia penat balik sebulan sekali...lama2 fade up dia balik KL semula.


Tak boleh makan Nak!!



Bergambar boleh! makan NO NO NO


Masih teringat2 keindahan tempat ni.


Hahaha...nampak tak beg hijau kat belakang tu sempat rembat satu. En Win beli wallet n belt. Jantan2 kat Rome ni semua hansem2...sumpah korang penjual pizza pun macho. Aku rasa kalau diorang datang Malaysia harus perempuan kerumun ingat model....jadi jgn tertipu diorang hanya penjual pizza yer. Kerja aku tak habis2 pandang jantan2 kat sana. "Hensem nyer Pa"...."tengok pa pergghhhh tak tahan cair tengok". Tercabar laki aku sekejap terus jalan dada kedepan. Tak ada makna ok!!


Selesai shopping lepak2 kat jetty tunggu bus ambik utk meneruskan perjalanan ke MILAN.




Tak boleh lawan jantan Rome ya...hahahaha. Matilah derhaka...bak tangan i nak minta ampun.


Dari Lake Maggiore ke Milan hanya 1 jam perjalanan. Ini lah tempat yang aku tunggu2 utk beli kan barang kengkawan pesan dan utk diri sendiri....aaaaauuuuwwww. Agak riak situ.



Milan. Moden town tetapi masih mengekalkan building lama. Sorry ya aku tak sempat nak tangkap gambar banyak2 sebab masa yang diberi utk shopping hanya 3 jam. Macam explorace aku rasa tekejar sana sini. Dengki lah tu orang nak shopping. Omputih tak heran pun diorang blh duduk lepak2 kat taman. Cuma orang Malaysia n Singapore jer over shopping.


Wah! terus tukar topi..over tau


Makan dulu sebelum berjalan...aku tak boleh lapar kang mengamuk. Merungut sambil jalan..En Win faham betul perangai bini dia

Aku: Pa kita shopping dulu...jap2 lagi baru makan lah

En Win: Jgn nak mengada kang masuk angin lah. tak boleh jalan lah, makan dulu barang tak lari

Nyampah tau kat negeri omputih pun nak marah I. Cepat kiss balik.

 

Jgn berebut...gi order satu lagi...mama tak marah. Makan mama tak marah...membazir mama marah.


OMG! tak sabar ni!!


En Win shopping dulu lepas tu lambat pulak pilih orang tak sabar ni!!! sibuk belek2 tapaklah, jahitan lah....orang dah tak keruan ni.


Wah gitu!!!


Utk bagi diorang senyap kita belikan barang diaorang dulu. Jam Swatch...murah wah cakap lu!!


D.....ehem2 seperti yang dipesan!!


Aaaaaauuuuwwww....hadiah annivesary. Walaupun 4 bulan tertangguh i tak marah darling. Hahahaha. Aku usha beg di dah lama kat KLCC....asyik keluar masuk jer kedai Gucci tengok ada tak lagi beg ni. Tapi En Win suruh bersabar di kata beli waktu kat Rome nanti harga murah. Betul uolls beza harga ni RM1300. Sangat berbaloi...


Hati gumbira....thanks pa. Ok jom cari barang u pulak...I pun tak bagi u lagi.





Cari barang kengkawan pesan...siapa kah itu??


Ok settled...semua barang yang orang pesan dah dapat. Mari berehat!!


Kat Milan budak2 enjoy sikit sbb tak melawat building lama2...kat sini diorang rasa bebas sikit boleh berlari2




Kiddos!!

Next Venice...

4 comments:

kikin said...

wah..best..best..tp bukan boat tu ade atap, kene hujan jugak ke kak?

SURIA AMANDA said...

your princess sgt2 cantik..same like their mother...

ruhil said...

hi kak elly...hihih syok la baca blog kak elly ni...hahahaha same je mcm dulu2 very the vogue..hahahaha...rindu kat akak la.. - Ruhil

Anonymous said...

Woow...I love yr new gucci bag elly. :))