Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 18, 2012

Preparation sebelum bercuti...

Giler excited nak bercuti Khamis ni...adalah dekat setahun aku book tiket ni. InsyaAllah hari Khamis ni harap semua berjalan dengan lancar (sambil taip sambil senyum). Surat utk cikgu dan pihak sekolah dah  hantar last week. Budak2 ponteng 2 minggu. Cuti aku dan En Win dah approved. Duit dah tukar, passport ready, Flight ticket dah ambik, baju2 dah hantar gosok lipat.

Ahad lepas awal pagi dah keluar gi KLCC nak cari barang2 keperluan lain. Tak mampu aku nak beli kat sana. Setakat berjalan tengok2 barang boleh berbelanja pun tengok keadaan kalau murah. Pukul 10 pagi En Win ajak bekpes dulu kat Dome discuss benda2 yang nak bawak dan beli barang2 utk budak2. Hahaha...pening gak buat budget2 ni. Takpe janji tempat idaman kita sejak bercinta dulu akan tercapai...ahaks!

Sepatutnya trip ni cuma aku berdua jer pergi. Tapi bila tengok muka budak2 kesian pulak. Diorang dah besar dan tak menyusahkan pun...rezeki pun ada jomlah sama2 berkongsi kegembiraan. Tapi bilik tak kongsi yer...Yaya ngan adik tidur bilik sebelah...mama ngan papa nak ehem2.


Isi perut dulu


Semangat awal pagi bangun nak cari barang


Bekpes set






Aku punya


Kiddos punya!

Baju utk budak2, En Win dan aku top up sikit2. Tapi yang paling penting aku kena beli ubat2an dan barangan makanan. Giler mahal makanan kat sana aku dengar coffee pun dekat RM40.00 secawan. tak mampu nyah.


En Win angin jer bila aku nak beli periuk nasi dan pelas air. Dia kata aku orang kampung!!

Aku: Pa nanti singgah Pudu kedai Elektrik...I dah cari periuk nasi kecik dan pelas air

En Win: Kenapa u kampung sangat Ma...malunya I. Makan jer lah pizza kat sana

Aku: Biar arr...i boleh mati tau tak makan nasi. Ok i bawak jgn harap u boleh share dengan I

En Win berlagak tak ingat...siap berlagak cakap dia tekak omputih pizza & salad mmg makanan harian. Ok takpe aku ingat...memalam kau merengek suruh aku masak nasi aku bagi kerak nasi jer nanti.

Aku mmg kampung korang. Pizza, salad2 ni tekak aku tak boleh terima. Sehari dua boleh lah kalau hari2 makan benda alah tu mau menangis aku. Ingat lagi waktu gi Australia seminggu tak silap aku...aku tak jumpa nasi 3 hari tak bersemangat aku nak berjalan muka bonyok giler. Asal singgah makan restoran nak menitik air mata aku tgk vegetarian pizza tu. Malam ke 4 aku jumpa restoran melayu kat sana rasa nak cium tokey kedai tu. Aku melantak macam tak ingat dunia. Hambek kau bill sampai RM700 makan cuma 3 lauk. Lantak lah janji aku dapat nasi....berbulu jer En Win.

Now aku dah berlajar dari kesilapan....lantak lah kau nak malu janji perut aku kat sana kenyang. Bukan dia pun yang bawak periuk tu...aku yer!!!



Maggi Cup, Biskut, Milo & nescafe 3 in 1angkut sekali.



Beras aku bawak 10 pot. Rasanya cukup kot utk 13 hari.


Toiletries, Ubat2an panadol, minyak kapak, cold fever, ubat deman semua aku beli takut apa2 hal kat anak2 aku nanti. Mak2 kalau berjalan macam ni lah jadi nya.


Mak aku dah buatkan dendeng daging, Rendang ayam masak kering2 dan sambal ikan bilis. Sedap giler makan dengan nasi panas2 lepas tu aku nak tiup bau makanan tu dekat muka En Win. Kalau berani mintak....mmg kena kutuk lah dengan aku.



Baju budak2 dah pack. Aku ngan En Win punya barang pun dah selesai berkemas malam tadi. Sekarang tengah menghitung hari. Tak sabar uollssssss!!!


14 comments:

Anonymous said...

Salam Elly, Elok 2 beli periuk. Jangan belik yang besar gedabak. Macam2 boleh buat kalo ada periuk 2. Memandai aje En. Win kata U kg yekk. Kita nak jimatkan duit dia. Elly, jangan bawak maggi cup. Bawak yang biasa 2. Alang-alang dah ada periuk rebus aje dalam periuk pas 2 pecahkan telur dan masukkan carrot (carrot tahan lama bawak la dari Msia). Ikan tuna dalam tin x bawak ke ? Selamat Bercuti. Kak Rynn.

Anonymous said...

seronoknyer bercuti...

SM@A said...

Salam Elly

I pun ada periuk nasik kecik mcm you tu. Sama lh kita tekak Melayu. Kalau gi oversea, mmg I hangkut periuk tu. Bawak beras, instant sambal bagai. I suka bawak Tean's Chili Shrimp, sedap ooo makan ngan nasik panas. Satu lagi feveret I, tuna flake in olive oil, tp beli yang pedas punyer, pun sodap.

Anyway, Happy Holiday ...

Aimi Laili said...

hye kak elly,
happy holiday! & safe trip ok.
masa kiteorang dulu pun, bawak periuk nasi bagai,tapi time tu mak amy ada bawak yang ketupat nona tu kekecik,so makan rendang smua dengan ketupat tuh. plus kiteorang banyak bawak yang lauk dalam kotak berahim tuh.duk sana asyik makan kebab ngan kus2 pun muak juga ekekek. bon voyage kak elly & family :)

Anonymous said...

salam kak elly...

terujakan nak pergi bercuti...kita dulu masa nak terbang ke NZ pun teruja sgt2...sekali demam kat sana nasib la vitamin C ada bawak..masak sendiri lagi jimat sebenarnye kak ally...kiteorang pun bawak periuk kat sana siap ikan masin,sardin,rempah kari,megi..selamat bercuti kak elly sekeluarga..

-nurul-

Anonymous said...

please please pleaseee eat a lot of pizza n pasta for me! kalau u tak nak mkn, mintak en.win & kids makankan!

-F, silent reader-

Mooniqueen said...

Bestnya.... Nk gi mane l tu yekkk...

Anonymous said...

hai k.elly,
nk tanye ni, k.elly simpn rendang n dendeng tu kt dlm mne? mase sy pg nz, mak sy bg bekal dendeng buh dlm tupperwear.sampai airport sne diorg chk beg pastu diorg buang tp tupperwear tu dior bg blk la. sedey jer… penat mak buat utk anak menantu.tp sib baik kitorg pn ade bwk kotak2 brahim's tu. husband sy ckp agak nye mknn tu kite kena seal elok2 mcm yang brahim’s.tp mane nk dpt.klu plastic yg bungkus lauk2 tu bleh ke pastu seal kn?? Haaahaaa

Anyway enjoy your holiday with your lovely family!!! 
-zara

Ms. Wanniey said...

Best nyer!!!!!!!!!! selamat bercuti!!!!!!

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

1st time singgah sini lepas tengok url blog ni dari blog filla.. wah bestnya nak berjalan jauh yer.. happy holidays yer.. take care..

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

btw saya terus add your blog dalam bloglist, sebab tak sabar nak baca your vacation bila balik nanti.. kita pun suka gi jalan2.

N Farah .nfu. said...

salam kak elly
nak tanya, dekat mana eh aka beli beg ziplock tu?
yang saya carik semua kecik2
huhu

Anonymous said...

hai elly...nk tnya la u beli rice cooker kecik tu kt kedai mana ye?i tgh mncri ni..senang bila nk bw g jjln overc ...anwyay..happy holiday..don't forget to upload ur pic nnti...

-jujue-

Anonymous said...

hai elly...nk tnya la u beli rice cooker kecik tu kt kedai mana ye?i tgh mncri ni..senang bila nk bw g jjln overc ...anwyay..happy holiday..don't forget to upload ur pic nnti...

-jujue-