Nuffnang Advertisement

Thursday, September 13, 2012

Opis makan2 raya

Siapa yang dah lama follow blog aku mesti tahu yang opis aku ni mmg suka makan. Asal berkumpul borak2 jer cite pasal makan. Lepas tu set date sorang bawak satu makan lepas tu makan ramai2. Tiap2 bulan mesti ada jer makan2 lepas tu ada konsep korang...makanan western lah...makanan melayu asli kampung lah....makanan Indialah. Meletup pulak tu lauk memasing. Orang yang macam aku yang tak berapa pandai benor memasak ni order jer lah tapi harus meletup kalau tidak diaorang keji aku nanti.

Isnin lepas buat makan2 utk raya pulak...kali ni satu department join termasuk boss sekali. Dari minggu lepas dah keluarkan list suruh  bagi tahu menu pilihan. Aku laju jer kepala otak nak bawak air...kena keji uolls tak dibenarkan katanya tak meletup. Nyampah tau sukahati I lah....suka tau paksa2.Akhirnya aku dipaksa mengsponsor kuih tradisional katanya....ia hamba bersetuju.


Dessert!!


Hambek! Sedap kan ckp nak makan apa semua ada atas meja ni.

Laksa Johor, Satay, Nasi Beriyani, Meehon Soup Utara, Ayam Golek, Rojak buah, Lontong, Lemang, Rendang...macam2 lah. Kan! dah meleleh air liur aku balik.


Air


Perghhhh...gigil nak taip ni.




Chef Nyonya Elly...asal lalu jer pandang makanan sendiri.


Gigih buat tag2 nama.


Nampak tak baju purple yang aku pakai....hahahaha itu baju yang tempah kat Melaka hari tu. Suka sangat kena lah dengan makanan yang bawak....ada kena mengena ker tak kan...itu bermakna aku riak. Maafkan saya....muahahaha


Siap pakai apron tu....gigih korang ni kan!!


Setakat tampal2 kertas. Selebihnya aku duduk dan pandang lepas tu senyum2 pandang camera. Mmg kena kutuk lah. Tak baik tau korang asyik marah I jer....


Me n Reahan. Sengajalah tu pakai baju longgar...sorok perut kan! Minah ni badan jer kecik tapi nafsu makan besar. Perut dah kenyang tapi tak puas hati nak rasa gak semua...last2 makan sambil baring kat sofa sambil tangan sumbat dessert kat mulut. Makan Yan makan....



Sebelum acara dimulakan...kita baca doa dulu!!


Jas (yg pegang kain merah tu) orang kuat Jurumuda. Tanpa dia tak akan terjadi makan2 ni.


Jemput2




Bagus boss makan kat luar. Sexyteri duduk meeting room. Fedulik apa kan!!


11 comments:

Anonymous said...

Hai kak Elly,

You look so sweet, simple & young pakai bj tue..

Senang kt, si cantek manis arrr..

Tp pesal takde gmbr berdiri, nk gak tgk bj tu full.

wida said...

terjah blog akak ni dr blog kat D..
banyaknya makanan..dah mcm bufet hotel

Norasiah Nasir said...

terliur tgk nasi beriyani...

*type komen sambil lap air liur*

Filla ~ Kasihs said...

takleh tahan ayat ko "asal lalu je pandang makanan sendiri".. eh tapi betulkan.. selalu mcm tu.. nak tengok org mkn ke tak.. macam kan ko yang uli peluh-peluh buat kuih...hahahah

CikFi said...

sedapnyerr aii... meriah pulak tu ha..

Anonymous said...

kak elly keje mana?? gomen ke swasta?? best kan klu xtvt potluck nie diamalkan...rasa meriah n mesra jerr...:))

Irfa said...

opis aku pun mmg suka buat makan-makan.ada je xtvt makan tu pasal aku susah nak diet.hehe

Riz's said...

rekemen laa kt mana tempah baju tu..cantik laaa...

Anonymous said...

Tpt air sirap Bandung beli mana ye

Anonymous said...

hai kak elly, nk tanye camane nak buat rambut kepuk kepuk cam kak elly tuh? bagi la tutorial ke tips ke. berkenan pulak hihihih. take care kak :)

Noor Amy Ismail said...

Salam & hello Miss Elly,

I've never in my entire life commented on any blog but hey there's always a first time I guess. I was blog-hopping a few weeks ago and I came across yours. I keep coming back for one obvious reason, your sincerity & humility.

I wish you all the best. Keep building your business and who knows, murah rezeki one day you will own an empire, insyaAllah.

Salam.