Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 11, 2012

Open House

Since berpindah ke rumah baru kitaorang masih belum berkesempatan lagi buat "House Warming". Aku ngan En Win decide buat sekali harung semalam Open House Raya, House Warming and Kenduri Kesyukuran. Hambek kau...3 sekali event...sangat bagus penjimatan dan perbelanjaan.

Event Start pukul 3 petang sehingga 8 malam. Adalah dekat 150 orang jemputan haritu. Kawan2, sedara mara semua aku jemput sekali. Makanan semua order jer tak reti aku nak masak berkawah2...kang cherry berry tetamu aku.


Cewah! macam kenduri kawin. Suka tau rumah ada khemah2 ni. Kalau dulu pasal makan2 ni bapak aku yang uruskan tapi sekarang aku dah boleh handle sendiri. Dah besarkan anak abah!!

Aku: Pa nak pakai sedondon tak open house nanti

En Win: U decide....I ikut jer

Aku: Tak yah lah...I nak pakai kain batik jer

En Win: U nak pakai songket pun boleh Ma....yg i tahu u sediakan full set baju melayu i nak pakai.

Overkan laki bini...padahal open house jer siapa bincang pakaian bagai. Suka tau buat2 kelam macam ni...nampaklah busy



Tugas dibahagikan kepada 2. En Win uruskan bahagian khemah aku uruskan bahagian makananan.



Guest yang paling awal sampai. Pukul 1.30pm diorang dah datang. Aku waktu tu tengah sibuk blow rambut.


Pukul 3pm ngam2 makanan ready orang pun dah start sampai.

Menu Pilihan
Nasi Tomato
Ayam Merah
Dalca
Acar

Mee Rebus
Soto Nasi Impit

Kuih Muih
Buah2an



Jemput2 malu lapar....


CAPATI. Menu ni En Win yang order sendiri. Senyap2 jer dia gi booking. Patutlah hari tu ada 2 meja kosong dia suruh letak tepi rupanya ada Capati. Nyampah itu pun nak rahsia dari bini. Tapi capati ni mmg terbaik. Sekejap jer licin...semua tetamu tertumpu kat makanan ni. Bertambah riak lah En Win.

Capati panas2...kuah dal....Sardin...sambal kobis. Aku tuan rumah tak dapat rasa sekeping pun....BAGUS!!


Orang datang non stop...tak tahu nak layan mana satu. Susah betul jadi artis ni kan! Nak jugak fofular. Dalam rumah lagi lah aku biarkan jer lah...korang buatlah macam rumah sendiri yer. kata open house kan!!



En Win ngan kawan2 niaga


Blogger Suraya....kelas kau baju oren. Comel jer perut. Aku gemuk kan sambil cakap sambil makanan masuk mulut. Macam mana tu??


Baju pink tu pun blogger jugak Ayien!! Dialah orang yang pertama perkenalkan aku perniagaan online ni. En Win gi ker China bersama2 laki Ayien sehelai sepinggang jer waktu tu. Main redah jer...tapi sekarang aku jer laki bini pulak yang over. Diorang stop sekejap sbb busy ngan anak2. Ayien ada anak kembar yang comel giler...tu yang tak ada masa nak online2 ni.


D, Filla n Hanim. Thanks korang sebab datang.

Tak banyak gambar dapat snap...maklumlah busy. Ini pun guna phone jer. Rasa rugi pulak sbb yang datang semua kawan2 lama aku ngan En Win. Best giler bila dapat berkumpul dan tak sangka pulak diorang dapat datang. Dari pukul 3 - 8 malam aku dengan En Win tak dapat jamah langsung makanan. Asal nak suap makanan kat mulut jer ada orang panggil....baiklah marilah kita melayan tetamu.

Selesai majlis lauk semua habis...balance makanan aku bagi kat maid2 yang tolong bersihkan rumah...kesian kat diorang letih gak hari tu. Jadi tuan rumah jawabnya makan kedai lorrrr



Anak2 yang keletihan dan kelaparan seharian tak makan


En Win masih bersemangat memakai baju melayu


Ini lah makanan kami. Menu kat atas bukan main hebat. Tuan rumah makan tom yam....kau mampu!!! hahaha


Steak!!!

9 comments:

Mimy Hamid said...

eh suraya sulatin @ choyaya comel ada la.....sure comel dia preggy

Filla ~ Kasihs said...

haha.. tq darling ajak ktorang beraya.. aku orang last yang balik kan? al maklum, laki ai kan ahli politik.. sampai lambat sangat ;) kesian ko makan tomyam jer.. hehe

SM@A said...

Salam Elly

Capati nampak sedap ... my favourite tu. Something different utk jamu orang.

Boleh recommend order kt ne ?

Anonymous said...

Salam, amboi kemain lagi En. Win nampaknya dia yang over ya. Macam nak nyambut besan aje glamernya. Muahahaha makan kedai! Kelako bebenor lah you all ni. Yang g tapau kasi maid 2 seme kenapa ? Kesian budak2 sampai terlentok2 kepala atas meja. Kak Jem Kak Jem (kejam) tullah papa dan mama ni. Memang Elly kalo kita dah terlampau penat melayan tetamu semuanya lupa.Kak Rynn.

Aku said...

Aduhhhh, kesiannya kat kau. Tu la, kitorang ajak makan sekali sambil buat ketupat kau taknak. hihihihi. Tapi capati tu mmg terbaek la, aku yg perut dh penuh lepas 2 rumah pon mampu habiskan capati ngan kuah sardin. mmg mabeles!

Chooyaya! said...

mimy : aku dah obesiti dah. comel celah mana. duduk sebelah elly rasa macam rendah diri jer. dia makin lama makin kurus kurus kurusssssssss.... nanti pas bersalin, aku becita2 nak kurus macam dia la. tp harapan jer rasanya.

kepada elly : tenkiu sebab jemput aku. aku makan semua.... semua ok? semua.. sikit pon tak menyesal kecuali capati. kenapa masa aku dtg tu, capati xde. pastu pastu, aku nak buat road tour kt rumah nko, tp segan. umah nko cantik giler. umah orang kaya kot, mana tak cantik? ko giler?

sedih tak dapat jumpa filla. baru nak compare perut sapa paling besar. pemenang dia dah tau saper, sajer jer suka2 nak compare jugak.

MyraQhairel said...

alahahii..tuan rumah mkn kat kedai..huhu..siyes kelakar la u ni sis..btw, sebelah suraya tuh her frendz ke sis?coz mcm kenal la that gurl..mcm my ex-schoolamates masa primary dlu..leh tanya dia tak...sebelah dia tu namanya Intan Dayana ker...huhu..

Chooyaya! said...

Ha a... Intan Dayana ler tu.... Glemer pulak budak intan ni. Last time ada blog reader kaksu tegur dia dekat JJ Au. Melebih2 tuan punya blog. amboi!

Irfa said...

mmg meriah
moga makin murah rezki boleh buat makan-makan lagi ;)
masa tu jgn lupa jemput aku sekali ye elly