Nuffnang Advertisement

Monday, September 10, 2012

Lepaking with hubby n kiddos!!

Dari bulan puasa berniaga siang dan malam, beraya, anak masuk hospital, ke china dan pelbagai masalah aku ngan En Win kena tempuhi sekarang alhamdullilah....berkat kesabaran semuanya kami dapat hadapi satu persatu....Allah permudahkan segalanya. Dalam hidup aku...aku sangat percaya pekara ni...kalau kita berbuat baik kepada ibu bapa tidak melukakan hati mereka...Allah akan sentiasa memberi ganjaran dan permudahkan segalanya kepada kita. Aku tak cakap aku baik ataupun anak soleha tapi aku pegang pepatah ini. Jgn sesekali kita meninggi suara atau melukakan hati mereka....dan paling penting jgn sesekali kita membuang mereka didalam hati kita. Ini yang banyak berlaku sekarang...YaAllah jauhkan aku dari perbuatan seumpana ini. Aku akan menjadi emo pada waktu hujan maafkan saya...ahaks!!

Last week En Win ajak dinner dekat Concorde....merehatkan minda penat giler sebulan ni so marilah kita lepak2....kopi2 bersama. Tak sabar rasanya nak bercuti sekeluarga tempat yang kami tunggu2 selami ni. Hope semuanya akan berjalan dengan lancar. Kawan2 pun dah start kirim2 barang...kelassss korangkan nak beli barang kat over the sea jer. Kirim tu dengan duit yer bukan dengan air liur...kalau dengan air liur aku bawak balik pun air liur jer lah.



Tuan belog bergambar ala2 70an...kabur2 gitu. Kelasssss kan!!!

Pukul 7.30pm aku dah suruh budak2 mandi dan bersiap. Kali ni no more mandi sama2 kena berasingan kang ada yang patah tangan lagi...tension aku. Lepas mandi suruh diorang bersiap sendiri. Senangkan anak2 dah besar kasi arahan jer. Aku boleh bersiap dengan senang hati.



 Ini lah hasilnya....overkan anak2 aku. Padahal gi Concorde jer...pollow perangai siapa lah korang ni





Malam tu cuma En Win dan anak2 jer makan buffet...aku ambik ala carte rasa macam tak boleh nak masuk banyak2 makanan kat tekak ni lagi. Dua tiga minggu ni asyik makan jer kerja aku. Korang mesti perasan aku kalau gi hotel mesti pilih concorde kan sbbnya anak2 aku suka sangat dengan band "Bergema 5" kat sini. Diorang akan dtg dr table ke table menyanyi lagu pilihan pelanggan. Malam tu request dari En Win lagu "ku pinangmu dengan Bismillah"....pilihan anak2 "Kosong...lagi Nadjwa latif". Sorry tak sempat bergambar sbb suara penyanyi tu terlalu sedap sampai aku terkesima.



Me n Hubby.

Ramai dalam comment tanya En Win pakai rantai dan gelang emas ker? Jawapan nya iya....dia mmg suka barang perhiasan...aku tahu apa yang korang cuba maksudkan dan kitaorang tahu hukum hakam lelaki dan barang perhiasan. Tapi tak perlulah aku terangkan lebih lanjut kat sini sbb aku bukan ustazah...kang tersalah jawab korang hentam aku pulak kan. Itu biarlah En Win uruskan yer.



Borak2.....bincang2 ttg our family. Tak ada makna nak borak pasal business mlm tu. Otak aku dah letih tak habis2 pasal kasut, baju, seluar. Muntah hijau aku dengar. Bulan ni bulan rehat yer Pa...kita kembali bekerja bulan 10 jer nanti. Let's together2....hugs2....kiss2 this month.



15 comments:

MRS. K said...

jelita sungguh ur girls... kecik2 dah cantik.. ♥

Anonymous said...

Salam Elly, Elly ahkak nak nanye seluar jeans anak2 Elly pakai 2 cantik cuttingnya ya. Li kat ne? Mesti mahal giler yek? Jeng Jeng Jeng Jangan marah yek kalo ahkak cakap.................En. Win nye senyum comel lerrr. Suka tengok dia wat cam tu.Tomei aje.Kalo dia kenyit mata tu nampak kelako x sesuai he he he. Memang nampak sifat kebapaan, kesuamian dan keromantikaannya.Elly bila nak dapatkan baby baru ni?Kak Rynn.

Alicia said...

best!!! selalu tunggu ur update.....tulus telus bagai....kitaaa sukaaaaaa...hehehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Alahai... kemain cantik anak sulung akak tu. Kalah lah mama nya pasnie :)

Aku said...

Kadang2 satu perkara yg aku tak suka bile blogging, berFB n letak gambar ni ada langau2 yg akan komen benda2 yg bagi aku x perlu dikomen. Nk berdakwah ada cara dia, kena la dgn berhemah.

Anonymous said...

cantiknyeeeeeeeeee anak2 ko kak.


new reader from Kak Di's blog

Anonymous said...

over the sea nk gi mane? happy holiday

Halimaton Hanafee said...

kiutnya lahai yg besor tu..pndai na bergaya ekk..meh ajar anti yg asal boleh je dlm bab2 pakai memakai ni

MyraQhairel said...

anak anak akak cantik..baka maknye tu cantik..tapi sian adik..ada tgn robot...semoga adik cpt sembuh...jgn maen2 dah kat bilik air..nti apa plak je yg pecah...;p

Anonymous said...

Akak. .Anak akak yg sulung tu cun la. Nanti dah beso harusla gojezzz kan.. .

-natrah-

Anonymous said...

Kak elly anak2 kak elly sangat comel dan stylo...... Kak elly tambah sorang ag kot2 kuar boy mesti comey mcm kakak2 die jugak......

Azleen Khamis said...

Saya suka baca blog akak...saya siap promot blog akak pd kengkawan yg nak g ke guangzo....siap pesan barang yg mcm dlm gmbr akak tu...kelakarkan...apa pun saya happy baca blog akak....

yatie said...

nak tanya.. baju yang si kakak pakai tu beli kat mana?lawa, macam nak cariutk anak pempuan sorang ni.
tq

Mimy Hamid said...

stylo mylo anak dara ko...konpom dah besar macam ko la elly..cantik

Elly said...

Terima kasih lah puji anak I.

Yatie: Baju Yaya yg belang tu tak silap i beli kat Pavillion jenama SEED tak silap I.

Kalau nak jeans cutting cantik macam tu banyak dekat Guest "skinny jeans"