Nuffnang Advertisement

Thursday, September 6, 2012

Guangzhou with Fidily - Day 2


Hari kedua hari amat memenatkan tapi kitaorang gagahkan jugak agar matlamat tercapai. Seawal jam 9 pagi kitaorang dah berkumpul di lobby hotel. Pagi tu masing2 makan makanan sendiri yang dibawa dari rumah. Aku dan Filla makan Maggi Cup bersama 2 keping roti berjem kan sambal ikan bilis. En Win aku poskan maggi cup jer. Sambal2 ni dia kurang sikit.

Hari ni aku dan Filla memulakan tugas pulak mencari barang sambil dibantu oleh D. Aksesori dan pakaian wanita. Latest design uolls...hahaha. Transportation yang digunakan kat sana di panggil Combi atau Van buruk yang bila duduk kerusi macam boleh terbang sekali kalau driver tu break. Giler longgar. Kitaorang akan pastikan Filla tak duduk tempat yang berdekatan dengan tayar kang bergoncang pulak perut minah tu. Mati aku ngan D menjawab kat Radie nanti.



Bahagian aksesori...aku ngan Filla pilih....En Win akan tolong tawarkan harga. Kali ni tak banyak gambar boleh share sbb kat dlm tu tak dibenarkan bergambar...itupun curi2. Kena pukul ngan guard korang tanggung sendiri yer.



Tempat ni mmg penuh giler vavi...sambil pilih barang bersiap sedialah badan korang ditolak-tolak. Kitaorang berapa kali kepala terhantuk dengan barang...tapi redha jer lah. Kata nak jadi perniaga hebat setakat terhantuk kepala 80 kali tak ada hal lah.


Pakaian terlalu banyak sampai juling biji mata kitaorang nak pilih.

D: Wei! baju ni cantik aku suka

Aku & Filla: D bukan kau suka yer....pilih mana customer suka.



Cantik tak Shawl ni korang....tunggu!!! Pelbagai colour yang menarik akan di riak kan nanti.


Waktu kat tempat shawl ni D telah mengalami sindrom sawan vavi yang tidak dapat dikawal....hahaha. Asal nampak shawl cantik jer terjerit....lepas jerirtan D...aku ngan Filla akan jerit bersama. "WOI Cantiknya....colour ni lagi cantik....ni D lagi cantik". Kalau ingat balik betapa kecoh nya kitaorang kat sana mesti boleh gelak terguling2.

Seperti biasa En Wan dan laki aku hanya memerhati dari jauh agar kitaorang tak hilang.


Mak buyung kita kasi rehat dulu....



Kalau korang nak tahu setiap pembelian yang kitaorang buat...En win akan mintak barang free atau mintak harga yang x masuk akal langsung. Aku ngan D mmg malu giler part ni. Tapi Filla akan menyokong laki aku dan dia akan terbabit sekali mendapat barang murah tu nanti. Shawl yang diorang pakai adalah salah satu contohnya. Lepas tu bila berjaya muka bangga giler...


Cuma korang tengok betapa ramainya manusia kat sini. Tu belum lagi bau2an yang harum menusuk di hidung.


Waktu ni masing2 dah tahan duduk kat dalam kedai tu...rambang mata dan hampir muntah hijau. Jom lah balik....kita pergi cari barang lain pulak.



Our bodyguard!!


Seperti biasa pukul 2 ptg baru kitaorang dapat makan. Waktu nak jalan ke kedai makan ni kitaorang semua seret kaki dah tak larat jln ala2 model ni.


Discussion among guys!! kitaorang perempuan tak toleh kiri kanan makan tak ingat korang bincang lah kitaorang dah tak pedulik.



Ek eleeeeeehh...berlakon nombor satu kau D....En Wan pun kau babitkan sama. Tapi serius kitaorang mmg kepenatan hari tu. Mulut, badan, kaki semua penat.


Tour Guide pun penat hari tu....terlentok2 kat van on d way back balik hotel.



Angkut barang masing2.


Hari tu tugas selesai pukul 6 ptg. Kitaorang berehat cuma 2 jam sahaja...lepas tu pukul 9 malam berkumpul semula utk makan malam dan meeting pilihan kain2 tudung.

Esok sambung lagi yer....


7 comments:

green apple said...

pehhh!! kasut pengawas aku masuk dlm gamba rupanya.

Aku said...

Seyes aku nk ikut kalau korang pegi lagik! Jeles okeh!

~Cik Viva~ said...

sis..gambar yg first tu yang letak kat kolar baju kan? oo camtu rupe die...

En said...

k.elly...shawl yg k.di pkai pic no.4 tuu cnteknyerr....xsbar nk tgk..ble nk launch ni?..;)

Anonymous said...

Kak elly muka di 2 klu tgk ade mcm muka pelakon baru nad zainal.....

Anonymous said...

Husband you pakai rantai dan gelang emas ke? Semoga you all sukses dalam bisnes ni. Selamat maju jaya! :)

Filla ~ Kasihs said...

nice trip.. semoga dipermudahkan perjalanan kita dlm biz nanti ;)