Nuffnang Advertisement

Wednesday, September 5, 2012

Guangzhou with Fidily! - Day 1

Wah! nko mampu ada nama group sendiri....hahahaha tak agak2 gabungan nama kan ala2 Feminin. Fi - Filla, Di - Diana, Ly - Elly. Bangga giler ada nama kumpulan. Actually ni nama Perniagaan kitaorang. Projek kami bertiga. Itu nanti2 aku cerita kat entry yang lain.

Kitaorang decide nak pergi Guangzhou sebelum puasa lagi. After discuss dapat lah date seminggu selepas raya. Aku, Diana, Filla, En Win dan En Wan akan pergi bersama. Sebelum pergi macam2 terjadi. 4 hari sebelum bertolak kami mendapat berita sedih dari Filla....adik kesayanganya telah meninggal dunia. Al Fatihah. After discuss dgn D kalau Filla ambik keputusan tak dapat ikut aku ngan D faham dan akan bersikap terbuka . Tapi alhamdullilah akhirnya Filla mengambil keputusan utk ikut sertai trip ni dengan keizinan ibu dan suaminya. Kuat semangat kau yer Filla...takpelah kita pergi utk bekerja bukan untuk bergembira.

Tapi yang memeningkan kepala aku budak D ni. Rupangya D takut naik kapal terbang. Macam2 alasan dia bagi aku pedulik apa. Kau sakit pun aku datang rumah kau D. Kau pengsan atas kapal terbang pun aku tak kesah....kena IKUT gak!!







Dia tengok aku tak layan dia kacau Filla pulak.


Kitaorang bertolak ke Guangzhou....Khamis lepas pada pukul 8.20pm. Berkumpul kat LCTT pukul 6.30pm depan Mc Donald. Lega aku bila dapat massage D dah sampai...orang pertama pulak tu. Hahahah Syabas Babeh. T

Kesian pulak aku tengok D ni kau boleh nampak muka dia pucat...tak banyak cakap. Comel jer makan ubat penenang sebelum berlepas dan selepas 5 minute ini lah hasilnya.....


Tenang jer muka kau D. Sepanjang perjalanan D kelihatan sungguh tenang sekali. Good job!!!

Kitaorang sampai Lido hotel pukul 1 pagi lepas check in semua kelaparan. Makan2 baru tidur pukul 2.30 pm


En Wan dan En Win

Seawal pukul 9 pagi kitaorang dah berkumpul di Looby Hotel. Aku duduk sebilik ngan Filla. En Win duduk sorang2....4 hari Filla aku tak peluk laki aku. Seksa batin aku...hahahahaha. Sebelum mula menjalankan tugas kita isi perut dulu kenyang2.


3 sekawan. Sesuci embun pagi. Kejap lagi siap lah tgk muka sorang2 berlengas.


Yummy!!!

Tempat pertama kitaorang tuju tempat kain. Tunggu yer korang tengok hasilnya nanti!!! Tak sabarkan....aku lagi tak sabar!!!


Tu dia.....


Wah D....dah macam pereka fesyen aku tgk!! Ini baru kedai pertama diaorang dah tak keruan. Sabar2 jalan lagi!!


Filla memikirkan sesuatu....muncung cover sikit!!




"Kau tgk kain ni cantik wei"...."Ni lagi cantik"...."Eh yang tu pun cantik"....hahahaha




Bosan jer laki D layan kerenah kitaorang. Tapi korang En Wan sporting giler kat sana ikut jer mana kitaorang bawak. Next time kalau D tak nak ikut kita gi bertiga yer.




Laki aku pun dah pening....sabaryer kata Tour Guide!!


Hambek dah berlengas muka aku.


Kitaorang settled cari kain dalam pukul 2 ptg jer. Lenguh kaki dan penat tuhan jer yang tahu. Kesian Filla dah lah mengandung. Dia nak makan ice cream, buah ker aku ngan D layan jer. Bila nak kenyang senyum jer muka minah tu.



Pukul 3 ptg baru makan tengahari. D kalau berckp Perdana Menteri India pun kalah!...hahahahah "matilah kutuk tak ingat".


Tak sanggup aku tgk muka aku....berlendir!!

Lepas makan sambung lagi cari barang. Hari ni kita selesaikan cari barang utk D. Esok turn aku dengan Filla pulak akan bertugas. Sampai hotel semua dah lembik. Semua dah tak boleh bejalan. Mandi2 apalagi gi Foot Massage lah.



Seperti biasa sekali lagi D dalam ketakutan. Kuat sikit jerit....patah kan sikit jerit.... lama2 orang tu bukan urut tapi picit2 manja jer.

After settled rehat dan urut kaki...sambung lagi berjalan. Bila ingat balik aku pun tak tahu mana datang nya tenaga kitaorang. Tapi sbb kan pergi atas dasar kerja jgn nak mengada-ngada bermalasan atas katil. Bangun!!!


Eh! asal kau sorang jer ceria D. Korang Filla kuat semangatkan!!


kami!!!


Cutekan Apple ni....kecik jer. Mari kita tgk siapa yang teruja!!


Fillanie!! sebelum makan perut macam 3 bulan lepas makan terus jadi 6 bulan.



Jgn lempang aku...ini kerja D ngan Filla suruh aku jadi muslimah.



macam adik beradik tak??
Malam tu kitaorang makan bakar2 jer kat tepi jalan. Tak sanggup nak makan heavy malam tu.







Selesai hari pertama....esok aku sambung dengan entry yang lebih menarik.

7 comments:

CikFi said...

comel kak elly berjubah... ^_^ manessss gitewww ...

jiha said...

kak elly pic yang akak tengah pegang kain and kak filla duduk tu kan terperasan ada design kain sejibik jovian mandaige..huhuhu..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

wah seronok nya jalan2 kerja. tapi kesian kak FIlla, mata lebam teruk !
kurang ceria .. tak sabar tgu apa bisnes korang !

leeya said...

BEST nye sis g sane..kami ingat nak g sane usha barang untuk borong..agak2 lau nk minx kak elly bawak kitorang ke sane charge RM brape eh?:)

eda said...

alahai kak Filla ... mmg sgt tak ceria dia ..

Norasiah Nasir said...

best gi..nampak filla mcm penat je..

tapi si D tulah paling cute..semua takut..kira yang paling cool..elly lah ni...

tak sabar nak tgk hasil dr tangkapan di Guangzhou tu..

PUTERI MONA ROZIANA said...

Boleh tak nak tau yang kedai-kedai kain tu jalan apa ek?