Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 4, 2012

Geng Budak College

I'm back....hehehe. Suka tau bila orang rindu2 kat I. I....kan manja bila orang rindu2 suka akak...ahaks!

Last week mmg busy dan banyak perkara terjadi. Alhamdullilah masalah dapat diselesaikan satu persatu dan Allah permudahkannya. Sekarang boleh berblog dengan hati yang berbunga....Hahaha.

Khamis lepas sebelum aku bertolak ker Guangzhou siang tu dapat lah jumpa kawan2 college yang di rindui. Selalu kalau berjumpa mesti tak cukup corum mesti ada jer yang tak dapat datang.Tapi kali ni lengkap group kami. Kecoh kat restaurant dengar suara kitaorang memekak nak bercakap dulu. Kitaorang berjumpa hari tu dekat pavillion seperti biasa aku ketua kunpulan yang akan mencadangkan tempat kegemaraan aku. Korang kena ikut.....



Ini Kak Nurul...waktu dalam class dia yang paling senior. Dia masuk college selepas habis belajar tingkatan 6. So Kak Nurul lah tempat kitaorang bermanja...macam kakak2 gitu. Tapi kepala dia  giler gaks sporting layan jer kerenah kitaorang yang macam budak2. Aku dulu waktu kat college ambik course Tourism Managment berlajar pasal pelancongan, hotel dan ticketing. Course ni mmg interesting...assigment yang dia bagi mmg best giler. Berlajar pasal perbezaan kebudayaan, berlajar pasal hotel2, berlajar pasal travel agent mcm2 lagi lah. Dulu sebelum aku decide ambik tourism...bapak aku suruh ambik course Business managment. Tapi mcm poyo lah pulak....nak jadi ahli perniagaan ni. Mmg bukan jiwa aku. Tapi sekarang ambik kau mmg jadi businesswomen aku.

Course Tourism ni tak memeningkan kepala aku. Aku mmg minat dan jiwa aku disitu. Tapi cuma pening dan menyampah bila ada subject business law, business managment dan subject bahasa jepun. Macam nak mampus aku kenal menghafal...nak pulak business law mana boleh pandai tukar2 ayat nanti dah jadi kes lain pulak. Aku bukan berlajar tapi menghafal ok!! keluar jer dari exam kau cuba lah tanya aku soalan mmg x dapat jawab punya sbb semua aku dah luahkan  dekat kertas jawapan. Lantaklah janji lulus kan!!



Me n Hani. Tujuan kitaorang berjumpa pun sbb minah ni. Dia sekarang menetap di Texas. Berkawin dengan orang kat sana. Kelasssss kau kan kawin ngan omputih. Dulu selekeh jer gi class sekarang dah vogue minah ni. Selepas habis berlajar aku ngan Hani buat practical bersama di Nikko Hotel selama 6 bulan. Lepas habis practical aku bekerja di Hotel Marriott dan Hani meneruskan bekerja di Nikko Hotel.

Waktu jadi practical student kitaorang kena bully kaw2....vavi betul. Kitaorang kena bekerja di semua department. Bila dapat department Housekeeping aku diorang bully suruh lap2 daun kat hotel tu. Malu kaw...harap jer vogue tapi lap daun. Hani kalau tak silap aku kena sapu dalam lift. Hahahaha bodohkan.

Bapak Hani ni Polis...tapi sikit pun aku ngan Hani tak takut. Habis jer practical memalam gi disco. Tipu bapak kata shift malam. Manalah ada practical student kena shift malam hahaha jahat aku kan. Tapi Hani kerja kat Nikko hotel tak lama selepas tu dia jadi Model. Minah ni mmg tinggi giler so mmg patut dia jadi model terkenal pulak tu.


Ni Ija...paling pendek dan kecik dalam group. Waktu dekat college Ija ni paling kaya. Dia sorang jer ada handphone. Tapi aku ngan kengkawan yang lebih2 bagi no Ija kat boipren memasing supaya senang bergayut. Tapi minah ni pun ok jer tak ada hal. Ija ni rapat ngan Pujy sbb dua2 kecik. Dulu2 kalau buat assigment aku selalu group ngan Kak Nurul dan Hani. Ija satu Group ngan Pujy.


Ini Pujy...paling popular kat college dulu sampaikan lecturer pun nak tackle minah ni. Dia mmg cute waktu tu. Waktu berjumpa hari tu sampai sekarang aku dan kawan2 tak percaya minah ni sekarang dah jadi seorang tukang jahit yang berjaya. Giler ker apa?? dulu minah ni paling sempoi semua benda dia ambik mudah...sikit2 lantaklah....biarlah. Tup2 bila jumpa dah jadi tukang jahit kau Pujy. Hahahaha


Ini lah group kami. Makan bersama, berlajar bersama pergi mana2 mesti berlima kalau sorang tak ada mmg tak best. Dah hampir 15 tahun kami berkawan dan kami masih seperti dulu. Semua dah ada kerjaya masing2 dan yang paling kelakar kerjaya yang tak ada kena mengena dengan pengajian kitaorang.

Aku - Sexyteri
Hani - Model
Kak Nurul - Executive di salah sebuah company
Ija - Bekerja di Saloon rambut
Pujy - Dah ada kedai Jahit.


Semua dah berumah tangga dan anak2 semakin membesar. Kecuali Hani yang masih tidak mempunyai anak. Sekali sekala dapat berjumpa macam ni mmg best sangat....gelak terbahak2 ingat kisah lampau. Really miss that moment. Huaaaaaaawaaaaa best nya kan!!!


Rindu giler kat diorang!!








Tinggal lah kami berempat masih disini. Hani semalam dah pulang ker Texas. InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi yer.


1 comment:

Anonymous said...

Salam Elly, rindu la kat Blog Elly and Elly skali. Skali bukak blog D ada u all bertiga ngan Filla skali. Akak tahu u all g China. Tp tulis la sikit2 kat Blog ni. Boring tau ahkak ni. Kak Rynn.