Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 29, 2012

Sihir...

Jom borak2 kosong....hari ni nak jadi wartawan pulak. Bagilah aku peluang jadi penulis pencen hari ni. Esok2 aku jadi pembaca berita pulak. Nanti aku videokan...hahahaha. Hebat sangatkan macam2 aku nak jadi.

Korang percaya tak bomoh? korang percaya tak sihir dizaman moden ni. Ada ke lagi manusia berperangai sekejam tu sanggup menggunakan syirik supaya cita2 diorang tercapai. Errmmmm....aku percaya. Benda ni banyak terjadi depan mata aku. Tapi kenapa yer orang sanggup buat perkara terkutuk tu. Tak boleh ker pikir secara positif bukan rezeki aku jadi aku redha.

Sampai bila nak minta bantuan bomoh....sampai bila nak percaya syaitan. Selalu kes yang aku dengan sanggup menggunakan khidmat bomoh contoh

1. Utk memikat hati wanita atau lelaki supaya tunduk dengan arahan mereka.

2.Utk mencapai kekayaan dengan jalan yang mudah

3. Berdendam, Sakit Hati

4. Utk tundukan isteri atau suami supaya mendengar kata

5. Meruntuhkan rumah tanggan orang demi kepuasan diri

6. Untuk mencuba ilmu yang dipelajari dan tujukan kepada orang yang tidak bersalah

dan macam2 lagi lah tak sanggup aku nak tulis.Mana yer pergi akal korang sanggup menyakiti sesama insan. Balasan bukan korang yang tentukan. Itu kerja Tuhan. Aku mmg takut benda2 halus ni. Kesian orang yang terkena sengsara hidup dia. Apa yang korang dapat cuma kepuasan.

Santau, guna patung, nasi kangkang, Minyak Dagu....YaAllah tak takut ker dengan tuhan. Korang tak rasa takut ker? Lebih baik kita Redha jer dari buat benda2 haram ni. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Segala yang terjadi ada sebabnya. Fikir sebelum bertindak.

Renung2 kan dan selamat beramal....

Ustazah Izzah....Aaaauuuwwww!

5 comments:

Alicia said...

tu la...saya pun percaya sebab berlaku depan mata....mcm2 peel manusia ni....mcm takde hati perut nak buat semua tu...

linalucx said...

ello Sis elly,
dulu pn saya xcaye benda2 cm ni..
yelakan zaman moden..
tapi bila dh terkena diri sendiri baru tau..
saya kena bulan pose..masa tu tgh
blaja lagi..
tapi pelikkan selalu org cakap setan
kena ikat bulan pose..
teruk saya kena..
xle bau makanan dan makan muntah2..
mcm org mengandung..
badan rasa berat semacam jer
dalam sebulan turun 7 kg..
buka pose mkn popia seketul dan air soya..
sampai doktor ingat saya mengandung..
serik la kena..

amaniammar said...

Salam kenal.
I'm ur silent reader jew...ni nk bg komen ttg sihir..drp pglaman keluarga mmg ad terkena...even adik me sendiri smpai xleh ckp dn dungu dibuatnya..still on treatment...
Tu r sis...manusia sebegini mmg puas di dunia..tp alpa dgn janji Allah kpd yg mungkar..
Mudahan kta tidak tergolong dgn manusia yg sesat...
Wallahua'alam...

Sekian..

Anonymous said...

Hi Elly,

Nice topic to think about.

Skg ni ramai sangat yg guna sihir. Sikit tak puas hati, terus jumpa bomoh. Rumah jiran bikin renovation yg cantik dan wow, pun tak happy and terus jumpa bomoh. Tengok kawan ada kereta besar, pun tak puas hati, terus jumpa bomoh.

Saya tak suka org mcm tu. Depan kita mulut manis, belakang dia buat sihir. Saya pun dah banyak kena. Skg ni saya berhati2 dan tak berkawan banyak. Kadang2 yg rajin buat sihir tu saudara mara sendiri..

Sally

Anonymous said...

Salam Elly, ya memang ado hal2 cenggini. Nasihat akak (bukan akak nak menakut2kan ya)especially mcm En. Win tu yang berniaga kan hati2 lah. Derang ni bukan boleh business orang maju sikit. Mulalah manderem kan orang .Amalkan membaca Ayat Kursi. Nak masuk kedai baca la dulu, nak tutup kedai 2 pun baca la gak. Niat la dalam hati semuga Allah permudahkan segala2nya. Dan dalam solat pun kena lah doa gak ya. Semuga Elly dan keluarga dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik. Kak Rynn.