Nuffnang Advertisement

Monday, August 27, 2012

Raya bersama Elly...

Gitu kan tajuk macam show kat TV tetap nak berangan jadi fofular. Tahun ni aku rasa sedikit penat sbb banyak benda yang kena buat. Hari Jumaat sebelum raya pepagi dah pergi Pasar beli bawang, kacang, serai, lengkuas mcm2 lagi lah dan utk pengetahuan korang aku pergi seorang diri sbb tak sampai hati nak kejutkan En Win bangun. En Win balik dari berniaga sampai rumah pun pukul 4 pagi. Tak sampai hati pulak aku nak kejutkan. Tidur lah sayangku....aaaaauuuuwwwww.

Jadi....berangkat lah aku sorang2 ke pasar belikan barang utk Mak dan Mak Mertua. Nak ajak diaorang pergi pun kesian gaks sbb dua2 mak aku ni lutut sakit. Troli penuh sampai nak terkeluar plastik....belum lagi tangan kiri kanan pun pegang plastic...dengan handbag lagi. Berpeluh2 ketiak aku. Nasib baik dapat parking cun2 depan pasar...itupun main parking jer....walaupun aku tahu salah disisi undang2 tapi apa aku pedulik janji kerja aku senang.

Settled hantar barang kat rumah memasing....balik rumah baru aku start berkemas. Bersungguh2 lah aku basuh bekas kuih raya, tukar alas meja, tukar cadar bilik...perghhh macam ramai bebenor orang nak datang rumah aku kan. Kuih tak kalah penuh lah meja bulat...tapi yang makan En Win dan anak2 orang lain nan do.

Hari Sabtu...pergi pasar sekali lagi seorang diri. Kali ni ambik ketupat palas, lontong dan sedikit rendang tok yang aku order. Kesian kat kedua mak aku yang dah tak larat memasak. Awal2 aku dah pesan jgn masak sangat nanti jatuh sakit aku gak yang susah. Dah settled semua baru lega hati aku....so boleh duduk goyang kaki. Turn adik dan kakak2 aku pulak bantu mak kat rumah.

Malam Raya En Win still berniaga sampai pukul 4 pagi....tak sangka aku ada jugak rakyat Malaysia yang shopping last minutes...meriah uolls....semua terjerit2 lelong barang nak kasi habis. Selalunya kitaorang akan balik ke Melaka sehari sebelum Raya tapi kali ni En Win tak nak tutup kedai pulak dia still nak berniaga sampai ke Pagi...tapi alhamdullilah memang ramai pulak malam tu bershopping.

Lepas habis berniaga pukul 5 pagi baru kitaorang bertolak balik Melaka sampai sana pukul 7 pagi. Aku kena ambik alih jadi driver kesian tgk laki aku mata kuyu jer tak boleh bukak. Aman jugak bawak pepagi ni yer tak ada kereta langsung.

Seronok giler beraya kat Kampung...aku kan orang bandar sesekali merasa suasana kampung mmg teruja. kali ni inlaw aku tak ikut sbb FIL aku tak berapa sihat jadi cuma aku anak beranak jer balik. Lepas sembahyang Raya so reramai bermaaf2an. Adalah dekat 11 keluarga berkumpul dalam satu rumah....meriahkan.



Tu dia lemang....


Rendang Daging


Sambal Tempoyak


Laksa Lemak


Ayam goreng...Ayu nyer orang yang mengoreng tu yer.



Bergotong royong memotong lemang. Aku hanya melihat sahaja....muahahahaha


Jom makan!!! Serang......


Cantik nyer baju anak aku...hahahaha melampau puji anak sendiri. Korang ingat tak aku gi tempah baju ni kat Melaka dan ini lah hasilnya kurung nyonya. I like it so muchhhhh....thank you nyonya.



My Family.....Green colour. Bosan giler laki aku ngan colour ijau ni.... hahaha biar aaaaa



Mak n abah di Melaka. Lebiu....



Siblings....ahaks!!


En Win dan anaks


Cuba korang tgk muka laki aku macam tak bermaya jer kan.


Kiddos!!

Selesai beraya kat Melaka dalam pukul 10 pagi terus bertolak balik ke Puchong rumah mak dan bapak aku. Sekali lagi aku terpaksa drive tak  berani nak suruh laki aku bawak kang kemana pergi nya.



Kamaruddin dan anak2 nya. Mana lah bapak aku dapat songkok biru ni. Benda pelik2 mmg kegemaraan orang tua ni....kalau ada tarbus tinggi lagi dia suka.

Selesai beraya rumah keluarga aku....zoom pergi rumah inlaw pulak. Waktu ni aku mmg dah penat giler....first time lah beraya ketiak aku basah....hahahaha. Takpe lah uolls setahun sekali kan!



Family inlaw. Alahai sikit nyer anak. Hahahaha....cuba bandingkan dengan gambar di atas.



Aku pun sama lah....sikit jer anak....




Inlaw with cucus!!

Penat lah wei....nanti aku sambung lagi. Ada kejadian yang berlaku di Raya ke 5....jeng3. Kami beraya di Hospital selama 2 hari......tunggu!!


9 comments:

Unknown said...

sis..kt melaka 2 rumah sape???

Anonymous said...

Salam, Elly akak tak paham la. Yang kat Melaka tu Mak dan Abah ? Bukan ke yang kat Puchong Mak dan Abah Elly. Konpius ahkak he he he.

Elly said...

hahaha cute jer soalan tak paham kan soalan konpius. Actually kat Melaka tu Mak n Bapak sedara sebelah En Win. Tapi kami sangat rapat sampai panggil emak dan abah.

~PILOT LOVER~ said...

tak sabar nak tunggu what happen next..heheheh cpt2 taw sis update ^_^

Mariam Sohaila said...

Perrrrgggg..... hilang rindu bila baca blog akak....best n kelakar....Selamat Hari Raya Aidilfitri ...

Irfa said...

aku baru nak tanya sapa yg kat melaka tu..sib baik ko dah jawab ;)
mmg meriah raya ko elly.ai like

Hazey said...

Elly cantik la baju kurung your dotters, hijau lagi, boleh bagi contact aunty tu, mana tahu gi melaka boleh tempah.. btw material sume dia punya ke kita bawak?..

aku nama nora said...

you look super gojes dear!! walawehhh cun seh <3

Elly said...

Alamat utk buat baju kat Melaka tu korang boleh tgk kat comment entry yang aku gi Melaka. Kat situ ada address dan contact details. Hahaha...aku malas nak cari card nyonya tu. Korang cari sendiri lah yer.