Nuffnang Advertisement

Thursday, August 2, 2012

Pepatah Melayu

Dulu giler sombong tak percaya langsung dengan pepatah melayu "Perempuan berlajar tinggi mana pun akhirnya ke dapur jua". Wah! aku tentang habis2an bila mak aku nasihat kan "berlajar masak esok laki kau bukan tengok sijil...laki kau nak rasa masakan kau nanti"...."Apa guna berlajar tinggi2 orang mampu lah bayar orang gaji mak ooi". Giler sombongkan...berlajar takat lepas hidup lagi ada hati nak ambik orang gaji.

Aku mmg pemalas nak kedapur bila mak aku tengah masak...lagipun kakak2 aku ada menolong mak. Kerja aku cuma mengemas rumah jer. Waktu remaja aku cuma tahu masak nasik dan masak telur jer...betul korang aku tak tipu. Entah apa setan yang tertenggek kat kepala aku degil nak mampus...pemalas giler nak kedapur. Membebel mulut mak aku suruh berlajar masak

Mulut emak aku mmg masin...bila dah kawin En Win mmg x nak pakai orang gaji dia nak aku masak sendiri. Sudah!!....potong ikan pun aku tak tahu macam mana? Duduk pulak ngan mak mertua takut giler wei. Bila aku nak masak jer masuk dalam bilik call mak aku mintak resepi. Kalau mak aku cakap kau agak2 lah gula tu banyak mana aku dah risau kalau boleh mak aku kena cakap berapa sudu gula, berapa bijik bawang baru aku ok....kalau dia cakap agak2 aku dah cuak...Hahaha. Nasib baik lah mak mertua aku tak suruh aku masak sangat sbb aku balik kerja dah petang makanan dan terhidang. Bila hujung minggu harus makan luar kan.

Bila aku ngan En Win dah berpindah rumah dan anak dah semakin besar...aku mula terasa malu sbb tak dapat sediakan masakan utk suami dan anak2. Asyik makan kedai jer. Walupun En Win tak pernah bising atau merungut tapi aku yang rasa bersalah. Dari situ aku cuba berlajar sikit2,  mula ambik kelas masakan, beli buku resepi dan balik rumah emak utk berlajar memasak. Hahaha...waktu mintak mak tolong ajarkan memang kena leter cukup2 ngan mak aku. Tadah jer lah telinga kan! kepada reader yang malas macam akak kau ni baik korang gi berlajar masak buat malu jer kat mak mertua nanti.

Tapi aku tak cakap sekarang aku dah terror bebenor....tapi lepas lah nak masak kan untuk suami dan anak2. Utk orang luar aku tak berani lagi....kang buat nyer tak sedap jadi umpatan seumur hidup...hahaha. So far En Win tak pernah komen tak sedap atau sakit keracunan makanan...kira oklah tu. Selalunya bila aku tengah masak terjerit2 mulut aku suruh En Win rasa...masin ok tak...pedas sangat tak....hahaha berbulu jer En Win.

Semalam berbuka sempat lah aku masak



Gulai Lemak Ayam



Udang Goreng Kunyit


Sayur kobis goreng. Bukan kedekut yer aku mmg masak sikit sbb aku sorang jer makan sayur ni. Anak2 dan En Win tak suka.



Dessert....Mangga yang dah lembik sbb lupa nak potong.

Lepas masak senyum puas hati....hahaha giler emo!! Sekarang siap boleh call mak tanya dia masak apa...lepas tu dgn bangga nyer aku pun bagitau masakan aku.....hahahahahahah.

Nanti2 aku nak berlajar buat cake pulak....Liza nanti kau buat kelas cake yer!!

4 comments:

Aku said...

Aku dulu nasib baik kat sekolah ambik kelas Ekonomi Rumah Tangga, kalau tak haram tak tahu masak sebab aku pon sama, pemalas nak tolong mak kat dapur. Pernah sekali aku goreng ikan pakai belasah je thaw kan dari peti ais, letak garam kunyit lepas tu goreng. Rupa-rupanya ikan belum siang daaa. Punya la mak aku jerit, kalah Whitney Houston.

p/s: Aku menceceh kat blog engkau ek. Lama giler aku tak menceceh kat blog kengkawan - Hanim

mmyAlqayyum said...

hahahhaha,sy pun mcmtu kak!!!bl mak kt agak2...mmg x teragak nk ltk bp...kn bgtau gak bp kan...potong ikan pun xpndai...skg msk yg simple2 je..klu nk msk ikan 3 rasa mmg xpenah la laki sy merasa lg sbb tkt nk try..tkt xsdp...pastu baru2 ni...sy try la juge wat kek..wat kek yg xmenggunekan tepung..cuak la gune tepung ni..xpndai nak agak...so skg asyik wat tiramisu @ oreo cheese je...slmt laki sy suke kak!!!kot org nk dtg umah kecoh suh sy wat..puji x tp kecoh suruh wat..akk should try!!!senang n simple..yg penting sdppppp.

Mimy Hamid said...

hi beb...nak komen ni...erkk ko ni sebijik perangai aku la masa remaja belia...dah kawen hamekk kawww ..tp nasib aku baik sikit la laki aku reti masak...so leh tiup tiup kuku la...

Irfa said...

lawa pinggan hitam tu

aku dulu anak sulung,kena la tahu masak.tapi dah kawen masih rasa was-was nak masak..bila nak masak je call mak tanya nak buat mcm mana.skrg dah heybat..hehe.tapi utk family terdekat je.org luar,ai segan u