Nuffnang Advertisement

Tuesday, August 28, 2012

Malang tak berbau..


Hari Rabu lepas aku anak beranak jalan KLCC. Lepak2 makan kat sana sampai pukul 11 malam. Seperti biasa sebelum anak2 aku masuk tidur aku akan suruh diorang wash up dan gosok gigi dulu.

Waktu diorang tgh wash up aku boleh dengar suara bergaduh-gaduh dalam bilik air. Aku rasa jiran sebelah aku mesti tension dapat jiran yang kecoh macam ni. Diorang kalau tak bergaduh dalam bilik air tak sah. Kalau melampau sangat bising kerja aku senang jer....ambik hanger sorang kena 2 zass kat kaki. Baru senyap.

Sekejap kang aku dengar adik menjerit....sekejap kang gelak terbahak2. Stok yang gelak bagi aku tension. Menjerit2 aku suruh cepat. Tiba2 aku dengar bunyi macam kaca pecah kuat giler....lepas tu aku dengar diorang gaduh lagi "Yaya yang buat"...."adik yang buat". Aku ngan En Win dah berlari tgk apa yang pecah.

YaAllah....korang tahu tak apa yang jatuh.....SINKI ok! jatuh berderai. Terbeliak biji mata aku dengan En Win. Waktu tu darah dah penuh kat lantai...diorang boleh tak perasan sbb ketakutan takut En Win marah.



Ini rupa sinki yang jatuh tu. Cuma adik jer tercedera. Tangan dia luka. Check kaki semua ok. Aku ingat luka biasa cepat2 cuci dan balut dengan towel. Tak sampai 5 minit towel dah lencun dengan darah. Aku dah nak pitam mengigil tepi pintu. En Win terus angkat anak aku gi Clinic. Disebablan En Win tengok aku lemah selamba jer di tinggalkan aku kat rumah.

Tak sampai 15 minit En Win called cakap luka anak aku teruk. Bukan luka yer....tapak tangan terkoyak....terbelah macam tu. So diorang suruh hantar hospital. Lagi lah aku lembik. En Win suruh aku bawak Card Insurance datang kat Ampang Medical Centre.

 

Waktu ni bukan anak jer melalak...aku dengan Yaya melalak sekali. Kesian anak aku dah lah halus. Lepas nurse dah balut diorang suruh tunggu doktor pakar datang. Adalah dekat 1/2 jam tunggu. Bila doktor pakar datang check tangan adik rasa jari adik lepas tu dia geling2 kepala. Takut kan!!

Jari yang bahagian luka tu dah sejuk macam ais...ini bermakna darah dah tak sampai kat jari tu. Kemungkinan besar salur darah terputus....sekali lagi aku nak pitam. Doktor kata kena buat operation utk sambungkan salur darah tu balik.Tapi.........boleh pulak doktor pakar tu bercuti raya.  Waktu tu dah pukul 1.30 pagi. Kelam kabut diaorang call semua hospital cari doktor pakar yang lagi. Alhamdullilah ada satu doktor pakar kat Glenagles Ampang...operation kena buat malam tu jugak sbb darah non stop keluar.

Lepas dah konpem semua bergegas gi Glenagles pulak...nasib baik dekat dalam 10 minit jer. Sign semua document...just tunggu doktor datang.



Waktu ni tgh call nenek dia mengadu. Alahai! anak aku.


Dah ok sikit....waktu ni pukul 3.00 pagi.


Pukul 3.30 daoktor sampai...check tangan adik terus masuk Operation Room. En Win teman kan sampai adik kena bius. Lepas tu kena keluar. Aku mmg dah tak boleh berdiri waktu ni....takut giler.

Operation start pukul 3.30 pagi habis pukul 6.00 pagi jer. Lama giler kan. Tak sanggup nak tutup mata pun. Asal bunyi pintu terbuka jer aku intai. Alhamdulillah semua ok. Doktor cakap bahagian luka tu mmg dalam dan ada salur darah yang terputus. Tapi sekarang semua dah ok.


Lepas operation. Aloooo kesian anak mama. Nak nakal lagi tak???

Sampai sekarang aku laki bini tertanya2 macam mana sinki tu boleh terjatuh. Bila tanya diorang berdua dia ckp tak tahu. Aku syak mesti diorang selalu bergayut kat sinki tu...betul tak??? korang rasa???


21 comments:

betty fir'z said...

omg! scary betul..rasenye diorang bergayut takpun duduk atas tu kot..ihihi

kalau pasal anak harus pitam kak..nak lagi kena operate bagai..hope adik cepat sembuh..jgn nakal dlm bilik air lg yehh..

Kak Izan said...

Allah hu akbar... nasib baik tak apa2.. Syafikallah ..semoga anak cepat sembuh.. bergayutlah tu.. budak2 mmg suka dlm toilet nie..anak2..anak2..suka susahkan hati parent dia :D

Anonymous said...

Nasib baik kena kat tangan saja. Harap ni pengajaran buat mereka supaya berhati-hati in future.

Sally

Anonymous said...

Salam Elly, 2 tahun lepas anak buah akak pun kena. Tapi budak ni lelaki memang nakal gilerr.Dia p duduk dalam sink 2. Bila terlampau berat sink jatuh. Apa lagi koyak daging vontotnya. Kaca sink ni amat merbahaya. Boleh membawa maut. Sink tu tiada diletak "besi pengampunya" ya?. So kalo ada besi 2 taklah jatuh sink 2 ke bawah kalo tertarik. Akak rasa derang bertolak2 tu dalam dekat sink 2 sambil tangan memegang sink. Nasib baik ok ya Cik Yaya kalo x sape nak pinang jari satu dah x de nanti. Ala cian dia. Lain kali dengar cakap Mama 2. Kak Rynn.

nifalnin... said...

seriau sy dgr kisah akak nih...
risau jugak sebab anak2 sy pun suke dok main dlm bilik air... yg si abang plak suke dok gayut kat sink.. lps ni nak bukak terus sink batu tu lah.. bahayakan...

alhamdulillah... nasib baik anak akak ok... w/pun skit tetap serius gak tu... semoga cepat sembuh...

mama aryan said...

ya Allah kesiannya..rasanya mesti bergayut kat sinki tu..

Irfa said...

aku pun nanges baca ;(
aku rasa diorang bergayut @ panjat duduk atas sinki..ish..kdg2 nak marah pun ada dgn bdk2 ni..tak tahu betapa kita ni risau/marah diorang sbb kita sayang

alhamdulillah..adik dah okey

azdra-azdra said...

aku rasa memang dia org bergayut.. budak2 kan.. anak2 aku pun selalu mcm tuh.. tapi kekadang biler di larang.. makin galak depa dok main.. aduhai la anak.. sib baik korang suami isteri pantas bergerak gaks.. take care adik!.. skang dh ok ke luka dia?

Puteri Satu said...

ya allah..gerun akak dengar... itula anak-anak akak pun nakal ya rabbi... minta kita semua dijauhkanla dari bencana-bencana macam ni lagi kena kat anak2 kan... tapi memang betul.. akak rasa maybe diorag bergayut kat singki tu kot... sebab tu leh jatuh...

Anonymous said...

kak, sumpah ngeri cite ko....
teringat sblm raya hari tu ank aku pn kena buat minor operation x smpi 15 min....menggigil lemah aku hntr dia masuk ot..... kusss semangat...pulanggg balik..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Ya Allah, bahaya nya.. Nasib baik cepat ke hospital ! kalau tak serik jugak tak tau lah .. konfirm punya lah dorang bergayut. takkan boleh jatuh sndri kan

iela said...

Mak aiii... bahaya jugak ek kalo sinki jatuh.
Jangan budak2 tu trauma sangat sudah..

pretty said...

elly, rase2 bole saman ijm tak? sbb bagi sinki rumah i pun goyang2...

MyraQhairel said...

kesian adik..bila bab ni mak sure dah gegel...sape tak syg anak kann...rasa nyer sinki tu dah lentur ke bawah..bila tekan lagi tu yg jatuh kot..semoga adik cpt sembuuh...ngeri plak dgr salur darah terputus...

Lylis said...

Masyallah.. nasib baik tak apa2.. tp mmg kes berpaut kuat kat sinki lah tu.. my anak buah pon pernah jatuh kan sinki dlm bilik air rumah i.. entah laa.. budak2 kan mcm2 skill kluar.. anyway.. selamat hari raya to ur family..

~mi + ny~ said...

kesian nya adik..sabar ye kak elly..moga adik cepat sembuh :)

Aku said...

Memang bahaya kalau sink jatuh, dahla biasanya sink ni diampu oleh besi kecik je mostly. Apa2 pon Alhamdulillah anak kau selamat. Tapi awal2 ni dia akan rasa ngilu kat parut tu especially time sejuk. Aku pernah luka yg dlm kt jari kelingking sampai berjahit, sampai sekarang masih ngilu bila sejuk.

yatie said...

scary...anak i pun pernah bergayut kat sinki..pecah...berderai nasib baik takde luka...kalau tak, I blh pitam dgn darah

semoga adik cepat sembuh ye...jangan nakal dalam bilik air lagi tau

Nor Azlin Abd Rashid said...

Kak elly.sy nangis bca entry akak.seday sgt sbb rsa cm kenal rapat dorg sbb akak slalu story psal dorg..sian dia..nasib adk xpape..risaunyer dgr luke dia parah..syukurla allah lindung adik..sy ada 2 ank pmpuan yg kuat gado gak cm ank akak.so rsa tsentuh bca entry ni.
Ckp adk dia hebat sbb tahan sakit dn lps ni kna baik2 n jgn nakal2..sayang adik sgt tau..tcare of her kak..cari jeli gamat bg dia mkn supaya cpt sembuh..

michiko said...

hi...

my anakbuah pun kena kes yg sama mcm anak Elly jugak.
Sinki jatuh dan pecah jugak,tetiba je,dia bertongkat kat sinki utk gosok gigi je,bukan pressure berat sgt pun.

Dan dia kena luka yg dalam dkt tapak kaki.melalak jugak,siap bertongkat la nak pegi skolah.

Apsal sinki bnyk kes mcm ni ye?

afiqah mustafa said...

rasanya kene pakai sinki ala2 counter top~ x boleh laa pakai basin yang halus serta cinonet dan obviously x dapat bertahan lama~ sebab sinki cmtu dah tentu2 nya berat~ tambah lagi ngn kanak2 riang yang suka bergayut cmtu~ mmg x kama lahh riwayat sinki terbabit~ =)