Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 1, 2012

Bye Bye Hazel.....

Mak sedih lah Nok...kenapa kau sanggup meninggalkan mak seorang diri di opis yang ceria dan indah ini. Siapa nak nak gelak terbahak2 bila aku buat lawak nanti. Kau sorang jer paham lawak international aku ni. Mesti aku rindu pepagi suara kau yang nyaring tu "Good Morning Kak Elly".

Aku kenal Hazel 5 tahun yang lalu....lepas dia kawin dia join Company tempat aku bekerja. Bila dah kenal semakin rapat so aku rasa Hazel ni satu kepala ngan aku...boleh ngam lah. Kau boleh kutuk aku aku boleh kutuk kau. Takde terasa2 hati yer.  Since beza umur aku ngan Hazel agak jauh tapi tak ada lah jauh mana pun...so minah ni suka share masalah dia dengan aku (ala2 kakak2 gitu). Hahahaha....kalau aku terima phone call seawal pagi or memalam buta dari minah ni bersiap sedialah dengar luahan perasaan minah ni. Tapi budak giler ni sedih 10 minit jer lepas tu dah jadi orang giler balik...sambil nangis sambil gelak terbahak2. Aku pun dah konpius nak gelak ker nak nangis.

Aku ngan Hazel mmg nakal....laki dia cukup takut kalau aku berdua berjumpa sbb ada jer plan nak jalan jauh or keluar memalam. Perbincangan sekelip mata...tak fikir pun apa akan terjadi.

Aku:  Kat Sarawak ada concert Rain Forest Sabtu ni
Hazel:  Jom

Giler tak!!! tanpa tanya suami aku ngan dia dah book flight ticket dan hotel. Lepas dah  book baru takut...hahaha.

Hazel:  Kak hari Sabtu ni gi Disco jom....
Aku :  Jom

Manalah laki masing2 tak sakit jantung. Bila wife buat keputusan sesuka hati. Bukan macam tu uolls kitaorang bukan keluar selalu rasa dah penat jaga anak rasa diri perlu berehat itu yang plan berbahaya datang...hahahaha.



Hazel ni blur giler....kejujuran dia tahap melampau. Suka hati jer nak cakap tanpa hirau perasaan orang lain. Ada lah salah seorang budak opis ni tak kawin2 lagi dia selamba gi tanya bukan tahu nak jaga perasaan orang tu. "Kak kenapa akak tak kawin lagi, pernah kecewa ngan cinta eh" ....merah giler muka akak tu. Bila aku tanya kenapa tanya soalan tu dia blh jawab saja nak tahu jer. Aku ni yang dengar sakit jantung.

Lepas tu borak2 pasal gaji....gajikan rahsia mana ada orang cerita pasal gaji. Minah ni selamba jer "kak gaji saya RM..... bolehlah kan. Perghhhh! giler jujur.


 


Aku ngan hazel ni suka create story kalau cerita serius kitaorang akan jadikan bahan lawak lepas tu gelak terbahak2. Satu lagi paberet kitaorang suka nyanyi lagu P.Ramlee lepas tu suruh teka cerita apa...disusuli pulak dengan dialog Aziz Satar...bagi yang tak paham konpem ckp kitaorang budak giler sbb gelak samapi terduduk-duduk sampai nangis pun ada. Bodoh sendiri buat lawak sendiri suka.
Minah ni dulu penari kebudayaan...so dia memang tak boleh dengar muzik otomatik badan bergoyang.



Hazel...mak sedih tau. Kau pepandai gi sambung berlajar buat apa kan dah dapat offer kerja bagus. Mesti kau busy nanti...dapat kawan baru mesti sombong kan....hahahaha. Siapa nak nyanyi lagu "Listen" kalau gi karaoke nanti....sumpah nok suara sedap giler walaupun mengigil2.

 



Gonna miss u Darling!!

Isnin lepas opis buat makan2 utk Hazel kat Hilton Hotel PJ. Suasan tak sedih langsung sbb semua orang  sibuk nak berbuka cuma nampak makanan tak sempat pun nak terkonang cerita lama2....hahahaha. Minah ni pun penuh pinggang sampai terpelanting lah butang seluar kat lantai sbb kekeyangan. Lepas tu tak boleh bergerak takut seluar jatuh. Jadi mangsa nyer aku "Kak nak apam balik....kak ambik kan saya oyster". Nsaib baik kau nak berhenti kalau tak bo layan kau jln lah ambik makanan sambil pegang seluar.


Di Bulan yang mulia harus aku menjadi perempuan melayu terakhir.


All girls yer...jantan2 tak yah ikut jaga anak2 kat rumah.


Geng Rainforest. Tiga orang yang tak berapa nak betul bertolak gi Sarawak pepagi...esok petang dah balik semata-mata nak tengok concert dalam hutan. Tapi berbaloi sangat sbb dapat goyang2 kan badan dalam hutan...ko adooooo!!!

Kitaorang berjaya pengaruh Siti yang berhati mulia ini...mesti dia serik dengan kitaorang ni. Aku ngan Hazel mmg perangai keji kalau gi Karaoke pun kitaorang akan bawak Siti sekali utk meramaikan suasana tapi tak bagi peluang langsung dia menyanyi....agak2 lagu kitaorang tak boleh bawak lagu tu baru pas mic tu kat Siti. Tapi dia di larang memilih lagu sendiri... dia kena ikut lagu pilihan kitaorang....hahahahah keji2.


Utk Hazel tercinta...auuuuwwwwww. Jgn lupa mak kat sini yer nok! sentiasa menanti panggilan jahatmu utk menjalankan aktiviti yang ditakuti suami....muahahahaha. Kau sombong kau siap!!!


3 comments:

Anonymous said...

eh, akak keje dgn yasmin group eh..huhu

Anonymous said...

muka hazel iras2 pelakon siti saleha kan..cute..

Anonymous said...

muka hazel mcm pelakon siti saleha kann cute..