Nuffnang Advertisement

Tuesday, August 14, 2012

Buka puasa dengan family


Hari tu dah bawak inlaw gi buka puasa...now turn keluarga aku pulak. Kenalah adil dan saksama yer dak!! This year kitaorang tak buka puasa kat hotel sbb rasa harga buffet kat hotel tak berbaloi langsung ada yang samapi RM130 per person. Kalau 4 orang dah berapa pulak kan baik beli barang kemas....hahaha mak2 sangaaattt.

So kita makan jer lah ala carte. Kitaorang makan kat Sharin Low Restaurant dekat Bukit Antarabangsa senang sikit dekat dengan rumah aku. Order awal2...sampai sana makanan dah ada. Ini semua idea aku....sbb aku mmg giler kuasa dari dulu. Cadangan aku jangan siapa berani membantah. Begitu juga dengan lauk semua aku yang decide ikut tekak aku. Kalau nak tunggu En Win atau kakak aku decide lambat..... sampai kesudah tak order nanti. Aku rimas orang lembab2 ni.



Tak semua dapat join. Kak Long sibuk berniaga popiah basah di bazar ramadhan. Adik aku yang no.4 sibuk berniaga kuih raya. Kalau korang nak tahu adik beradik aku ni mmg suka berniaga kecuali yang pegang camera tu sbb berat mulut sikit. Tu yang sampai sekarang tak ada boipren.



Penghulu Kampung. Suci jer muka aku kan di bulan yang mulia ini "PANG"


My ucuk acin....hehehe


Siakap 3 rasa....Yummy


Butter Prawn


Sayur campur


Kong Po Chicken


Tomyam Seafood


Serang!!!!

Penutup tak tahu nak tulis apa....tata

No comments: