Nuffnang Advertisement

Monday, July 30, 2012

Shopping Raya

Sabtu lepas En Win ajak beli baju budak2 kat Pavillion. Gi satu tempat jer tak kuasa aku nak jalan ker merata-rata tempat. Bila En Win cakap nak beli baju jer aku yang girang...hahaha sbb aku pun nak baju sama.

Ingat lagi dahulu kala....ahaks!. Bila bapak aku ajak beli baju raya jer wah melompat-lompat aku adik beradik gembira. Maklumlah baju ni kitaorang akan dapat beli setahun sekali jer . Kasut pun setahun sekali jer. Jadi bila ajak beli baju raya jer tak tidur malam kitaorang tak sabar tunggu hari esok. Esok pepagi reramailah naik bus pergi ke Globe. Bapak aku akan limitkan seorang anak RM200.00. Kalau aku beli yang murah makna nya banyak lah baju raya aku dapat. Kalau beli yang mahal sepasang lah jawabnya. Dengan berbekal RM200 aku dapat beli 3 pasang baju, baju tidur dan spender...wah! pandai giler aku budgetkan. Duit kasut tak termasuk dalam RM200 tu. So budget utk kasut raya bapak aku bagi RM50.00. Laju2 menuju ke Bata cari kasut tinggi. Bulan puasa mmg aku nanti2 kan sbb tak sabar nak beli baju dan kasut. Aku bukan orang senang...jadi bila tiba nak shopping terasa diri sungguh kaya waktu tu.

Berlainan dengan keluarga laki aku. Diorang macam pelik kenapa bila tiba bulan puasa aku kena tukar dan beli benda baru. Iyolah Bang adik beradik u 2 orang jer bila2 masa bapak u boleh belikan...so raya tak raya bagi u sama jer bila2 boleh beli. Orang anak ramai macam bapak I ni kena lah berjimat-cermat. Raya jer lah dapat beli benda yang baru utk anak2.

Bila dah terbiasa dengan keadaan macam ni dari kecik...benda ni aku serapkan kat anak2 cuma beli baju di Hari Raya Sahaja....tak ada makna nya aku nak beli baju korang 24jam melainkan kalau aku ada duit lebih bulan tu. Jadi bila aku cakap Sabtu ni Papa ajak beli baju raya aku boleh nampak muka anak2 aku ceria lepas tu jln sambil lompat2. See.....seronok kan suasana macam ni!



Cuma aku dan anak2 faham betapa seronok nya nak shopping raya. En Win masih blur dengan keadaan dan suasana ini. Biar arrrrrrr!!. Bagus pakai dress dan seluar pendek senang aku bogelkan nanti kat fitting room.



Tukang bayar....setahun sekali jer Pa.


Ibu yang sangat memahami perasaan anak2.


Wah! dah remaja anak mama...cari baju belang2.  Waktu membeli aku ngan En Win bagi kebebasan anak2 memilih....sbb diorang yang akan pakai nanti. Buatnya aku pilih tak berkenan kang...dah duduk jer dalam alamari tu tak berpakai. Tahun ni anak2 aku tak nak dress tak suka katanya....iyolah nak kita beli seluar jer tahun ni.



Raya cannot sexy2...letak balik.



Orang sibuk cari baju raya...En Win sibuk nak punk kan anak dia.



Geram nyer aku...sanggup dia duduk tepi jalan nak pakai kan rambut punk ni.



Ok! dah cantik


Aku ingat dapatlah shopping sekali...tak dapat En Win suruh aku guna duit sendiri. Sangat kejam! Takpe u tak kasi kan....i pun tak kasi memalam nanti...hahaha



Takpe Pa setahun sekali jer. Tempat yang aku shopping ni semua ada Sale. Contoh Guess diskaun 40% uolls. Kalau tak sale jalan terus jer yer jgn ada hati nak masuk dalam. Ini baru ada anak perempuan 2 orang kalau 8...bankrup bapak kau kan.



FIL ikut sama...tapi tak larat nak jalan tunggu kitaorang kat food court jer.



Polo pun sale 40% - 70%.  So sesiapa nak shopping baik beli sekarang tengah sale giler2 ni. Dalam masa 3 jam settled beli barang anak2 aku.

Baju kurung - Settled
Kasut - Settled
Baju - Settled.

Baru boleh tidur dengan aman...lepas ni pikir kuih raya pulak....perempuan2!!

4 comments:

Anonymous said...

Salam ramadhan kak elly...... Wah kak elly puasa nie nmpak mkin slim lah...... N gamba kedua last tu nmpak kak elly mcm rita rudaini senyum..... Ehem2 nie bkn bodek nak duit raya okeh..... Hehe......

nurul said...

yup...dulu2 beli baju setahun sekali je iaitu masa raya..mmg sgt teruja..kalo dah beli mmg tiap hari le belek sampai hari raya..kasut pun hari2 test dlm umah sampai ke raya..

**hanya yg penah rasa je tau kan kak elly..mmg terasa sgt apa itu raya =)

Irfa said...

wah bagus ..dah setel bab baju raya
aku malam raya kot.hahaha

Anonymous said...

baru stat baca blog akak.. b4 ni mmg pembaca tegar blog kak D.. seronok plak baca blog akak ni.. :) kalau kita dolu2 mana ada yg beli baju sbulan sekali.. nak tggu raya baru merasa tapi nikmatnya fuhhh.. mmg x leh nak kobar kan.. ahaksss