Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 31, 2012

Nasi Lomak....

Tak ingat aku puasa ke berapa buat nasi lemak ni. Permintaan anak2 aku gigih lah buat kesian pulak diorang puasa mengharap jer nak makan nasi lemak. So masak simple jer hari tu Nasi lemak dan ayam goreng panas2. Goreng ayam waktu nak dekat2 buka jer baru lah power....hahaha. Sendiri buat sendiri cakap power nak harap korang puji nando kan!!.

Macam ni lah jadi ibu2 kan...tak sampai hati pulak kalau anak2 buat permintaan. Bila ingat balik dulu kesian kat mak aku gigih lah masak paberet food anak2 dia. Mcm2 permintaan "Mak nak cucur udang tapi nak udang besar"......"mak nak ayam cili tapi buat sambal lebih yer"....."mak sahur nanti mak masak nasi goreng yer lepas tu letak telur mata". Bila ingat kan balik kejam sungguh anak2 mu itu. Tapi sampai sekarang perangai keji aku ada lagi...."mak esok orang datang sana nak makan tengahari....mak masak ayam sambal yer" nak buat macam mana air tangan ibu tersedap, terlazat dalam dunia.



Ikan bilis, timun, telur


Sambal ikan bilis.


Ayam goreng panas2.


Nasi lemak 3 pot licin. Bangga sekejap aku!!!



Dessert Ice Cream.

Baju raya tak muat pakai jer lah jubah tahun ni!


2 comments:

Mooniqueen said...

Sedapnya.... Nasi lemak makan dgn ayam goreng memang superb...

Irfa said...

tgk nasi lemak ko ni tetiba rasa nak buat nasi lemak jamu adik2 berbuka sabtu nanti ;)