Nuffnang Advertisement

Monday, July 9, 2012

MELAKA

Sabtu lepas aku gi Melaka ngan office mate sbb nak cari kebaya Nyonya ngan Kurung Sulam. Boring pulak Raya asyik pakai cotton, chiffon or kain sari. Kali ni nak tradisional sikit. Wah! melampau kan cari baju sampai ke Melaka. Kau ingat kau artis nak Kebaya bagai.

Aku ni kan korang nampak jer moden tapi kalau baju kurung aku suka jenis style lama. Ada poket besar kat tepi, kain kasa, pesak pahang....itu mmg paberet aku. Kali ni anak aku pun aku nak tradisional kan diorg sekali. Dah survey kat KL baju sulam utk budak2 tapi mahal tahap gaban ok....so kitaorang decide cari kat Melaka jer.

Kitaorang gi bertiga aku, Hazel n Liza. Bertolak kul 10 pagi. Ingat nak bertolak awal tapi anak Liza ada sport pulak itu yang lambat sikit gerak. Takpe2 selesaikan dulu tanggungjawab baru lah aman bila nak berjalan kan.



Sampai Melaka kul 12 tengahari.


Salah satu kedai yang akan di lawati...hahaha. Laki aku kata aku giler sbb nak cari baju sampai ke Melaka. Biar arrr.....


Tu dia pemandu formula one.


Sampai2 kat Jonker Street...gi makan dulu. Aku punya excited sampai lupa nak berhenti kencing....sorang2 perut buncit menahan kencing...."kak saya tak boleh tahan kenapa akak tak berhenti tadi kat R n R"...hahaha ada aku kesah....kau kencing lama nanti lambat sampai..


Lega sikit kan....barulah boleh senyum. Kitaorang makan kat Jonker Street cari Nyonya Food.


Telur Dadar Cencaluk. Yummy...rasa masin2 cencaluk


Bendi rebus cicah sambal belancan.


Udang Petai.


Asam pedas nyonya. Meleleh air liur korang kan. Licin ok....


Sedap nyerrrrr.

Perut dah kenyang...marilah kita meneruskan misi mencari baju....suka3


Kasut terompah nyonya. Mahal tak berbaloi beli.



Tu dia! Macam orang giler kitaorang bertiga bila nampak kedai kebaya ni. Cantiknyer....lawanyer.....suka3. Tapi aku dari awal mmg tak nak beli kebaya...aku nak cari kurung sulam utk aku ngan anak2. Tapi tergugat jugaklah bila nampak kebaya biru ni. Nasib baik besar. Waktu aku pilih baju ni Hazel dah terpandang2 rupanya dia dah berkenan. Bila aku letak jer balik baju ni....diam2 jer dia capai masuk fitting room.



Cantikan sulam baju ni.


Tahu2 jer dah keluar fitting room "Kak saya nak beli lah". Tension aku ntah bila di cuba pun aku tak tahu...tahu2 keluar dah macam model. Laju2 bayar kat counter takut aku ubah fikiran.



Model kedua...


Keluar kedai dengan gembiranya...marilah kita meneruskan misi mencari lagi



Kau ingat kau pelancong....bertopi besar bagai. Mat Salleh jalan selamba jer....tak yah pun topi2 ni. Ngada betul korang kan.



Fridge Magnet....utk anak2 dirumah. Tanda ingatan dari ibumu.



Akhirnya aku jumpa kedai yang menerima tempahan kurung sulam utk aku dan anak2. Macam ni lah rupanya bila dah siap nanti. Dekat KL harga baju ni meletop mahal....jadi tak sia2 lah aku gi ke Melaka. Aku memang ada perancangan dari dulu lagi ngan En Win nak buat family photo tapi style orang dulu2...colour hitam putih pakai baju dulu2 bersanggol dan bertocang. Suka2 sambil lompat2....ahaks!!

Waktu aku discuss ngan Auntie tu dia cakap tak sempat siap kalau nak pakai utk hari raya nanti....merayu2 aku kat auntie tu "tolonglah auntie...saya mau cantik raya nanti, kesian sama saya datang dari jauh....kesian sama anak2 saya tak ada baju....u buat utk anak2 saya dulu...saya lambat pun tak apa". Akhirnya dia bersetuju....lompat bintang sekali lagi. Bila baju ni dah siap auntie ni akan call...bank in duit....baru dia akan courier. So tak yah datang balik ke Melaka utk ambik baju.



Seperti biasa Hijau menjadi pilihan utk anak2....aku ambik warna light purple. Wah! ayu aku nanti....matilah berangan tak ingat!!! Harap maaf aku memang suka syok sendiri.



Diorang pun terjebak tempah baju kurung sulam ni.



Lepas selesai misi kitaorang barulah jalan2 kat kota Melaka... cari baju kebaya utk kawan2 yang kirim pulak.


Settled semua sebelum balik pekena cendol dulu. Bertolak balik dengan penuh senyuman. Barulah boleh tidur dengan aman....hahaha sekali lagi laki aku kata aku giler. Biar arrrr....dengki!!


11 comments:

SM@A said...

Salam Elly

Baju kurung bersulam tu kt mane yer ... boleh bagi address kedai tu tak ? Thanx sis ;)

Laalaa said...

Sis, apa nama kedai baju kurung sulam tu? Kalau tempah berapa RM sepasang?

Anonymous said...

sy duk melaka dh nk dkt 5 thn, tp xpnh taw pon, kedai mana nk wat sulam tue..kt mana ek kak elly???

linalucx said...

sis elly,

dekat mane nak kedai baju kurung sulam tu?...
kalau baik hati bagi la alamat dan no phone...
nak tempat jugak..huhuhuhuhuhu

Anonymous said...

Masanya sudah tiba untuk sama-sama merenung tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan sebagai seorang hamba Allah. Bukanlah masanya untuk umat Islam terus lena dan dibuai mimpi yang tidak berkesudahan sedangkan nilai dan ajaran Islam dilucut dan ditelanjangkan satu-persatu.
Sebenarnya, mahu ke syurga atau neraka, pilihan di tangan anda.
Benar, hanya dengan rahmat ALLAh Ta’ala seseorang akan memasuki syurga. Dan ALLAh Maha Menilai pada hamba-Nya yang berusaha untuk itu, inshaAllah.:)

syah9997 said...

alaa ..kalu tau u dtg melaka .. i suh u bwk kasut .. heheh

Elly said...

uollls: boleh tak nak kedekut tak nak bagitau. Nanti Raya baju kita sama...i nak glamer sorang2 dengan sulam yang meletup tu...hahaha jahat tak? Actually kat Jonker Street melambak kedai baju kebaya yang ready made tapi kalau nak kurung sulam kena tempah lah...tak semua kedai ambik upah jahit baju kurung sulam ni. Tempat yg akak pergi ni kat area Jonkers Street jugak

Fedella Enterprise
60 Jalan Hang Jebat
Melaka
Contact no: 06-2860255

Peringatan: Harap tempah selepas Raya. Hahahaha....

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Anonymous said...

Tumpang Tanya, kedai Yg u all Cuba Baju kebaya nyonya Tu di mana ya? Apa nama kedainya?mencari jugak di jonker tapi tak jumpa

abu bakar said...

kalau dtg Melaka jangan lupe p coconut shake klebang, ikan bakar, mcm mcm lagi...

Hannah J said...

Hi, can please tell me the shop name/location where u bought the nyonya kebaya from?