Nuffnang Advertisement

Friday, July 6, 2012

Meh! sini aku nak cakap sikit

Korang selalu tak dengar perkataan :-

1. Dia bolehlah...dia banyak duit semua benda boleh beli semua benda branded
2. Hidup dia senang.... tu yang tiap2 tahun gi holiday
3. Kau tengok lah dia kerja ngan siapa...dia kerja dengan Dato tu. Itu yang hidup dia senang
4. Mesti laki dia kaya tu yang boleh beli rumah besar dan kereta besar

Ini lah contoh2 yang orang selalu perkatakan bila nampak kehidupan orang kaya dan senang. Tak ada langsung tangkapan positif semuanya negative. Tapi dia sebalik nya korang tak tahu macam mana agaknya diaorang ni bersusah payah mencari rezeki.

Siang bekerja di office...malam bekerja lain pulak demi memberi kehidupan yang selesa utk keluarga. Pernah tak korang terpikir betapa penat nya orang2 ni bekerja untuk mencapai hidup yang selesa. Korang yang kat luar ni cuma nampak kesenangan jer tapi korang tak tahu pulak kehidupan dia yang bertungkus lumus mencari duit. Anak isteri ditinggalkan, tak cukup tidur, hujung minggu tak ada rehat tapi korang tak nampak semua tu.Yang korang nampak dia ada rumah besar dia selalu pergi holiday.

Dia senang sebab bekerja dengan orang pangkat besar. Korang ingat bekerja dengan orang pangkat besar ni dia selalu hulur duit ker?? tak ada makna ok kerja seperti biasa makan gaji macam orang lain jugak. Kenapa mesti ada iri hati....kita manusia ni semuanya sama tak ada yang kaya tak ada yang miskin. Kalau korang rajin berusaha InsyaAllah adalah jalan utk mencari rezeki.

Utk mencapai kehidupan yang selesa bukan perkara yang mudah...kita tak tahu dugaan yang mereka terima utk kearah itu....kita tak tahu berapa kali mereka terduduk dan menangis utk mencapai ke arah itu. Contoh terdekat yang korang boleh lihat AC Mizal. Dia selalu berusaha mencari kehidupan yang selesa utk keluarga tapi dugaan yang diterima dicaci dan di hina....berlagak, menipu dan macam2 penghinaanlah dilemparkan keatas keluarganya. Kenapa kita perlu ada iri hati terhadap kesenangan orang lain....dia berusaha dia patut dapat ganjaran keselesaan dan kesenangan.

Tolonglah buang tanggapan negative dan iri hati. Tak payah lah nak mengata pasal kehidupan orang lain. Buang perangai buruk tu....kalau korang nak jadi macam mereka yang hidup selesa ni bangkit dari alam fantasi dan berusaha kearah itu. Mulut tu zip sikit tangan tu berjalan dan otak tu guna utk berfikir.

11 comments:

Aimi Laili said...

salam kak elly..
sebenarnye diaorang jeles dengan kesenangan orang lain, maka nak sedapkan hati sendiri tu yang buat tanggapan negatif selalu.

teruskan mengejar kejayaan kak, yang gembira kita, yang sakit mereka :)

all the best :)

Irfa said...

aiyokkkkkkkkkkkkkk
sapa buat elly marah ni?

biasalah.mulut org xleh tutup
sakit mulut nanti tahulah dia diam

Mooniqueen said...

Betul tu sis... Typical n mentality manusia skrg memang mcm tu... Ingat duit senang2 bergolek ke?

Dayz J said...

Setuju sangat. Orang nampak part senang je, diorang tak nampak part susah payah kerja balik jam 2,3 pagi.

Anonymous said...

feduli kan lah mereka kak elly....sbb dorg tak dpt nk rse kesenangan akak tu pasal lah dorg jeles....

linalucx said...

hi sis elly,

biar la dorang tu.dorang ingat duit tu datang bergolek ker kalau kite goyang kaki.

nak duit kena da usaha.setiap usaha kena la ada matlamat dan kemahuan.

moral value.anggap kan itu satu faktor untuk sis elly lebih maju yer.

saya pun jeles dengan sis elly.jeles sebab sis elly ngan hsbnd xreti penat.macam2 jer idea nk berniaga.hehehehehe

Lily said...

Hi sis elly,

Biasalsh manusia ni if xde phd mmg xsah hidup..lg2 org melayu..biarla org nk kata apa,yg penting masa kita susah bukan org nk tlg..

Im one of your new reader,i suka sgt semangat u n ur hubby buat bisnes..wpun kecil2an,tp yg penting dpt tambah pendapatan keluarga kan..

Chaiyok! Keep it up

Anonymous said...

Salam elly
Biasa la tu elly mulut org yg dengki mmg x bleh nak zip. Kita hidup melarat kena hina, Kita kaya pun kena kata. Org yg mengata tu sebenarnya teringin hidup Mewah tapi dh asyik mengata sampai xde masa nak cari duit lebihhhhhhhhhhhh.
Bersabarla elly, diaorg mengata elly dapat pahala.

elyna mirsada said...

rma yg berpk cm tu skg..bkn mudah nk senang perlu brusha tnpa jemu..ko nk ko usha ler xpyh dengki ngn owg kn =)

~PILOT LOVER~ said...

sentiasa follow blog akak yg sempoi ni.. teruskan blogging ye kak... kejayaan akak jadi inspirasi saya utk lebih berjaya ^_^

Anonymous said...

ermmmm....manusia yg hidupnya asik nak mengata mmg xkemana la...sian kat diorg yg sebenarnya sgtla teringin nak beli brg branded, holiday sana sini..bila xdpt, tu yg jeles...hati penuh hasad dengki, rezeki pun xmasuk...