Nuffnang Advertisement

Monday, July 2, 2012

London the Summer Musical

Sorry lah lama bebenor tak update....I busy uolls Perdana Menteri India pun tak sehebat I....ahaks! Last week aku outstation uruskan benda2 yang tergendala dan tertunda...bagi settled semua perkara...lega rasa kerja dah tak ada yang pending...kalau tidak kepala ni asyik berfikir jer. Waktu aku outstation anak2 MIL jaga...rasa bersalah jugak sbb sibuk sangat uruskan hal kerja sampaikan tanggungjawab kat anak2 MIL kena ambik alih...Thanks yer Mak.

Balik jer hari Jumaat terus gi Sekolah Yaya dan adik sebab ada "open day". Alhamdullilah...keputusan diorg agak baik...so terus promise nak bawak diorg gi konsert. Anak aku kan suka tgk show nyanyi2 ni....so marilah kita gumbira bersama2.



London the Summer Musical. Bertempat di Sunway Lagoon. Theater ni mengisahkan 3 orang paramugari yang terbang ke US lepas tu berkenalan dengan 3 remaja lelaki disana...ala2 percintaan budak2 remaja. Lepas tu lagu yang diorg nyanyikan memang semuanya sedap2. Aku yang terlebih excited...hahaha

Show start pukul 8 malam....seperti biasa budak2 kalau dah janji 24jam asyik tanya jer. "Ma nak gi pukul berapa"..."Ma boleh mandi sekarang"...."Ma nak pakai baju apa".

 

Happy bebebor diorg ni. Excited dari pagi.



Yaya dah besar. Beli nampak dia berpakaian macam ni aku jadi takut pulak. Macam manalah anak aku dah besar nanti...mesti dia dah tak nak ikut aku gi jalan kan...mesti kalau ada boipren di jer betulkan...mesti dah pandai memilih barang sendiri....mesti dah ada produk kecantikan sendiri. Takut nya nak alami semua tu. Padan muka aku dulu agaknya macam ni lah mak aku risau agaknya. Tuhan tu Maha Adil di bagi aku anak perempuan bagi aku merasa berapa sukar nyer jaga anak perempuan ni kan.....huhuhu. Mak! ampun mak...Elly dulu jahat sikit jer kan!!.



Adik ni copy cat sikit...apa yang Yaya buat semua dia ikut. Apa yang ada dalam bilik Yaya semua dia nak benda yang sama. Kalau Yaya suka melukis...otomatik dia pun suka melukis.



Me n Yaya...seperti kakak dan adik...Muahahaha



Me n adik. Budak kenit ni suka bagi aku mengamuk. Bila aku nak borak jer ngan En Win di pun sibuk sama nak bercakap....bila aku baru jer nak peluk En Win laju2 jer datang kat tengah2. Merajuk kuat budak ni...asal kena marah jer masuk bilik berkurung kat dalam...tahu2 jer surat keluar bawah pintu..."Mama jahat...mama tak sayang adik".


Buah hati pengarang jantung


Ala2 suka korang yer




Yaya banyak ikut perangai aku.

Pukul 6.30pm dah keluar rumah takut beratur panjang...hambek betul pun beratur lama giler kat luar...sistem kat Sunway ni very2 bad. Tapi pekerja ramai...semua pegang walkie talkie tapi tak bergerak pun kerja diorang...very d lembab.



Pukul 7.45pm masih diluar. Show start pukul 8 mlm. Waktu di tgh tunggu train nak bawak ke tempat show.


Nasib baik tak start lagi...kitaorang masuk dalam pukul 8.15pm.


Happy yer nak!






Show ni mmg best...rekemen sangat kat korang. Show ni sampai 8th July. Nak more info blh tgk kat Sunway lagoon nyer website.

9 comments:

Irfa said...

pandai bergaya anak2 dara ko ni elly
cepatlah dapat menantu kalau gini gayanya ;) saham tinggi ni

Anonymous said...

Ala2 comey nye yaya 2........ Pandai bergaya...... Like mother like daughter rite? :)

C!kpuanmuda® said...

bestnya ade anak dara.. bleh melaram sama-sama. aku nak anak instant dah sesiap besar cam yaya bleh tak? mana nak carik? huhu

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

part surat bawah pintu tu yang tak menahan ! huhuu,

Elly said...

Irfa: Menantu yek....huhuhu tak boleh terima hakikat.

Anony: Mak dia yang lebih

CPM: Cuba bisik kat telinga aku sikit macam mana kau boleh dapat anak lelaki!

Mimie said...

akak.. seluar colourful tu beli kat mana ye. mcm berminat je :)

* FAR * said...

wah seronoknya.. dah pandai anak dara melaram..


salam perkenalan... ;)

* FAR * said...

wah seronoknya.. dah pandai anak dara melaram..


salam perkenalan... ;)

mama tisya said...

sronok la anak2 dpt pegi tgk teater musical..aritu pegi jugak bw ank sempena busday