Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 3, 2012

Kawan comolot (kwn bloggers)

Geli tak...geli tak....hahahaha! Ahad lepas aku meeting ngan Filla and Diana . Macam yo...yo...ooo jer kan meeting bagai. Padahal banyak gossip dari meeting. Adalah projek sikit yang kitaorang kena buat itu nanti2 lah aku cerita. Bagi korang ternanti-nanti sikit.....biarlah RAHSIA.

Ini perjumpaan kali kedua...bukan senang nak jumpa sbb masing2 busy dengan urusan masing2. Jumpa bincang bagi tugasan tau2 next perjumpaan kerja kena siap. Alhamdullilah! semua bagi kerjasama yang baik paling penting semua satu kepala. Kau boleh kutuk aku...aku boleh kutuk kau...merajuk2 takde dalam kamus yer.

Aku ni susah sikit nak ngam ngan orang sbb aku suka bercakap sampai orang meluat sbb asyik2 aku yg dapat bercakap dulu...suara aku nyaring siapa suara soft memang sampai kesudah tak dapat bercakap punya...mmg aku lah menguasai topik yang dibincangkan nanti. Tapi rupanya Diana ngan Filla pun sama kuat bercakap jugak. Suara D sama nyaring ngan aku...jadi bila berbincang macam bergaduh pun ada gak....hahaha.



Kalau kitaorang jumpa mmg kecoh jadinya. Dulu2 sebelum aku jadi bloggers aku mmg peminat Filla ngan Diana. Suka sangat baca penulisan diorg macam selamba badak jer....tulis tak ada simpan2 punya apa rasa nak tulis keluarkan jer. Aku rapat ngan Filla setelah beli Frame Kasih kat dia dari situ kami semakin rapat. Diana pulak tahun lepas waktu dia buat majlis buka puasa ngan bloggers2. Tengok dua2 orang ni macam selamba jer so aku rasa selesa nak berkawan dengan diorang.

Masing2 ada kelebihan masing2....jadi rasanya senang sikit kalau nak buat kerja...InsyaAllah kalau projek ni  berjaya kitaorg akan share nanti dan sangat2 perlukan sokongan dari reader semua.

TUNGGU


Eh! kenapa dua2 muncung ala2 sexy ni. Aku jer ayu kan! *cabut*

8 comments:

Irfa said...

emm
agak2 kalau kita berdua jumpa
boleh ngam tak?hehe

ak yuyunz said...

waahhh.. biz apakah ituuu??

C!kpuanmuda® said...

saya pembaca blog anda bertiga.. mintak sainnnnn :p

Pinkish Mumma said...

sumer blogger ni ai suke bace blog dorang....xpecially diana....sound bior tepat cam dia..

Filla ~ Kasihs said...

oiii dulang gila muka aku.. *putus kawan*

Anonymous said...

Semua blogger tu saya suka. Selamba je tulis blog.suka sangat2.

* FAR * said...

perjumpaan blogger2 ye..

Anonymous said...

projeck apa tu, beli ephyra dapat tabita free? atau beli tabita dapat chocolate kukis free? atau beli framekasih dapat voucher nak soping barang cina kat setapak nanti? atau nak bukak restoren pulak?? wow.. maki meletop bizines ye, tapela dah orang nak rela berbelanja .. ada demand ada offer tak!