Nuffnang Advertisement

Thursday, July 19, 2012

Cousin nanunang....


Faham tak apa nanunang...itu ayat pelat anak aku waktu kecik dulu dan terbawa2 sampai sekarang. Actually bertunang. Dulu kalau anak aku nak wash hand dia akan cakap on on an....macam ajak on jer kan bunyi yer. So dah jadi rasa kod rahsia kita orang...mlm ni on on an tidur kan budak awal2....hahahaha.

Yang bertunang ni cousin laki aku...dia duduk dan bekerja kat London tunang dia jugak berlajar kat London...diorang balik sekejap nak uruskan majlis pertunang mereka. Harus lah aku kena membantu sbb aku kan suka benda2 menyibuk ni. Aku ditugaskan buat barang hantaran....dah giler agaknya suruh aku buat hantaran nak tengok aku jahanam kan nanti suruhlah. Tapi sbb laki aku merayu2 suruh aku tolong (itu tipu) aku usahakan jugak. Nasib baik office mate aku Jas ni pakar buat hantaran. So aku ngan Jas  duduk sekali bincang, beli bunga, beli buah, Sewa alas dulang, sewa dulang, cari bekas tepak sirih...semua settled baru aku bagi Jas decorate hantaran tu. Auntie laki aku ni Cina masuk Islam so dia tak berapa paham pasal benda2 hantaran ni...jadi marilah tukang sibuk ni membantu.





Cantik tak??? Sweet kan colour bunga tu. Tak sia2 aku memalam gi Petaling Street semata-mata dan bunga fresh. Pihak lelaki bagi 5 dulang plus tepak sirih so jadi 6 dulang.



Ini semua kawan2 cina dia yang belajar dan kerja di London. Disebabkan nak bagi diorang merasa adat melayu...kita suruh diorang bawa dulang hantaran nanti kerumah perempuan. Tapi 24jam asyik datang jer kat aku...mana kena jalan dulu, macam mana nak pegang, bunga tu arah mana?? Wah! kembang hidung aku terasa diri ini sangatlah penting disitu.


Asal ada majllis gedik aku datang...waktu tu lah nak melekat jer ngan laki. Anak2 harus tinggal sbb emak dan bapaknya sangatlah busy.



Laki aku and another cousin jadi ketua kumpulan utk guide cina2 tadi. Kang dia susun terbalik siapa nak jawab. Laki aku ditugaskan bawak cincin merisik. Follow by tepak sirih, cincin bertunang dan brg2 lain.


Beri laluan kat tuan belog bergambar sekejap yer...


Baju Pink tu lah cousin laki aku yang nanunang tu. Baju biru tu adik perempuan dia.



Aku suka tau sibuk2 macam ni.


Our side.


Majlis ni penuh dengan adat...berbalas2 pantun. Bercakap penuh dengan adat kemelayuan. " Apa tujuan datang kemari". " Kami ingin memetik bunga ditaman rumah ini". "Siapa kah gerangan nya sbb dirumah kita ada banyak bunga yang sedang mekar".

Aaauuuwwww aku pulak tersipu malu macam aku pulak yang nak dipinang. Entah lah jiwa aku memang sangat kemelayuan...aku mmg suka tengok benda2 yang penuh adat ni. Aku cukup pantang kalau orang datang Majlis merisik or bertunang ni pakai seluar jeans ngan t-shirt jer. Aku rasa macam tak hormat majlis yang indah ini...cewah!.


Bila dah dapat kata sepakat dan persetujuan...barulah dayang2 sepelah perempuan keluar membawa hantaran. Bestnya!! suka lah tengok.



Hantaran sebelah perempuan lagi meletup cantik! Takpe kitaorang punya sweettttt kan. Hahahaha!


Tu dia orang yang dah dipinang tadi. Majlis sarung cincin pertunangan pulak akan dilakukan.


Tak sempat ambik waktu tengah sarung cincin sbb cameraman melambak giler kat situ.


Selesai...Ibu kedua belah pihak.


Congrats to both of you!! Next week diorang dah terbang balik ke London.



Aaaaauuuuwww congrats to me also lah!! Lap u Darling.

5 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

cantiklah, semua cantik.. jalan cerita pun cantik. tapi pasangan on on an lebih berseri.huhuu

noraziah said...

salam, cantik lah gubahan u elly. macam ni boleh lah mak cik tempah nanti. makcik ni hari-hari buka blog u tau. memang u ni gile lah.

MrS KeNey said...

walaweii...cantek la sis walaupun bidan terjun! ahaks!

Irfa said...

semuanya cantik nanunang dan pasangan pun cantik.ko ngan en win pun tetap tak kalah punya.emm baru aku pasan en win nampak berbeza bila pakai baju melayu..korang mmg psngn yg sweet like candy ;)

violetpink said...

Kak elly nak taye..

Mcm mane roses akak tu bleh kembang cantik je?

Roses tu akak beli china ke, india ke,cameron ye roses?

Petaling street kedai yg mane akak pegi?

Many thanks..