Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 25, 2012

Berbuka di The Ship


Semalam mmg aku malas nak masak...tiap2 hari asyik makan nasi jer sampai aku pun tak tahu nak masak lauk apa....cewah cakap tak agak2 macam semua lauk lah aku masak. Anak2 aku ni susah sikit masing2 ada lauk paberet sendiri. Yaya tak habis2 ngan kari daging atau ayam...kalau tak ada tak nak makan. Adik Ayam goreng kunyit atau telur mata. En Win Oat. Naik kembang tekak aku masak hari2 benda yg sama. Kalau aku nak makan gulai lemak ker, udang petai ker, asam pedas ker...mmg aku makan sorang jer makanan tu tiada sokongan dari mana2 ahli keluarga yang lain. Buat berpeluh ketiak aku jer masak yang makan nya balik2 aku...aku...aku. Yang gemuk aku...aku...aku. Kalau aku  bising2 barulah En Win ambik 2 sudu cicah ngan roti arab. Sakit hatikan!!! Diet tak kena tempat meyampah aku.

So decide semalam nak masak mee hailam jer....tanya budak2 diorang kata ok. Kalau mee2 ni pun boleh tahan jugak diorang suka.

EnWin:   Buka ni u masak apa

Aku: Mee Hailam

En Win: Mee Hailam jer...tak kesian ker budak2 penat berpuasa u masak mee hailam jer

Aku: Budak2 ok apa (Nyampah tau kalau aku masak mcm2 pun bukan korang makan pun)

En Win: Takpelah u tak yah masak hari ni. Esok jer masak mee tu. Hari ni I belanja The Ship.


Muahahahaha....lain kali aku nak pura2 cakap masak mee....mesti lepas tu dapat makan sedap.



Semalam tak ramai kat The Ship. Kitaorang sampai kul 7.15pm. Pukul 7.30 makanan dah sampai.



Kalau korang perasan...separuh dari gambar En Win semua dia kenyit mata. Perasan cute lah tu.



Yeah! Adik bertahan...dah 3 hari puasa penuh. Hari pertama buka pukul 3 petang. Hari Kedua buka pukul 4 petang. Lepas tu dia dapat bertahan puasa penuh sampai hari ni. Bagus sayang mama...walaupun badan dah semakin halus aku tengok. hari tu beli jeans semua part pinggang longgar. Terpaksa ambik saiz budak kecik 4 - 5 tahun. Macam mana tu dik!!!!



Starter...Roti and salad. Aku punya lah tu. Ngada stater bagai. Kelas sgt kau kan!!!



Adik ngan Yaya Chicken Chop


Aku Sizzling Beef Steak. En Win seperti biasa cuma Salad n mushroom soup. Nyampah kan!!! Buat apa kurus2 Pa...peluk tak best...Eh! puasa lupa laks.



Lapar yer sayang!!



Habiskan sikit jer lagi nak ooi!!


Hari tu waktu aku jual seluar colour2 ramai mintak aku pakai seluar oren sebagai contoh diorang nak tgk...sbb ramai reader tak konpiden pakai seluar oren. Tapi aku tak sempat buat. Semalam aku keluar sempat aku snap gambar pakai seluar oren utk tatapan korang....aaauuuwwwww.



Jgn tengok muka aku...tgk seluar jer.

Seluar ni pun balance dah tak banyak kalau korang nak cepat2 email yer ellyirfan@gmail.com . Harga RM89.90 (postage free).


Size: 28 balance 1

Size 30: Balance 3

Size 32: Balance 1

Green Size 30: Balance 1

Siapa cepat dia dapat!!!!

4 comments:

ibuhebat said...

semalam saya juga telah memecahkan rekod dgn membeli di pasar ramadhan. bertahan 3 hari je tak membeli. huhu :p

Anonymous said...

kak elly makin kurus...kaki kecik je, cun pakai suar olen.

Anonymous said...

kak ada lagi x suar kaler oren ni? kalau biru ker?

Elly said...

Oren ada lagi tapi x bnyk yg tinggal. kalau berminat email yer