Nuffnang Advertisement

Monday, July 23, 2012

1st Day Puasa


Dah menjadi kebiasaan hari pertama berbuka puasa kitaorang adik beradik akan berkumpul rumah mak. Ini mmg saat di nanti2kan. Nanti cucu2 semua duduk bawah beralas kan tikar....aku harus duduk atas supaya senang nak sambar makanan....Muahahahaha.

Azan berkumandang jer dengar cucu2 semua baca doa buka puasa ramai2. Suka sangat suasana mcm ni. Bila tengok susana macam ni baru terasa seronoknya anak ramai ni....meriah jer. Tapi aku pemalas dua pun dah buat aku pening.

Mak akan masak makanan kesukaan anak2nya.. Tapi yang bagus nya kitaorang ada satu jer makanan kegemaran termasuk menantu dan cucu pun dipaksa makan makanan ni.

 

Ayam cili. Terbaik, tersedap, terlazat dalam dunia. Walaupun aku dah cuba banyak kali masak ayam cili ni tapi tak sama macam mak punya. Ayam cili mak aku ni bukan jer anak2 suka sepupu, sedara, kawan2 kalau raya mesti cari ayam cili mak aku. Hari Raya harus ayam cili ni mak aku akan masak 5 - 6 ekor.



Kari Daging


Udang goreng...utk cucu yang tak makan pedas. Bukan cucu yer aku pun melantak sekali


Sampingan Meehoon goreng.


Laici menu wajib Bapak aku bila berbuka. Tiba bulan puasa jer bapak aku akan pergi Tesco beli bertin2 air laici.

Sebenarnya banyak lagi mak aku masak...tapi aku tak sabar kang aku sibuk bergambar makanan habis baik tutup camera duduk diam2 atas meja.

Kerabu Taugeh, Terubuk gorang cicah air asam dan ulam2.


5 comments:

SM@A said...

Salam Elly ...

Selamat Berpuasa.
Sabo ajelah, mouth-watering tau tengok ayam cili dengan mee hoon goreng tu. X baik tau !!!!!

Mooniqueen said...

Aduhhh sedapnya....

Irfa said...

letak la resepi ayam cili tu
kongsi ngan kengkawan :)

Anonymous said...

akak, mintaklah dengan mak resipi ayam cili tu... share dgn ktorg.nmpak sedap je,nk try jgak.. hehe=D

myra said...

Share resepi ayam cili pleaseee!! Nampak lazattt!!