Nuffnang Advertisement

Friday, June 8, 2012

Trip to Guangzhou!!

Aku banyak terima email dari reader yang ingin pergi ke Guangzhou sendiri dan minta aku cadangkan tempat2 wholesale disana. Bagi reader yang baru pertama kali ingin ke Guangzhou dan ingin mengambil barang utk perniagaan aku cadangkan korang  ambik seorang agent utk menunjukan tempat dan kendalikan segala barang2 shipping utk dibawa pulang. Banyak yang perlu korang pelajari sebelum mengambil barang2 di Guangzhou. (Ini ditujukan bagi sesiapa yang ingin mencari barang utk berniaga).

1. Barangan harus dibeli dalam kuantiti yang banyak. Contoh kalau korang beli baju.....baju tu ada 3 colour dan 3 saiz (S,M,L). Korang kena borong ketiga-tiga colour dan ketiga-tiga saiz tersebut.

2. Barang yang kita nak ambik tak semestinya dapat pada hari yang sama kerana peniaga akan mengambil barangan yg diorder dikilang atau tempat peyimpanan mereka. Kadang2 mengambil masa 5 hingga 7 hari. Disini lah pihak agent amat diperlukan. Contoh kita order bayar deposit dan barang siap cuma seminggu sahaja lagi jadi balance duit dan resit akan diserahkan kepada agent utk urusan pengambilan dan penghantaran. Tak kan korang nak tunggu selama seminggu utk ambil barang yg korang order habislah duit bayar hotel jer macam tu. Ada juga barang yang ready stock tetapi pilihan amatlah terhad.

3. Agent mestilah orang yang betul2 korang kenali dan boleh dipercayai. Ini lah kerja part time En Win kalau korang nak tahu selain berniaga.

4. Sesiapa yang ingin membuka bazaar atau berniaga secara kecil-kecilan aku cadangkan korang ambik stock dekat pemborong disini sahaja sbb tak berbaloi dengan harga tiket kapal terbang dan harga shipping yg dikenakan. Kesian korang nanti penat2 berniaga tapi cuma dapat balik modal jer.  Melainkan kalau korang nak bukak kedai dan memerlukan barangan yang banyak atau ingin menjadi pemborong....Guangzhou adalah pilihan yg tepat.

5. Kalau korang nak tahu bayaran agent dengan lebih detail dan benar2 berminat sila email aku.

6. Di Guangzhou bukan macam korang pergi ke Bangdung, Indonesia. Contoh kalau di Bandung korang naik teksi cakap pergi tempat shopping murah...InsyaAllah korang akan sampai tempat yg ingin dituju. Berlainan dengan Guangzhou korang akan hadapi masalah communication sbb sepatah haram bahasa Inggeris pun diaorg tak faham...so sebelum pergi ke Guangzhou make sure korang tahu nama jalan dan tempat yang nak dituju dalam pertuturan bahasa cina...Contoh Lido Hotel Beijing Lu. Kalau pergi nak redah2 jer mmg korang ada masalah besar nanti di sana.

7. Yang paling korang kena berhati2 bila korang beli barang atau membuat bayaran...balance duit yg dipulangkan kena check betul2 dengan mengunakan laser khas sbb diorg selalu akan pulangkan dengan duit palsu. First time aku pergi dengan En Win kitaorang kerugian hambir RM400.

8. Accomodation jgn harap korang bayar mahal dapat katil empuk yer....tak ada makna bayar mahal mana pun hotel dia tetap mcm 3 star kat sini. Kat sini pun jauh lebih selesa lagi. Toilet korang tahan jer lah kencing sampai balik hotel yer....public toilet sangat hancing baunya. Makanan islam korang jangan risau melambak kat Guangzhou.

9. Sesiapa yang ingin ke Guangzhou kena betul2 brutal dan hati kental. Kalau yg lembik dan pengeli ni baik korang jangan pergi....sbb kat sana kadang2 korang baik punya tengah makan or berjalan tiba2 ada orang  meludah baik punya kahak pekat. Kalau teksi tak ada bawak perlahan yer semua macam F1. Terjerit2 aku kat dalam teksi tu kadang2.  Aku bukan nak takutkan korang yer tapi ini lah realiti kalau korang nak kesana.

10. Barangan di Guangzhou tidak di nafikan mmg murah...contoh harga vase yang aku tgk kat Great Eastern Mall dan SFF dalam RM300 tapi di Guangzhou RM40 jer barangan yang sama yer korang mana tak giler bila kat sana.

Apalagi yek....tak boleh nak fikir sekarang ni. Kalau aku ingat lagi aku sambung yer korang. Jgn segan2 kalau nak bertanya aku sedia membantu kalau ada masa lah yer!. Senangcerita korang beli jer lah barang kat aku nanti....hahahahahaha.

23 comments:

luvelymummy said...

Salam, elly, u ada jual brg perhiasan rumah ker? Geram betul ai tgk vase yg color biru tu..... Heeee.. Kalu ada kasi roger ar yer....

Anonymous said...

salam
k.elly..suka tgk akak yg bsmngat ni.. sy doakn akak bjya n trus bjya..amin..take care kak..

Anonymous said...

gud post sgt membeir ilmu hr ni

lina said...

ada jual borong apa?minat jugak ni

leeya said...

Salam kak elly..leeya ade email sis..tp x replay pun..hihi ASAP leeyanasir@gmail.com

Anonymous said...

salam elly, i am ur follower. suka baca. bila nak jual online? interested kat kasut.

Irfa said...

betul tu :)
belo ngan ko jelah
tapi nak rega kat sana
boleh?
*larik dulu sebelum elly ngamuk*
hehe

Anonymous said...

Salam, sy nak beli brooch n eksesori secara pukal. Sy pegi china pun boleh, elly tolong belikan pun boleh. Janji sy dpt product dlm masa terdekat. Sy takde email address elly. Boleh kalo elly email sy kat one_thousand1@yahoo.com apa2 yg sy boleh buat atau sediakan

Anonymous said...

Hi Elly,

Saya akan ke Guangzhau pada March 2013. Saya nak tanya pasal shipping.

Barang akan terus di hantar ke Miri, Sarawak. Minta jasa baik Elly untuk quote saya price per cube berapa.

Tolong email ke eliz_9211@hotmail.com

Terima kasih

Anonymous said...

hi elly...suka this post..i rasa kagum dgn u,xkedekut ilmu nak share tips beli barang n nak buat bisness..ada sstngah online saller tu,sgt kedekut info,katanya dia susah2 cari barang,cari supplier,senang2 ja ada yg nak tau mana dapat stock..pd i xsalah share,rezeki Allah dah tulis..betulla org kata jgn nilai sso dr luaran,yg penting kena tgk hati...:))

liza said...

Salam..i nk guangzhou bln april ni tahun dpn. Tp pg bukan utk business la utk jln2 je. Tp i berminat nk tau pasal agent yg boleh bawa kami di guangzhou. Coz kami pergi bukan under trip. Boleh ke u bagi infor pasal agent tu.

Tq

liza said...

My email yuslizayusoff@ymail.com

Aida said...

salam hi,
nk tnya ni.. saya baru je nk berjinak2 ngn business..
klu nk beli ngn elly cmne ek? and klu g china cmna yg shipping 2??
xda email.. tp email sya
smokymonkey9@gmail.com

Aida said...

salam,
hi elly.
saya bru nk berjinak2 dlm business.. sbb tu skrg dah benti keja..
klu nk g guangzhou tu ada x agent leh suggest.. mmg nk p... :)
xda email awak.. tp email sy..
smokymonkey9@gmail.com

siti mariana mohammad said...

hai....sy nak tny blh x suggestkan tempat2 shopping yg murah2 and senang nak pergi sebab saya pergi trip 1 hari sahaja di guangzhou terus balik ke hk,x tido sane.so sangat terkejar-kejar.tq

lolipop ijau said...

hye elly...
i baru nk bjinak2 dlm bisness ni and i nk tanye mcm2..bleh x u email i ..nordafareza@yahoo.com

5zal said...

Hi Ms Elly,

Saya akan ke Guangzhau pada end APR 2013. Saya nak tanya pasal shipping.

Barang akan terus di hantar ke KL. Mohon jasa baik Ms Elly advice me on the proses & arrangement.

Tolong email ke peijalz@gmail.com

Terima kasih

nisha hussain said...

Dear ms. Elly,

Thanks for all the info..

In btw, mohon jasa baik ms. Elly..saya akan ke guangzhou minggu dpn..saya sedang mencari khidmat translator semasa di sana & shipping service..

Please email to nisha.hussain@gmail.com

Tqvm:)

Anonymous said...

Salam elly,
Beeminat nak tahu pasal agent tu, pls reply to tupaiwithlove@gmail.com.thanks!

zira said...

Salam elly... sya nk ke sana 27hb mei ni tpi tour guide x da g blh tlg

Warna Prestij said...

Hye elly..sy nk tny psl shiping satu kontena 20feet dr china..nk bukak kdai serbanika.tq

nazajohari@gmail.com

shamkunju said...

salam, bagus blog ni. bulan 3 ni sy nk gi guangzhou. Boleh x sy dapat list interpreter & cara nak shipping barang dari sana?

trime kasih..

syam..

shamkunju said...

salam, bagus blog ni. bulan 3 ni sy nk gi guangzhou. Boleh x sy dapat list interpreter & cara nak shipping barang dari sana?

trime kasih..

syam..