Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 20, 2012

Kiddos Karaoke

Aku sukan menyanyi...kiddos pun suka menyanyi. Walaupun suara kelaut tapi paksa jugak anak cakap sedap kalau tak mama tak nak belanja lagi. Rasa bersalah pulak hari tu gi karaoke ngan kengkawan....sambil nyanyi tu teringat kat anak2 sbb diorang mmg suka gi karaoke. Aku kan mak yang baik dan disayangi anak2 mana2 pergi teringat anak2...itu tipu. Aku kalau jumpa kawan tak sedar diri sikit laki aku pun aku tak ingat....muahahahahaha.

Anak aku ni memang kuat menyanyi...ikut siapa lah agaknya *matakeatas*. Habis jer belajar sorang bukak ipad sorang buka laptop cari lagu kat you tube....Big Time Rush lah, Selena Gomez lah, Justin lah lagi seorang yang diorang minat entah siapa tah nama budak tu ala yang berlakon Hana Montana tu. Lantaklah mak kau ni minat Uji Rasjid jer.

Hari Sabtu.... lepas mtg ngan budak2 blogger (aaauuuwww ni projek rahsia) aku bawak budak2 gi Wangsa Walk...kitaorang bertiga jer...En Win tak join sbb ada kerja kena settled. Bawak diorang gi makan dulu lepas tu tanya nak tengok wayang ker nak karaoke....laju2 jawab karaoke. Bertambah senang lah kerja mak kau ni. Marilah anak2 kita burgembira!!



Makan kat Box Office sebelah TGV kat Wangsa Walk....tak sedap. Korang jangan pergi tak berbaloi.



Alahai anak mama nak menyanyi yer....Dah besar ni senang sikit aku nak angkut kemana-mana. Encik Win tak ada hal punya bawak lah mana2 asal kan anak dia selamat. Ini lah masa aku boleh bawak diorang esok2 dah besar sikit mesti dah tak nak ikut. Dah besarlah kata kan!!



Hambek kau lagu tak agak2...ombak rindu lagu aku, kesetiaan pun lagu aku, who says lagu Yaya, Sampai menutup mata lagu aku, ketahuan lagu aku...hahahaha bila budak2 nak nyanyi....ok aku tipu ini semua anak2 aku yang pilih...hari tu aku tak nyanyi langsung bagi kat budak2 jer melalak aku dah letih.

Tapi x best lah Karaoke kat Wangsa Walk ni...tak silap aku nama tempat ni song box. Lagu very limited...tak banyak lagu latest...kesian anak2 aku nak nyanyi lagu English yg latest semua tak ada. Patutlah murah RM18 hinggit satu jam.



Wah! adik muka tak ada perasaan nyanyi lagu Ombak Rindu. Dia lah Hafiz...dialah Adira. Ambik mood dik....ambik mood...



Macam ni lah kena ceria...menghayati lagu! Tapi kena gali lagi lirik tu....muahahahaha



Yes!! semangat dah bangkit. Baru lah mama boleh loncat2 kat dalam bilik tu.



Mama...Yaya nak nyanyi sorang2 mama tak yah nyanyi...mama diam tau. Wah! kurang ajar ini anak...aku kan guru vokal...nyanyian harus dipimpin....kalau tidak kelaut nak ooi!



"Berdua lebih baik"



Waktu ni dah penat...mana tidaknya sorang nyanyi dekat 10 lagu...tahu korang bosan kan. Aku yang mendengar ni tanpa menyanyi lagi bosan!

Bulan depan jer kita gi lagi...kalau tiap2 minggu bankrup mak bapak ko ni.

5 comments:

Pinkish Mumma said...

br perasan...si adik ikut muke en win..:)

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kelakar betul akak ni kan,
sporting plak tu.. betul, masa anak2 kecik ni lah nak bawak berjalan, dah besar nanti dia berjalan sendiri. tak hingat pun nak bawak mak bapak dah.. huhuhu

Nazirah Azeman said...

wahhhhhh seronok nyer yaya n adik karoke

genuine1224 said...

muka adik mcm bapaknya kan?

Irfa said...

ko buka satu lak pusat karaoke.buleh melalak tiap hari ;)