Nuffnang Advertisement

Monday, June 18, 2012

Happy Father's Day

Happy Father's Day to all fathers...especially to my Darling, Abah and Papa.

Semalam aku sambut dua tempat sekali....sebelah petang dengan aku punya family sebelah malam ngan family in law pulak. Adat orang dah berkawin macam ni lah kena sama rata. Tak nak bagi diorg kecik hati di hari istimewa ni. Korang tahu lah orang2 tua ni mulut cakap tak apa....tapi dalam hati merajuk....comel2. Eh! aku pun suka merajuk dalam diam kalau orang lupa tarikh2 istimewa. 



Happy Father's Day Pa....


The best Daddy in da World! .Iyolah mana tak best En Win dia akan ikut jer kemahuan anak2. Dia lembut hati bila ngan anak2 dengan aku bukan main berkeras lagi. Korang bayangkan Yaya terbangun kul 3 pagi cakap lapar nak mkn roti canai....wei! 3 pagi tu kalau aku sah2 tunggu esok pagi. En Win tak sampai hati bangun start motor pergi mamak belikan roti canai utk Yaya.....dengan alasan kalau terjadi apa2 tak menyesal.  Ialah Pa...u baik sangaaaaattttt!!




This time celebrate kat rumah kak ngah aku jer. Keluarga aku memang suka kalau makan2 buat kat rumah jer...maklumlah adik beradik ramai...berbaloi sikit rasanya makan kat rumah. Since rumah ni ada swimming pool lagi senang hidup aku....campak anak2 kat swimming pool....ibu bapa boleh makan dengan senang hati.


Yang baju pink adik aku no 5. Kau jaga anak2 buah kang ada pulak yg tenggelam. Aku nak makan!!



Lepak kat belakang lagi best boleh gossip2 pasal artis....Hahaha


Abah sibuk kopek durian utk anak menantu. Eh! mana laki aku ni tak menolong langsung kopek durian...sungguh derhaka u ya Pa!!



Tak boleh tahan....serbu!!!


Pandai u yer...dah kopek baru terhegeh2 datang....takpe2 diampunkan sbb father's day!!



Mak, Aku n Kak Long



Anak menantu dan Abah...sayang korang semua!!!



Aku memang rapat ngan Abah...kalau berjumpa ada jer lawak mengenakan mak. Tapi dulu Abah garang giler tali pinggang mesti melekat kat badan kalau degil. Tapi sejak dah pencen sejak dah banyak cucu ni garang dah tak ada langsung dah bertukar pulak jadi Raja Lawak.



We all buat makan simple2 jer....order pizza, satay. KFC dan buahan tempatan. Niat cuma nak berkumpul jer adik beradik sbb bukan senang dapat berkumpul macam ni masing2 sibuk. Rindu pulak masa kecik2 dulu masa duduk ngan keluarga main masak2 (sbb adik2 beradik semua perempuan satu jer lelaki), Main opis2, main kawin2....bestkan!!



Sayang abah sangat2. Walaupun kami di besarkan dengan serba kekurangan maklumlah adik beradik ramai dan waktu tu abah seorang jer bekerja tapi abah telah besarkan kami dengan sempurna. Abah ajar kami hidup berdikari, tak pandai nak mintak2 apa yang abah bagi kami terima dgn senang hati. Kalau nak makan KFC or Ayam golek kena tunggu hujung bulan...waktu tu kami adik beradik dah stand by depan pintu tunggu abah balik kerja bawak makan KFC. Kereta pun tak ada so reramai lah naik bas. Waktu tu aku mmg bertekad bila aku dah bekerja nanti aku akan belikan abah kereta. Alhamdulillah niat aku tercapai...aku belikan abah kereta kancil setelah aku bekerja bulan ketiga. Holiday pun jarang pergi paling jauh pun setakat PD jer. Tapi kitaorang adik beradik jarang merungut sebenarnya tak kisah langsung. Dulu2 aku ngan kakak2 aku kalau nak sesuatu benda berusaha sendiri cari duit sendiri....kitaorg bertiga pernah kerja kilang kad raya...bila dapat duit beli baju raya sendiri tak payah tunggu abah bagi duit. Duit abah biarlah digunakan utk beli baju adik2 or lauk utk raya nanti.  Jasa abah tak terbalas rasanya....sobsobsob


I Luv u abah! Dulu disebabkan abah garang aku x berani nak peluk or cium2 abah. Kalau raya cuma cium tangan jer...tapi sekarang aku tak peduli...sampai bapak aku pulak tersipu malu....aaaauuuww!


Dua insan yang aku sangat sayang......


Lepas berkumpul dan melepaskan rindu kat abah, mak dan adik beradik aku terpaksa balik dengan hati yang berat sbb nak jumpa father in law pulak...kesian En Win adik beradik tak ramai harap dia jer lah yang bawak bapak dia pergi makan. Ini lah beza orang yang anak ramai dan sikit...jadi aku rasa nak anak ramai lah...wah! ckp tak agak2 macam terror



Next bawa FIL gi makan kat Soul Out Ampang.



Aku order Salad jer...konon2 diet padahal tadi aku melantak banyak giler.


Haha...muka sebijik. Masuk contest menang ni...dulu dan sekarang. Syukur Alhamdullilah...aku dapat FIL yang sporting giler....kadang2 blh main kutuk each others...caya lah Pa!!

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi kan...aku nyantuk!!


5 comments:

Mooniqueen said...

Sayu je bila baca entry sis ni... Lebih kurang je cite kita masa kecik2...

Irfa said...

aku cuma sms kat mak aku Selamat Hari Bapa suh bacakan utk ayah aku kat kg.sebenarnya aku lupa Hari Bapa.huhu..tu psl aku lupa sms utk en suami dan juga bapak mentua.rasa bersalah tetiba

sayu je baca en3 ko ni elly

atiqah said...

biasalah kak..adik beradik rmi..gitulah nasib nye...nk rs sedp2 idoklah sgt kan...huhuhu...pe pun kak ...cover sikit kak nganga bila mkn doyan itu kak...ahahahahahaha...

mummy alisha said...

besarnya rumah dia... hehe...

nifalnin... said...

best kan dpt celebrate FD ni...
sobsob.. teringat kat arwah abah...
huhuhuhuuuu...

kak elly,
tangan sape plak yg wat peace kat blkg en.win tu... hiks

jengjengjeng.. tangan nampak, kepala x nampak...