Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 6, 2012

Guangzhou - Day 3


Day 3 hari terakhir aku di Guangzhou. Semalam selesai segala tugas mencari barang2 utk stock di kedai. Hari ni masa utk diri sendiri. A bit rushing jugak sebab flight kitaorag pukul 8pm so kena ada kat airport awal 2 jam. Sempatlah shopping barangan rumah dan barang2 utk anak tersayang.




Ceria kan muka aku. Kalau shopping macam ni lah keadaan aku ceria jer.




Sebenarnya nak tangkap gambar mamat kat belakang tu perah oren...fresh kau air dia. Kakak aku siap beli pemerah limau tu bagai nak giler mencari.




sempat beli  lampu gerak2 ni utk letak kat station petronas kakak aku. Ayat ni boleh tukar2...kalau Hari Raya nanti korang tukarlah "Selamat Hari Raya".




Aku seperti biasa x habis2 dengan perhiasan rumah. Beli bagai nak rak....nak letak kat mana pun aku tak tahu. Lupa diri sekejap perasaan rumah tu banglo.




Wei....ping to a'.  Ok2 wa latang wa latang.




Telephone antik ni pun aku beli walaupun tak kena langsung dengan konsep rumah. Sukahati lah janji balik rumah aku tak teringat2 telephone ni. 




En Win yang malas nak tunggu wife dia bershopping dan takut utk membayar jadi sanggup duduk diluar shopping centre sahaja dengan alasan nak hisap rokok. U nak hisap 10 batang pun i tak kesah janji duit kasi hulur...hahahaha.




Tempat barangan budak2. Waktu ni camera semua dah simpan dalam beg....aku dah mula start tak sedar diri...tak ada masa nak bergambar...harap maaf.

Kitaorang habis shopping dalam pukul 3 petang...cepat2 balik hotel.....packing apa yang patut yang boleh bawak balik simpan elok2 dalam beg yang lain semua hantar naik kargo. Terpaksalah tunggu 2 hingga 3 minggu barang sampai. Rasa 3 hari macam tak cukup....En Win cakap kalau bagi aku seminggu pun belum tentu aku puas hati....dasar kan!!





Bagus!!! waktu datang satu beg balik tiga beg. Belum lagi barang hantar naik kargo. Apa yang aku beli pun aku tak tahu. Korang semua jangan ikut perangai aku macam tak sedar diri lepas tu mata keatas pikir macam mana duit boleh habis....waktu shopping x sedar diri bila duit habis muka pucat. Hahahaha. Tak apa lah kan penat bekerja sekali sekala berbelanja apa salahnya kan (ayat nak sedapkan hati).




Sorang lagi perempuan giler...aku beli dia beli.....dia beli aku beli. Lepas tu nanti barang rumah semua sama jer. Janji puas hati kan Ngah.



Perhatian:

Kasut aku tak akan berniaga secara online tapi kalau korang nak beli jugak email aku nanti aku akan hantar gambar2 kasut kat korang. Boleh juga beli juga secara borong.

Baju kalau aku rajin aku aku akan berniaga secara online....sesiapa yang berminat nak berniaga dan membeli secara borong kat aku sila email jugak yer 

Kalau korang nak gi guangzhou dan bertujuan utk berniaga dan membeli kuantiti yang banyak boleh jugak email kat aku nanti aku akan bagi details secara terperenci. Kalau nak suruh En Win bawakan korang kesana pun boleh jugak cuma sedikit bayaran akan dikenakan. Segala pengurusan penghantaran akan diuruskan oleh En Win....korang cuma datang dan beli sahaja yang lain En Win settledkan.

Kalau korang ada masa boleh lah datang kat Danau kota En Win ada 3 kedai kat sana....tapi gerai je yer macam uptown tu. Just buzz aku kat twitter kalau nak datang nanti i bagi diskaun utk reader tersayang.

Kalau korang nak berniaga tapi malas nak gi Guangzhou...En Win juga menyediakan service beli barangan utk korang disana. Just name it barang yg di inginkan En Win akan cari di sana. Tapi harus dalam kuantiti yang banyak. Kalau setakat 12 tidak lah jawabnya.

Untuk pengetahuan korang barang2 yang aku beli di Guangzhou akan sampai lagi 2 hingga 3 minggu. Sesiapa yg berminat nak tgk dan nak beli secara borong juga boleh email aku details dan aku akan call korang bila barang dah sampai nanti. Jgn risau harga sangatlah berpatutan.

Twitter : @ellyirfan

kalau ada sebarang pertanyaan email yer korang. Mari kita sama2 cari duit lebih pada Hari Raya ni. Rezeki mari lah kita kongsi bersama.
Majulah sukan utk Negara....Eh!!!


21 comments:

Anonymous said...

Ok... Bagus tu....

f.m.y said...

Hi... Assalamualaikum..

Saya minat sangat nak pi borong kat sana tapi takde idea nak beli ape.. If trip ke sana untuk window shopping sambil fikir2 ape yang nak beli boleh ke....? Nak minta panduan dari u tentang hotel... Tempat makan... Kedai yang u suggest utk masuk n any tips about shopping kat sane.

My email : nemo.pink@y7mail.com

leeya said...

siyes boleh ke suh en win belikan di china coz nak pegi sane tah bile lah nak g?hehe saya meniaga uptown gak tp meniaga nih biasa la lau kite beli kat cina sini mahal giler diorang charge harge tinggi giler..

Elly said...

Hi f.m.y!! once i free nanti email kat u kay.

Leeya: Siyes wa cakap lu...hahaha. Just email me i.

SM@A said...

Salam Elly ..

Ur silent reader. Realy enjoy reading ur blog. Semoga ramai lagi orang Melayu yang aktif berbisnes macam you and ur husband dan yang sudi menolong untuk tips n peluang dptkan barang dengan harga murah .... :)

atiqah said...

kak elly:berapa kos selalunya kalau nk berniaga baju ini kak??ce akak terangkan kos pendahuluannya??

Anonymous said...

kak, baju2 budak akk ada beli tak? ada jual online tak?

Anonymous said...

Salam Elly, akak baru aje pembaca blog dan baru baca blog Elly ni. Memang kelakar dan gila2 sikit ya. Elly memang best. Mama rock gitu. Lepas ni akak akan jadi pembaca setia blog Elly ni. Kak Ina

Anonymous said...

sis, mcm bes je..kalau 1st nk set up bisnes pg sana brp k kena bw?n senang x urusan kargo semua..syok la tgk sis bisnes..niat ada..tp xtahu la cara..kalau suh en win n kita ikut sama charge cmna plak sis...tq ya

JembalCastle said...

hai elly..first time i tinggal jejak kat sini, selalunya i jadi silent reader jee.....best baca blog u nih....tq juga coz sudi berkongsi macam mana nak menambahkan income dengan berniaga nih..tq so much....

Anonymous said...

Salam,Sis. Mggu depan sy ke Guangzhou ats urusan keja sorg2. Dah alng2 smpai sane, nk la jln2 tmpt2 borong ni. Leh x bg panduan hotel... Tempat makan... Kedai... tips shopping... klu borong brg, cmne nk anto kargo... recommended jumlah cash yg plu bawak... kad kredit / debit yg leh dtrima... kad prepaid union pay BOC... Pls bg skit tips... Zam. Thks. email sy: zmtech.system@yahoo.com

My em

genuine1224 said...

perghhh.. dasat ah.. xmampu cek nak buat gitu

Anonymous said...

Kak elly amat berminat utk mengetahui barangan yg akak borong disana...dismping mna tau bole membantu memberi sedikit keuntungan pada akak..aahhaakkk!!..email me yea..ur barangan terbaek disna yg bole dilihat & dibeli...thanks.. email add: syahira.akmal@gmail.com

cacah said...

hi elly..
bagus sangat semangat u ni! i like! all the best okay!

Anonymous said...

sis Elly yg gorjes,kalau 1st nk set up bisnes pg sana brp $ kena bw? n senang x urusan kargo semua..minat nk berbiz tp xtahu la cara..kalau suh en win ikut sama charge cmna plak sis? n klu x pyh g juz nk beli je brg cmne plak? emel sy sis.. tku in advance! my emel jusalizanie84@yahoo.com

Arbaee Sidek said...

Salam sis tanya sikit boleh tak...leh email kat kite tak?arbaee83@gmail.com

Arbaee Sidek said...

Sis email kite nak tanya info sikit.

Maria said...

Kak seronok bc pengalaman akk kt sn. Bulan depan sy akn gi sana dgn anak. Kt sana selamat x sbb sy g fgn travel agent . Ms 3rd day tu free n easy. Sy stay kt hotel lido. Area hotel brg apa yg bes kt sn. Tlg advice yer sis. Thanks

Maria said...

As salam sis. Nk tnya brg kalau htr kargo biasa sis guna agen mana ye. Dan brapa diorg charge. Thanks

Maria said...

Kak seronok bc pengalaman akk kt sn. Bulan depan sy akn gi sana dgn anak. Kt sana selamat x sbb sy g fgn travel agent . Ms 3rd day tu free n easy. Sy stay kt hotel lido. Area hotel brg apa yg bes kt sn. Tlg advice yer sis. Thanks

Ajamahiyaa said...

Salam...Hai Puan Elly....if sudi sharing....boleh share x..tempat or nama kedai yg jual kain in meter? sbb nampak yg jual ikut kayu2 je...huhuhu....

my email: ajayus2011@gmail.com

tqvm dear;)