Nuffnang Advertisement

Tuesday, June 5, 2012

Guangzhou China - Day 1

Rindu tak....rindu tak! Matilah perasan retis. Aku baru balik Guangzhou Isnin pagi so macam2 benda nak kena buat so lambatlah sikit update kat korang. Kat sini banyak gambar2 yang aku nak riak kan sebagai info kalau korang nak datang sini satu hari nanti. Kalau agak2 korang rushing baik tutup dulu blog ni...bukak malam karang.

Aku bertolak hari Khamis pukul 8.30 malam. Tapi aku still bekerja hari Khamis tu ambik cuti half day jer. Boss aku ni kalau aku tak ada dia susah hati sikit. Memang dalam perjanjian dari kerja dulu...aku cuma boleh cuti kalau dia cuti jer. Pening tak?

Kali ni aku pergi bukan bercuti yer korang tapi pergi utk bekerja. Untuk mencari rezeki so tak ada makna nak rehat2 silang kaki. Keluar hotel pukul 10 pagi pukul 11 malam jer balik hotel. Singgah hotel tengahari pun untuk letak barang dan kencing. Tak sanggup aku guna tandas awam kat cino ni.






Abaikan jerawat manis seketul kat dagu tu!! Mata korang laju jerkan pandang ke arah situ.


Pukul 5.30pm baru bertolak dari rumah lepas dah settledkan budak2. Seperti biasa kalau flight tak delay bukan air asia lah namanya instead of 8.30 pm flight cuma boleh naik pukul 9.30pm jer. Perjalanan ambik masa 4 jam so sampai Guangzhou dalam pukul 1.30 pagi. Gedebuk gedebak pukul 2.30 pagi jer check in hotel.

Hotel kat China ni kalau kau bukan datang dengan group susah sikit nak book hotel. Makna nya kau kena walk in reservation. Dah lah sampai hotel pukul 2.30 pagi tgk2 bilik penuh. Aku cuma selesa dengan Hotel Lido ni jer sbb bersih sikit yang lain aku tak berani nak rekemen. Sah2 busuk..hahahaha. So tawakal jer jalan kaki cari hotel tapi tak ada...naik teksi suruh dia round2 nampak hotel suruh dia berhenti...itu pun macam ayam ngan itik bercakap sbb bahasa Inggeris diorg kurang faham sikit. Akhirnya dapat jugak hotel yang selesa sikit....sikit jer dalam 10 aku bagi 5 makna separuh selesa. Lantaklah sementara nak tunggu esok pejam jer lah masa. Dapat masuk hotel pukul 3.30 pagi macam nak mampus keletihan.


Nasib baik diorg punya massage 24 hours. Letak beg terus gi urut kaki sbb keletihan sgt.


Sempat buang kulit mati kat kaki. Nampak sangat kaki aku teruk sampai berkerut muka cina ni.
 


Ni lagi melampau korek telinga sekali. Giler pengotor!!


Esok dalam pukul 10 pagi aku dah check out....terus gi Hotel Lido.


Wah! nampak samgat berlakon teksi sah2 kat belakang tapi aku pandang depan macam mana tu!







Teksi ala2 omputih ada jaring2 jel




Kalau korang gi Guangzhou aku cadangkan hotel ni sebab bersih sikit. Tapi harga agak mahal dalam RM180 semalam. Hotel Lido ni senang sikit nak berjalan kat bawah ada tempat shopping sebelah kiri tempat makanan Islam.




Kalau korang naik teksi from airport cakap jer Lido Hotel Beijing Lu (guna pelat cino)



Gembira aku dapat check in kat sini balik




Eh! tidur asing....hahahaha.

Sebelum mula kan tugas kita beli sim card cino dulu...senang nak call dan murah sikit.


Sebelah kiri hotel dah boleh jumpa restaurant makanan islam.



Nasi Goreng

Perut dah kenyang...boleh lah kita meneruskan perjalanan. Tempat yang pertama aku nak lawat kilang kasut. Kalau ada yang cantik boleh angkut buat berniaga. Hari Raya nanti konpem ramai orang berniaga baju so aku cuba benda yang lain pulak benda yang aku tak pernah cuba selama ni.






Hambek ko! tak keruan aku semua cantik2. Sabar2....



Agak2 korang pakai tak kasut macam ni Raya nanti.



Aku belikan utk Lady Gaga dia pesan kalau aku jumpa tolong belikan dulu!


Sebahagian yang aku angkut bawak balik.


Sedikit kasut sandal bagi yang x suka kasut tinggi.


kasut ala2 Dr Martin pun ada. Banyak jugak design yang aku pilih nanti kalau aku baik hati aku update yer sbb aku tak jual kat blog. Aku cuma jual kat pemborong jer. Aku ni pemalas nak pos2 lagipun kasut susah sikit dah berniaga kat blog nanti tak selesa korang bising pulak kat aku.


Buah2 kat sini semua fresh2...cherry paling sedap dan gemuk. Bila dah makan banyak baru En Win cakap....entah2 dia siram ngan air kencing babi...hahahaha terus aku termuntah.



Beli jugak beg dinner...selalunya kalau beli kasut mesti nak sama kan dengan beg yer dak.



Sempat singgah beli perhiasan rumah untuk diri sendiri


Cantik kan korang! Aku jadi perempuan giler sekejap kat sini. Kusyen cover dia YaRabbi lawa tak ingat. Murah pulak tu.



En Win tukang angkut barang aku.


Beg travel murah korang!


Akhirnya En Win dapat jugak beli motor yang di idam2kan utk diri sendiri dan anak2.



Kakak aku datang sini semata2 nak shopping lampu ni. Last2 dia pun terjebak shopping benda lain. Dia pulak berbelanja lebih giler dari aku.



Dia borong lampu ni.


Waktu ni pukul 8 malam...kitaorang masih berada dijalan raya lagi.


Seperti biasa selesai jer kerja kitaorang mesti singgah foot massage. Kali ni aku cuba letak ginger pulak kat kaki bagi angin keluar. Heaven korang!



Lepas urut baru terasa lapar...berjalan lagi cari makanan islam dan terjumpa tempat ni. Macam BBQ gitu


Tempat ada lah sedikit kotor...tapi bolehlah dimaafkan.



Hambek kau air ketiak pun masuk....hahahaa. Yang ni aku x mkn.


makan tepi jalan!!









Sedap!! rekemen benda ni...



Esok aku sambung lagi....day 2 pulak yer!


14 comments:

s.z.a_s.z.a said...

KAK ELLY, mmg rindu pun kt Kak elly..
hehehehhehe~
hari2 bukak ur blog...
happy arini dah ada update :)

Irfa said...

kasut yg leper tu aku suka ;)
bukak gerai kat mana nanti?nak datang la mana tahu dpt special harga.hehe

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

salam singgah,

wah borong sakan !

ak yuyunz said...

elly.. best giler pegi guangzhou ni. syorgaa shopping!

Anonymous said...

ELLY,

KASUT TUH CANTEK SILA UPDATE KAT MN JUAL OKEH...

ARRGGHHH SUDAH TERBAYANG2 DI KAKIKU....


HEHEHE

Anonymous said...

sy pn tiap2 ari bkk..
mane k.elly ni menghilang..
rupenye shopping sakan..
bgtau ye bkk kt mne,nnt nk cari..

-zara

Azleen Khamis said...

suka baca blog elly....mcm best jer g ghuanzuo tu...boleh ajak kwn2 g ni

SophieParis4u said...

Salam...
kak elly share lah sikit cara-cara nak pergi borong barang kat china step by step...kat mana nak cari forwarder semua tue...berapa RM kena ader dlm tangan dll....hehehe tq

leeya said...

first time bace blog kak elly..best kut..:)

Anonymous said...

Elly, saya plan nak berniaga dan tgh cari supplier, melalui blog ni, saya dpt tahu you juga pemborong kan,boleh ke saya ambil brg secara borong dari you untuk dijual di kedai saya, if yes bleh tlog email kat saya di erynn_harun@live.com untuk discuss further or you can call me @ 0166066562 (erin). terima kasih

Anonymous said...

kak elly...sy nk taw info psl hotel lido bleh...klu bleh nk no contact hotel tue...klu xmyusahkan bleh share info kat email cayunkyana_88@yahoo.com.my yer...thanx k.elly

AISYAH said...

hi, saya pun nak tahu lah macam mana caranya untuk step by step nak pergi membeli borong di china. sebab sy pun teringin nak berniaga ni. boleh tak bagitahu caranya apa yang nak kena buat bila sampai sana dan tempat mana yang nak kena cari.

Fatimah said...

Kak syokknya x sabar nak fly next week..motor tu berapa harganya kak...and dorg packing mcm mna? Leh masuk cargo AA tak?

Fatimah said...

Kak nak tahu motor tu harga dia berapa?klu masuk cargo AA boleh ke?