Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 13, 2012

Asal usul aku terjebak dalam perniagaan...

Hahaha....ayat macam nak buat drama 26 episod jer kan.

Bermula sewaktu En Win ditugaskan bekerja di Brunei.....waktu tu aku boring giler banyak masa lapang tapi tak tahu nak buat apa2. Belek2 internet ada seorang ni nama dia Ayien berniaga kasut Crocs kat online. So idea datang nak beli sikit2 jual kat mudah.com dan facebook. Alhamdullilah lama kelamaan permintaan semakin meningkat. Sampai satu kali tu aku ambik kasut tu penuh satu Van....sampai terabai lah anak2 aku sekejap sbb mak dia terlalu busy. Bila En Win balik bercuti jer terperanjat giler tengok sambutan perniagaan aku. Idea En Win pulak waktu tu beli terus dari kilang di China instead ambik dari orang tengah. Tapi idea sampai takat tu jer lah sbb waktu tu dia masih bekerja di Brunei.

En Win ambik keputusan berhenti kerja kerana tak tahan berjauhan dengan isteri dan anak2. Bila balik tak tahu nak buat apa2 idea berniaga datang semula. Berbekalkan modal yang sedikit dan tak ada pengalaman langsung aku laki bini pergi ke Guangzhou cuba nasib. Alhamdullilah rezeki Allah utk umatnyer sentiasa ada kalau kita rajin berusaha. Mata terbuka luas bila ada kat sana. Tapi susah jgn cakaplah... waktu tu mmg x kenal sapa2 kat sana...duduk hotel macam kat Lorong Haji Taib tu. Bila dah beli barang tak mampu nak sewa van....so terpaksa naik motor. Aku naik satu motor...En Win naik satu motor tangan kiri kanan pegang barang berbondot2. Kalau fikirkan balik buatnya cino tu bawak aku lari mampus aku. Aku rasa aku ngan En Win mmg giler waktu tu...merayau2 kat negeri China tanpa ada pertolongan dari sesiapa pun. Ini semua pengalaman yang membuatkan aku ngan En Win semakin bersemangat.

Alhamdullilah barang yang dibawa balik habis terjual dengan modal tu kita rolling beli barang lain pulak dan En Win semakin ramai kawan dia China so urusan menjadi semakin mudah. Dari menjual barang2 di rumah kitaorang berpakat buka kedai pulak di Bukit Bintang dan Sungai Wang. Tapi kedai tak bertahan lama sbb ada masalah2 tertentu. Aku pulak membantu En Win berniaga di kiosk2 pada Hari Raya....so bila bulan puasa jer kitaorang mmg akan pulun habis2an cari duit lebih. Dari hari kehari kehidupan semakin selesa.

Sekarang En Win banyak berurusan dengan China. Ambik tempahan dan bawak group kesana. Alhamdullilah sekarang ni kami menjadi pemborong pulak. Bukan senang yer nak berniaga ni...korang kena ada kesabaran yang tinggi dan hati yang kental. Kena maki jangan cakap lah...belum lagi kena tipu...ambik barang tapi cabut lari tak bayar. Sampai sekali tu aku laki bini menanggis sbb tak ada duit nak makan sbb semua duit dah dilaburkan kat barang2 (salah langkah). Nak mengadu kat family tak berani sbb ini keputusan kami berdua....nasib baik ada balance ASB sikit2 korek2 kat situ.  Pengalaman yang berharga dan tidak ternilai. So bila orang yang minat berniaga aku ngan En Win seboleh2 nya akan membantu nak pulak kita sesama Islam. Lagi kita banyak menolong lagi murah rezeki kan.

Dari berniaga online....bukak kedai....buka gerai dan sekarang kami menjadi pemborong. Usaha dan jangan putus asa kalau korang nak berjaya. Bukan lah aku kata aku dah berjaya tapi Alhamdullilah aku ada kehidupan yang selesa.

Tak idea nak tulis nanti aku sambung lagi....hahaha tunggu episod akan dtg.

22 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Alhamdulillah, orang kata bersusah susah dahulu,bersenang kemudian..
Rezeki Allah swt nak bagi siapa tahu kan.. Janji kita berusaha

Mooniqueen said...

Minat jugak berniaga tapi tu la takut tak kuat semangat je...boleh buat pendorong n kata2 semangat ni..tq sis... Semoga sis terus berjaya dalam bisnes ye..

Irfa said...

kagum..usaha tangga kejayaan
jatuh bangun tu adat berniaga
kalau takut di lambung ombah jgn berumah ditepi pantai

dah mcm iklan pepatah la pulak

moga bisnes makin kencang ye elly
kalau aku berminat nak niaga satu hari nanti aku akan cari ko ;)

Anonymous said...

bagus la k.elly ni..semangat kental
kn bagus klu saya dpt ikut jejak langkah akk..
mgkin 1 ari nnt..

-zara

Anonymous said...

Seronok tgk org kita hebat berniaga..if i nk beli dr uols brapa plg minimum modalnya ek..utk first timer..

~PILOT LOVER~ said...

dasyat jugak pengalaman akak...tapi tak pew...Allah dah sediakan rezeki kat setiap umat Nya.. teruja dengar pengalaman akak... ^_^
http://naz-only-you.blogspot.com/

zubaidah said...

allhamdulillah murah rezeki akak..mudahan dimudahkan lg urusan n rezeke akak...nti nk bljar dr akak cam ne nk mulakan pniagaan kcil2lan

mama aryan said...

bagus..saya ni minat juga nak meniaga tp xtau mcmmana nak mula..modal pun x bape nak banyak

IdaShazana said...

ni la contoh ... usaha tangga kejayaan

SM@A said...

Salam sis

Suka semangat you and ur hubby.
Niat u yang ikhlas nak tolong sesama Islam, Insyaallah akan mendapat balasan yang baik drpd Allah.

Berminat jugak nak berbisnes, mungkin in future kot.

mummy bie said...

kak elly: like ur blog..n nk ckp nie..kat blog princess vee ade jual handbag chanel yg u idam idamkn tu...me too huhu tp x mampu beli lg

leeya said...

best gile bace entry kak elly...hihi event slalu tggu setiap hari entry baru kak elly lagi2 bab bisnes! mmg terbaikk..gud luck kak elly:)

Anonymous said...

Bulan puasa ni mesti rezeki lagi murah kn. Raya nnti boleh la order roasted lamb sy utk open house.hehe kalu nk try sedap ke x dtg la ttdi dkt area starbuck ok. Hihi

Anonymous said...

Helo Elly,

Thanks for sharing. Btw, if we want to go Guangzhou tour cum see barang2, how much En Win charge for the service fee ya?

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina puji sikap orang melayu cam ELL tak kedekut ilmu berniaga: )

ibuhebat said...

bagus2 .. saya suka sharing pasal bisnes.. share lagi k! :)

Anonymous said...

Kagum sangat dengan kak Elly.. suka dengar cite pasal biznes.. sangat2 teringin nak bizness.. tp stuck! tak tau mcmana nak mula, hati tak tetap.. idea macam2 tp tak tau nak buat yg mana n mana nak mula.. kak elly kalau free buatlah entry mcm ni lagi..mula dgn modal byk mana, step nak buka kedai, buat marketing.. citer lagi kak!ari2 mesti ada entry camni ya..saya tunggu! :) smoga akak akan terus bjaya..

Anonymous said...

suka kak elly!! citer lagi pasal biznes kak!!! saya tunggu!

munirah said...

sgt2 tertarik dgn semangat sis & huby...sya pon da wat prniagaan brgan dr china and menyimpan hasrat nak ke Guangzhou satu msa nnti..sis cite la lg psl trip ke sna & khidmat nsihat yg huvy sis anjur kn :)

marjina maideen said...

like yr blog very much..macam rasa d tiup semangat jee

Ahmad Ilman said...

saya teringin sangat simpan azam nak berniaga macam elly. dah lama follow blog elly ni secara senyap. ni my fisrt comment. sekarang tengah belajar chem engineering final year... tapi lebih cenderung berminat berniaga daripada jadi engineer... one day nak berniaga macam elly sambil kerja... hope habis belajar elly dan en win masih lagi mahu membantu orang melayu macam saya... :-)

zarina shungib said...

bestnya baca kesah awak terjebak berniaga, saya harap dpt jd cam awak juga nanti.. sy doakan awak terus berjaya:-)
http://vitaminsayasekeluarga.blogspot.com/