Nuffnang Advertisement

Monday, May 21, 2012

Niat....bernazar

Aku bernazar kalau dah sihat nak belanja budak2 opis makan (geng2 gossip aku je lah) dan buat Doa Selamat sikit. Diorang lah penglipur lara waktu sakit haritu...aku susah hati diorg pun susah hati...aku menanggis diorang pun menanggis. Sebelum aku operate haritu siap bekalkan aku makanan lagi takut kempunan. Sikit tersentuh disitu...hahaha. Jadi bila aku dah sihat apa salahnya kongsi kegembiraan dgn bebudak ni.

Isnin lepas bagitau Jas kata aku nak buat makan2 kat opis Jumaat nanti....seperti biasa aku yang pemalas ni tahu bagi duit jer yang lain Jas uruskan. Aku suruh order jer tapi budak2 opis aku ni terlebih rajin lebih suka masak katanya. Suka hatilah Jas janji meletup. Aku bukan tak nak masak cuma tak pandai masak banyak2 nanti entah apa2 jadinya...dari aku kena kutuk bagi korang jer lah masak yer.

Jadi hari Jumaat haritu berkumpul ramai2 makan tak ingat dunia....sedap korang. Seperti biasa lauk2 melayu.




Ulam2


Ikan bakar...pari, keli n cencaru


Gulai Daging Kawah


Air Asam...cicah ikan bakar


Ikan bilis petai


Ayam Cili...paberet aku. Jas sedap giler vavi kau masak...2 pinggan wa cakap lu!!!


Menu wajib...Patin Tempoyak


Dessert disediakan Chef Liza


Orang kanan Jas...Lin


Aku...yang tunggu utk makan jer.


Sedap korang!!!


Kanan sekali itulah Master Chef di opis ni...tak lain tak bukan Chef Jas.


Ibu Mutimah baca Doa Selamat. Alhamdullilah...semua berjalan dengan lancar


Mata semua tengok makanan.....sabar2


Kengkawan gosip....sayang korang semua. Dapat makanan jer aku sayang...hahaha


Ini Kak Nor...penglipur lara opis ni. Kak Nor kuat melatah. Dulu2 aku suka lah usik2 lepas tu tergelak terbahak2. Nak dijadikan cerita satu hari ni tengah lepak2...Kak Nor ni pulak tengah pegang air 100 plus...datang budak jahanam mana ntah kacau Kak Nor ni tak pasal2 aku ngan Jas kena siram dengan air 100 plus..."Mandi kan diorang Kak Nor" apa lagi baik punya curah kat kepala.

Satu lagi kes elok2 tengah borak ngan Kak Nor....datang budak opis ni gi terperanjatkan Kak Nor ni. Orang melatahkan tak boleh teperanjat. "Rogol Elly Kak Nor...tarik bijik dia" setan kan bebudak ni. Apalagi dia terus baringkan aku nak tarik bijik aku...menanggis2 aku kat situ. Nasib ada orang tenangkan Kak Nor ni. Sejak dari hari tu aku mmg tak berani ngan Kak Nor. Cakap pun pelan2 jer suara aku sbb dia tak boleh org suara kuat nanti teperanjat.

Alamak! anak dah bergaduh nanti aku esok aku sambung lagi yer!!

6 comments:

genuine1224 said...

huii.. lauk kampungg..sodapppp.. tapi, aku ni lauk xkampung pun bantai serupa jek.. hahaha..
** dlu silent readers jek, xtahan, ai followwwwww..

Irfa said...

kecur air liur tengok menu.sib baik jauh..kalau dekat harus aku tak malu tumpang bawak perut (gurau je ye)

melatah sampai camtu sekali?takutnya.

Raihan81 said...

cantik orgnya kak nor ni...
kena hati2...jgnlah usik dia lg..kesian plak kat dia...

IdaShazana said...

haaaaa...kelakar
kalau tak, naya je elly kena rogol dgn pompuan

hOtMaMa said...

pengsan aku baca melatah tarik bijik???? kahkahkahhhhh!

Malisa Hussain said...

sampai macam tu skali melatah nyer.... Kejam betol!! hahahahaha