Nuffnang Advertisement

Friday, May 18, 2012

My kiddos!


Holloh3....dah besar anak mama. Dulu kocik jer...dulu tak pandai menjawab. Sekarang sepatah kau marah....berpatah2 dia jawab balik. Pantas betul masa berlalu...pejam celik pejam celik...Yaya dah darjah tiga....Ameera dah darjah Satu. Esok2 tgk dah form five...lepas tu dah ada boipren dah tak pedulikan kan aku yang tua vogue ni....huhuhuhu.

Aku pun tak sangka boleh beranak sampai dua orang. Kalau korang jumpa aku dulu2 mesti korang tak sangka aku boleh jaga anak...sbb aku tersangat lah brutal dan kasar. Aku ni bukan macam mak2 yang lain teliti giler jaga anak. Aku selalu perasan kalau gi jalan mana2 mesti mak2 yang prihatin akan bawak beg besar2 dalam tu penuh dengan botol susu lah, air panas lah, pampers, baju, air suam kalau boleh mcm nak angkut satu rumah.

Aku bukan macam tu...kalau jalan letak siap2 susu dalam botol, bawak pampers satu, wet tisuue lepas tu sumbat dalam beg tangan. Tak ada beg khas utk baby ni. Agak2 anak aku melalak nak susu...singgah kedai mamak mintak air suam. Keluar bawak baby ni paling lama pun 2 jam so nak angkut banyak2 buat pening kepala jer. Agak2 tak selesa balik jer lah rumah.

Ada separuh ibu2 pulak tak boleh tengok anak kotor...24 jam lap. Aku tak ada ko main sampai lutut tu hitam...muka tu dah kering hingus kat pipi....dah puas bergolek2 baru aku angkut mandikan terus lepas tu aku akan tenyeh guna berus sabut. Hahaha...kejam kan! Kalau kat rumah aku akan beli botol banyak2 bila dah pakai campak kat sinki malam sekali basuh semua...makanan baby pun macam tu jugak masak sekali utk 3 hari simpan dalam fridge. Tak ada rajin aku nak masak tiap2 hari. Kesian anak2 aku dapat mak pemalas tapi penuh dengan kasih sayang...ahaks!

Lagi satu aku bukan jenis yang suka buat birthday party....masak2 panggil kawan datang rumah. Itu sangat lah bukan aku. Kerja senang...beli cake sebiji...buat party pack...order mcdonald hantar sekolah. Anak happy aku pun happy.

En Win lagi brutal kalau jaga anak...bagi freedom giler babi. Pakai lah apa korang nak pakai asal tak menangis. Satu hari aku ada hal En win kena jaga anak...korang tahu tak dia bawak anak aku jalan gi tesco pakai baju swimming suit...siap pakai topi besar ngan spek hitam mcm nak gi picnic. Macam nak terkeluar biji mata aku bila diorang sampai rumah. Tak tahu nak gelak ker nak menangis. Aku tanya kenapa u pakai kan budak2 ni mcm ni...senang jer dia jawab...diorg yang pilih sendiri Ma....biar arrr diorg selesa bukan nya bogel pun. Kejung aku dengar jawapan laki aku. Ma semua pandang anak kita...ada budak tu siap tanya kat mama dia boleh ker pakai macam ni mama. Mak budak tu terus bawak anak dia blah dari situ. Takut kejutan budaya...hahahaha.

Banyak kenangan manis dengan budak berdua ni...kalau satu hari tak bergaduh dengan aku tak boleh tidur agaknya. Siapa yang berjiran dengan aku....tebalkan telinga korang yer dengar jeritan tarzan aku malam2.

Jom layan gamabar my kiddos yang dah besar ni....









ok bai!

6 comments:

Anonymous said...

pkai swimming suit g tesco??hahaha..pengsan sume org tgk nnt..alahai en win ni pon...agak2 la kan..gelak guling2 ni kak..

rizal saidin said...

hahaha lawaklah akak ni.... sy suka sgt baca blog akk... Bleh buat sy ketawa sorang2.. Teruskan buat org ketawa sorang tau!!! i like~~

genuine1224 said...

kahkah...kang org ingat ada swimmning pool kat tesco..tapi ok la tu, mau jugak bapaknya bwk anak jln2 kan..

Irfa said...

hebat hebat
pakai swimming suit ke shopping complek.budak2 nampak la comel kot,kalau mak budak..ada yg fengsan ;)

Liyanaroxx said...

hahahaha apalah en win nih..gelak tak hengat saya dah kat opis nih...isk isk isk...sib baik budak2 yg pakai..kalo mak orang?fengsan!

Cik Puan Rara said...

saya pon xtau nk gelak ke nak nangis baca entry ni.tp bab swimming suit tu sy gelak.