Nuffnang Advertisement

Thursday, May 10, 2012

Hazel's dapat Baby boy

Hahahaha.....baby boy bagus aku ada dua perempuan kau ada dua lelaki. Next year try lagi tengok siapa power! Hazel dah bersalin nak dekat sebulan....aku baru sempat melawat. Seminggu selepas aku operate dia bersalin so tak dapat nak jenguk dia kat hospital.

Hari dia nak bersalin tu siap BBM aku lagi...

Hazel: Sis...I dah start sakit dari pagi tadi...nak gi hospital ker tak nak?

Aku: (dah giler budak ni tanya aku) Kalau boleh tahan....tahan jer sbb kalau gi hospital nanti dia seluk pepek ataupun dia induce nak kasi cepat keluar. Kalau tak boleh  tahan sangat atau dah pecah air ketuban or tumpah darah baru pergi

Hazel: Ok sis...saya tahan.

Aku tak sangka dia tahan sampai dah terbuka 6cm.....giler betul perempuan ni....lurus bendul betul. Nasib baik tak beranak kat rumah sbb terlampau percaya cakap aku. Masuk jer hospital 1 jam dah bersalin. Dia kuat macam aku gaks waktu bersalin anak no 2....selagi blh tahan.....tahan (nak jugak ckp diri tu kuat). Sampai hospital teran 2 hingga 3 kali....settled. Wah! cakap macam sonang jer kan....cuba sekali lagi tengok...meleleh air mata ker tidak. TAKUTTTTT!!



Ala2 tomei nyer. Jelesnyer aku....baby boy....huhuhuhuhu. Bagi kat aku nok! kau pergi beranak satu lagi yang ni aku jaga. Abdul Isaac Uqail. Kelasssssss kau nama meletop.....I like!. Si kenit ni terkangkang tidur yer...jap mak tiri kau ni nak cium2 nak cubit2.



Bolehlah nok bagi kat aku! Sumpah aku tak garang....jaga elok2.


Nampak tak kasih sayang dah terserlah. Cuba tgk muncung aku kat situ boleh nampak betapa baik dan penyayang nyer aku.



Me n Hazel. Cepat kau kurus yer...sanggup makan biskut jer. Cepat balik office....bosan arr tak dapat buat lawak bodoh. Kau sorang jer boleh faham lawak bodoh aku...lepas tu gelak 8 hari. Muahahahahah



Sekejap jer sopan...lepas tu dah buat perangai rumah orang. Berckp sampai jiran sebelah boleh dengar. Bergaduh2 nak berckp....macam tak jumpa 10 tahun.



Sampai terjaga lah si kenit ni. "Jom ikut mama balik". Aaaaaauuuuwwww mama!


Ishhhh....kecik2 dah pandai meludah...babab kang!

Congrats Nok!!


No comments: