Nuffnang Advertisement

Monday, May 7, 2012

Happy Birthday Mak!!


Happy Birthday Mak....Semoga mak diberikan kesihatan yang baik. Kami anak2 sentiasa mendoakan mak. We luv u so much.....muuuuuuaaaaaaaaahhhhhh
Weekend lepas aku mmg busy tahap gaban....merayau sana sini....cari carpet lah....dah macam mak2 aku rasa. Tak habis2 ngan barang rumah. Nak beli sekali sederap tak mampu jadi tiap2 bulan beli satu benda. Sikit2 lama2 jadi bukit.

Birthday mak ahad lepas....decide celebrate hari Sabtu. Aku dah rancang awal2. Disebabkan aku pemalas tapi nak makan sedap aku ajak semua adik beradik plus anak buah yang ramai giler tu makan kat luar jer. Tapi abah tak setuju dia prefer makan2 kat rumah jer...selesa katanya. Aku pulak malas nak masak2 jadi suruh abah order jer....tak bagi mak masak sbb dia tak berapa sihat sangat.

Aku: Sabtu ni Abah order nasi lemak sotong, Satay, Rojak Buah lepas tu beli lah air botol banyak2 dengan kuih2 sikit. (giler mcm boss kan beri arahan. Kalau aku tak cakap nanti senyap2 mak ngan bapak aku gi pasar masak sendiri). Cakap ngan mak jgn nak ngada2 masak...dia bukan sihat sangat.

Abah: Masak lah....bukan sedap sangat kalau order. Boleh tu mak kau larat lagi masak.

Aku: Tak payah....kang sakit orang gak susah. Abah pun bukan larat sangat. Kalau mak nak masak suruh dia masak satu lauk jer.....dendeng daging. (hahaha...itu paberet aku...jahat giler lepaskan tekak sendiri). Pinggan...cawan...semua abah beli plastik tak payah basuh. Nanti abah beli semua tu bagi tahu harga nanti orang bayar balik.

Senangkan kerja aku....macam tuan besar. Order jer pandai....tahu2 sampai sana semua dah hidang. Kakak2 aku mmg dah masak ngan perangai aku...sbb kalau majlis rumah mak aku nak manja2 jer...kerja x nak buat... aku cuma tahu bayar jer yang lain korang uruskan. Kalau raya pun macam tu jugak....kerja aku beli bahan kering kat pasar....bahan2 tu aku beli semua dah siap blend mak aku tinggal masak jer. Potong ayam ngan daging...buat lemang ngan ketupat kerja kakak aku yang sulung tu. Tak sabarnya nak raya...eh!!!




Ini adik aku yang bungsu belikan....mengamuk aku. Kedekut nak mampus beli cake kecik...anak buah dah lah ramai. Nak cucuk lilin pun tak muat. Ini pun nak kena aku bagi tahu gak....kalau tak mcm ni lah jadinya.



Mula2 bukan main mak aku letak alas bunga2....datang aku ambik suratkhabar lapik kan kat atas meja tu....anak buah ramai kalau tumpah senang angkat buang jer. Tak terkata mak aku....hahahaha. Janji mak aku tak penat membasuh nanti.



Dendeng daging....sedap giler mak masak. TERBAIK!!.

En Win: Ma...u belajar lah masak dendeng ni dari mak...sedap.

Aku: I masak tak sama sedap macam mak masak....kalau u nak makan daging ni datang lah rumah mak (wah! sungguh derhaka). Tak siapa boleh lawan mak punya daging dendeng...I nak makan mak punya jer.



Sayang mak....lelaki tu adik jantan aku. Asal nampak muka aku...Ly RM50 nak isi minyak motor. Banyak cantik muka kau kan!!


Mak kalau masak memang bertambah2 aku makan. Berapa kali pujuk mak duduk ngan aku tapi dia tak nak...dia cakap rumah aku sunyi giler...dia boring. Cuti sekolah ni aku nak kidnap mak duduk ngan aku.



Hujung sekali tu kakak aku yang sulung....kesian muka penat sbb tolong masak, buat kuih n potong2 buah. Bapak aku order satay jer yang lain dia paksa kakak aku buat. Orang tua macam mana pun nak masak gaks. Aku seperti biasa buat2 terperanjat....yer ker ko masak long...aku dah suruh abah order jer. Apalagi kena tunjal kepala lah ngan kakak aku....hahahahaha


Anak kakak aku...nampak sangat aku muda lagi....sbb tak nampak perbezaan pun.


Birthday girls....Yaya (2nd May), Mak (6th May) n Kak Long (26th May). Aku tak blh tgk lah cake ni angin aku.


Bersungguk kau tiup yer long.


Mak with Cucus...paksa abah suruh suap cake kat mulut mak....alamak! malu2 kucing pulak. Hahaha. Suruh tangkap gambar berdua pun malu.


Yaya


baju yang beli hari tu...sedondon!


Balik aku siap bungkus dendeng daging tu....esok pagi2 makan ngan roti canai. Walawei! sedap giler. Family aku ngan family in law sangat berbeza...family aku selesa makan ramai2 kat rumah jer...makan masakan kampung. In Law aku suka western food mcm omputih sikit. Jadi yang umtung yer aku dua2 dapat rasa. Muahahahaha.

Next trip nak jalan2 gi Penang pulak....mak dah tak nak jalan jauh2 lagi naik kapal terbang. Penang pun penang lah asal mak ngan abah happy....

1 comment:

Anonymous said...

nak lgik.... next entry plissss....