Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 16, 2012

Haiwan peliharaan

Aku ni bukan pecinta binatang...tapi tak ada lah sampai aku nampak binatang cth mcm kucing tu aku tendang. Cuma aku tak suka bela binatang2 ni kat rumah. Setakat pandang....raba2 tengkuk kucing tu dalam 2 minit boleh lah. Tapi kalau korang suruh aku pegang, belai2 mmg bukan jiwa aku. Kalau korang terserempak dengan aku satu hari nanti tengah belai2 kucing itu makna nya aku tengah berlakon nak tunjuk kat orang yang aku ni penyayang...hahahaha.

Walaupun binatang tu comel macam manapun ....jiwa brutal ni tak boleh dilembutkan. Setakat tengok jer. Ala2 tomeinya....geramlah....tapi nak suruh aku pegang memang lah idak jawabnya. Aku mmg respect orang yg suka bela binatang ni...nampak sangat korang ni prihatin dan kasih sayang tu terselah.

Dulu aku ada ex yg suka sangat dengan kucing....so aku pun pura2 lah suka kucing gak. Asal dating jer asyik cite pasal kucing....lalu kedai pet shop singgah tgk kucing kat tingkat berjam2. Bila dia suruh aku pegang badan aku jadi keras. Binatang kan tahu kalau kita tak suka dia....asal aku pegang jer.... kucing tu pandang macam nak terkam aku....eeeeee tak suka lah takut. Lama2 aku bosan menipu terus mintak putus. Alasan mak saya suruh saya belajar tak bg couple2 lagi dah...alasan standard kan!.

Orang yang tak suka binatang selalunya akan dapat pasangan yang cintakan binatang. En Win mmg suka bela binatang. Hampir 8 tahun dia dengar ckp aku tak kasi bela binatang kat rumah. Kali ni dia dah tak peduli dah....dia ikut kepala dia jer....nak pulak anak2 aku pun pecinta binatang yang comel2 ni. Dengan rela hati aku terpaksa ikut dan setuju jer lah.



Dari seekor Sugar Glider ni dah jadi 2 ekor. Nasib baik tak busuk binatang ni. Since En Win beli aku tak pernah pegang langsung. Tak kuasa aku nak bagi dia merayap2 kat badan. Asal diorg keluarkan kan jer binatang ni aku lari masuk bilik.



Eeeeee....geli macam tikus. Anak aku selamba jer bagi dia merayap2 kat muka.

Last week diorang ada aktiviti baru....dah jumpa satu binatang peliharaan yang baru pulak. Tgh tunggu approval aku....tapi yang ni sampai mati pun jgn harap aku bagi masuk dalam rumah. Diorg ni kalau tak bagi aku tension tak boleh agaknya....dah bagi sugar glider tumpang sama kat rumah pun dah cukup bagus ni nak ramaikan lagi pulak....dengan pelbagai binatang.

korang nak tahu tak dia nak bela apa......































Geli wei!



























Sumpah aku tak akan bagi....buatnya dia merayap...mati kejung aku kat situ



























u jgn nak mengada Pa....beli senyap2....u nak tgk i jadi hantu kak limah buat lah perangai!!



























Korang dia nak bela








Ular....Snake u know!!!!



eeeeee...dah giler budak ni.



Mama kata No....Noooooooooo


Korang rasa En Win akan beli tak????? sebab tiap2 malam dia pergi melawat binatang ni ngan anak2. Macam mana aku nak gertak or protes tanda tak setuju ni. Takuttttttt wei! Kang kalau aku approve esok2 dia nak beli harimau pulak. Bukan boleh percaya anak beranak ni!!


14 comments:

Anonymous said...

hahhaha...klo approve beli ular, kang dorang nak bela harimau lak.
kelakar la akak ni..

tp klo saya pon xkan approve la nak bela ular.eiii takut n geli.

p/s: best baca blog akak ni.

Anonymous said...

hahahhaha...kak Elly ni kelakar la...hishhhh, mmg geli ngan ular jugak..... harap2 hubby akak tak beli la kan.... huhuhuhuhu.

yatie said...

Ular???? yang ni memang kalau I pun tak setuju.... Saya sangat Geli.....
Masa pergi zoo, org offer ular, I siap warning, Bang jangan kasi dekat ye sbb ular punya pasal saya boleh belasah org. sumpah geli dan takut.
Sugar Glider cute tau..

CikFi said...

eiiii siyes geli tgok ulaaarr tu...adeiss.. kak elly suggestkan binatang laen pulak la..hehe

Ina Khairina said...

ULAR??oh noooooooo!

Pn. Zana said...

eiii. sy pun geli tau ular ni..

mama aryan said...

kah3 lawak la..suka baca blog ni

Sue said...

comel sugar glider tu. my doter pun sibuk nak bela binatang kecik tu. tp ok je compare rabbit dorg yg da ilang tu. sugar glider rasanya tak busuk sgt baunye.. erkk ular? heheheh geli geleman.... ce imagine kalo terlepas tengah2 malam ke.. merayap2 naik atas katil. erkkkkkk!!!

rara aziz said...

HAHAHAHAHAHAHA, akak serious i gelak gila2 tgk akak tensi dgn menatang2 ni..hahaha,saye kalau binatang bulu2 comel2 ni ade le lembut hati gak nak pegang...ni dah ular...haha, no no no no!! haha.

yaya n adik tak takut eh pgg ular2 ni..? kalau saye...taknaaaaakkkk laaa T_T

Anonymous said...

Hahaha Lawak la elly ni
Best baca blog elly
Mcm2 Ada

asyrafsuleiman said...

Eeeeeeeeee..saya yg lelaki pun x sanggup nak tengok kak, ular2 ni,apatah lagi pegang.Nauzubillah.boleh pengsan.Nak makan,berak,kencing,tido mesti tak selesa kalo ada ular kat dalam rumah.Tengok belut depan mata pun saya dah geli.apatah lagi ularrr..haha.pengsan.=)

hOtMaMa said...

aiyoo! hazabnyer uols.. mak pun takott klu bela ular tuh.. tgk pun dah geli & takut.. apatah lg nak pegang!

si cokelattte said...

kak.. sy pon sangat pecinta binatang.. sy duduk apartment ade bela 2 ekor kucen... tapi ular?? mmg sgt tak... kalau sy la kan.. die beli sy sanggup panggil org suruh buangkan.. sbb mmg takkan la ular.. gile ape!!!!

Irfa said...

aku pun geli kalau ngan ular
kat umah ada la bela 2 ekor ikan laga..tapi 1 dah mati..tinggal 1 lagi tah jantan ke betina aku pun x tau