Nuffnang Advertisement

Monday, May 28, 2012

Grand Lexis PD

Hari ni banyak gambar aku nak riak kat korang...ini pun aku malas nak upload banyak2. Kalau aku rajin mau korang muntah darah tengok aku yang poyo ni. Malas2 pun aku rasa banyak giler aku tepek kan kat sini. Tak apalah cuci mata pepagi Isnin ni yer dak.

Cuti sekolah ni aku memang tak tahu nak bawak anak2 bercuti kat mana so aku decide gi tempat dekat2 jer. Nampak tak ayat aku decide...hahaha tak tanya laki langsung....terus buat keputusan sendiri. Aku dah masak dengan perangai En Win kalau tunggu dia yang organise mmg sampai kesudah tak gi mana2. Jadi aku yang arrange dia cuma bayar jer.

Tempat pilihan bercuti kat Grand Lexis PD ....nasib baik ada bilik sbb selalu kalau cuti sekolah jangan harap korang dapat bilik kalau last minit booking. Aku ambik bilik yang ada private pool senang aku anak beranak nak berkubang sampai tengah malam. Bertolak Jumaat malam sampai PD dalam pukul 11 malam. Mmg lah rugi tengah malam baru sampai tapi kalau check in saturday entah2 pukul 4pm baru dapat masuk kesian budak2 mandi sekejap jer. Ahad nak check out sbb Isnin kitaorag kerja. Lantak lah janji anak aku happy duit boleh carikan.




Bilik besar ada dua king size bed...memang selesa giler. Kalau tak silap aku bilik ni "Deluxe Suite".






Aku baru nak tangkap gambar pool...anak2 ngan laki aku dah terjun kat swimming pool. Very d jakun. Pukul 11pm korang dia berkubang anak beranak. Lantak korang lah. Aku ingat anak aku jer jakun rupanya bilik sebelah pun aku boleh dengar diorg berkubang jugak.


Aauuuwwww...sejuk kita touch2 guna kaki jer lah


Awal korang bangun yer...tak makan bekpes pun terus terjun kat pool.



Ini ketua kumpulan...kejap lagi korang tengok dia lebih dari budak2.



Tak boleh jadi ni...harus aku join.




Betul tak aku ckp!!!!


Dia lagi...


Habis terkeluar air dalam pool tu.


Anak2 aku mmg happy tahap maximum. Berendam dari pukul 10 pagi sampai 11 malam. naik bila time makan jer. Aku biar kan jer lantak korang lah berendam. Aku membuta kat bilik.


Dia lagi...terlompat2.


Nak buat apa pulak ni??



Aaaauuuwww main gigit 2telinga. Aku mmg kena bully asyik kena jadi monyet jer asal dapat pegang bola nanti En Win tarik kaki aku tercungap2 aku nak bernafas.



Aku tak berani mandi lelama takut jahit kembang...ahaks!



Bersiap utk makan tengahari


My Family...


Adik


Yaya










Dah tinggi anak aku ni!






Lepas lunch sambung pulak kat pool luar





Keluar minum petang pulak. Perempuan poyo kan!


Sempat singgah kat tempat ATV. Waktu main korang tak perasan pun tempat ni berlumpuh kan!


Bukan main korang yer!


Habis satu badan berlumpuh. Macam mana nak naik kereta ni!!!





Tak puas naik satu lagi round....kereta lain pulak






Duduk lah atas kertas. Jgn gerak2 keras kan badan!


Dinner




Tahu korang lapar yer!


Lepas dinner jalan2 taman....aaauuuwwww!




Setiap kali swimming mesti beli pelampung...tak faham aku!


En Win mmg rajin melayan kerenah budak2.


macam selalu bercuti kan....mcm2 dia angkut lepas tu nanti kat rumah benda ni bersepah.





Wajib beli sampai rumah benda ni korang campak.


Tak menyempat mlm tu jugak nak pasang dan main. Waktu ni pukul 10 malam ok....


Berkubang sampai kul 12pm. Naik kecut aku tengok badan korang.


We all really enjoy this time...seronok sekali sekali berehat satu keluarga. Rasa macam tak nak balik jer. Nanti kita gi lagi yer.


16 comments:

IdaShazana said...

amboi....terasa nak beli bikini & terus amik kunci kereta pegi PD. bila polis buat road block, cepat2 tutup dada dengan paper

Nazirah Azeman said...

hahahahahah kelakar la en win.lompat lompat samapi terpercik air kuar

ibuhebat said...

memang best bercuti, release tension sekali sekala.. :)

Malisa Hussain said...

suka sgt baca blog ni.... always buat sy trsenyum sorang2.... Lawak n sporthing sgt family ni... Terukan ye k.elly...hihihihihi

Filla ~ Kasihs said...

hahaha best gila aku tgk!!! gambo ko yang poyo tu gila mcm kat overseas tak tahan mak...
akan aku bbm ko tanya mcm2 pasal tempat nie.. hahahah..

azza haini said...

best baca blog nih..suka tgk happy family & elly yg cantek..awet muda..anak2 pun comel...

Anonymous said...

wah, brani akak baru pas operate gi swimming yer. sy dh setahun operate appendix pn takut lg

Akemi said...

im new here.. enjoy read ur blog.. mmg best... sym bile bace..best.. n tq for the info

yatie said...

kelakar lah... boleh tergelak-gelak baca esp bab en win terjun. sporting lah you all

wAnNy said...

hye!baru follow ur blog..
mcm best je lexis,,nk pegi jugak lah walaupun stay n9,tp x penah jejak lagi ;D

NEKCIK said...

asalamualaikum...Nekcik singgah sekejap ye....nice reading blog elly..kebetulan nama anak Nekcik pun sama ..cuma ejaan lain..eli

[i.l.y.a] said...

Alahai comelnye anak2 akak :) akak pun sekali lah. Hehe

mama tisya said...

mmg best grand lexis..rs tkmo kuar bilik cz ada private pool..berendam smp lebam..anak sy smp nk tdo kt swimmingpool..hehehe

mama leen said...

bestnya... rasa2 bilik yang pool kat luar mesti lagi best..

riea zakifaris said...

seronoknya tempat ni. boleh plan ajak husband dan anak g sini....

Holiday Rentals Malaysia said...

Hi,

Nampak bestnya cuti ke Port Dickson.

Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD