Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 22, 2012

Dia buat hal lagi......

En Win buat hal lagi. Haritu aku tak bagi bela ular kan...dia buat hal lain pulak. Ada jer nak bagi aku meroyan. Dalam senyap2 ada jer aktiviti diorg ni yang boleh buat aku meroyan. Sekarang aku tahu kenapa perut aku ada ketumbuhan.... ini semua sebab diaorg ni selalu bagi aku tension!!!.  Lepas satu2 bagi darah aku naik. Lepas tu siap hasut anak2 aku join dia sekali. Berbisik2 depan aku lepas tu 3 beranak ni senyap2 keluar bila balik masing2 buat signal lepas tu gelak terbahak2. Sakit hati tak? benci aku. Bila tanya. "Mama tak sporting kan Yaya...kalau cakap mesti dia marah". Memamg aku tak sporting kalau semua aktiviti yang korang nak buat boleh bikin aku mati kejung.

Sabtu lepas akhirnya terbongkar selepas aku buat muka tak malu ikut diorang...laju2 aku duduk dalam kereta. Lepas tu semua buat muka tension "Ala..mama ikutlah dik...mesti tak bestkan". Setankan menyakitkan hati jer!. Korang nak tau tak apa aktiviti diaorg yang baru...korang pun akan tepuk dahi.














Anak u perempuan lah Pa....



























Tak terkata aku...lepas tu suruh aku buat pilihan...



























YaAllah kuatlah iman aku...rasa nak meletop jantung ni!


































Dia nak beli motor kecik pulak. Anak u perempuan Pa...kang berparut... jatuh pulak harga hantaran nanti. Apa ke giler laki aku ni. Membebel2 aku kat kedai tu...nak beli helmet lah, jaket lah...ishhhh duit tu bagi aku lagi bagus. Kalau korang sakit jantung tak?. Yer mmg aku tak sporting kang bercalar balar....sakit sana sini mak kau ni jugak yang susah. Jgn nak menganda2 cari hobby lain....naik kuda ker...eh kuda pun bahaya. Swimming jer lah...aaaaauuuwww .

6 comments:

Irfa said...

AGAKNYA EN WIN TENGAH BERANGAN NAK ANAK LELAKI KOT :)

Anonymous said...

Like komen Irfa :)

Filla ~ Kasihs said...

hahaha laki kau memang mcm laki aku... sebijik... tapi aku tak dengar plak dia nak blikan acih.. sbb acih tu lembik ke sebab duit tak cukup ke..hahah.. tapi kalau anak dia boy..memang dia dah buat.. silap2 baru umur 2 tahun dia dah bawak panjat gunung!!!

Anonymous said...

laki2 ni semua adrenalin junkie, klu seminggu tu tak buat satu benda tak senonoh mcm ni nak naikkan tension kitaorang, mmg confirm tak sah. tapi klu disekat sangat nanti diorang frust, nanti 'thrill-seeking' cara lain pulak, baik cari aktiviti2 yg sume boleh join ini mcm camping ke, trekking .. klu berani bawak surprise dia pi bungee jumping (eh, adakah kita ?) atau apa2lah sewaktu dengannya, tu ha lain kali diorang respect kat kita!!!

kelakar

Zana Md Nordin said...

he he he....ada2 jer en win
takpe sis
sekarang nie anak pompuan pun kena lasak2 gark.

Suraya said...

ayat2 ko kelaka la kak....suka baca..