Nuffnang Advertisement

Friday, May 4, 2012

Budak zaman sekarang!!

Tak ada gambar aku nak riak kan kat korang lagi...lagi pun aku takut ngan En Win sbb kehulur kehilir bawak camera. Semua benda aku nak tangkap...En Win selalu bagi jelingan maut kat aku. Tapi kalau nak fikirkan balik bukan salah aku...siapa suruh dia hadiah kan aku camera....cuba hadiahkan kan aku emas tak ada lah aku jadi macam ni....Muahahahahaha.

Korang perasan tak budak2 zaman sekarang suka cakap lepas tak pandai berlapik. Terutama bila bercakap dengan mak bapak atau orang tua. Aku dulu nakal jangan cakap lah mengalahkan jantan tapi bila mak bapak aku marah aku tak berani menjawab.....paling kuat pun berbisik2 dalam hati atau merajuk. Bila tanya kenapa jadi macam ni....jawapan budak zaman sekarang mengalahkan Perdana Menteri... zaman dah berubah kita kena perjuangkan hak kita. Tak kan nak jadi bodoh mengaku kesalahan yang tak buat. Masalah nyer kadang2 kesalahan tu terang2 korang buat tapi nak tunjuk diri tu pandai dan cuba menegak kan benang yang basah.

Hormat orang tua paling penting....ini tak mak bapak, korang tengking2.....cakap tak guna otak....fikir diri tu jer bertul.....fikir ko dah besar dah boleh fikir sendiri....nasihat orang tak nak ikut. Ini semua sebab rasa diri tu dah pandai sbb berpelajaran tinggi...gaji pun dah besar. So kepala pun makin besar lah. Kes2 ni semua tiap2 hari aku dengar dan baca. Masyarakat sekarang dah banyak berubah....hormat menghormati semakin berkurangan. Ego semakin tinggi....s kejadian hantar ibu bapa rumah orang tua2....bunuh mak sendiri.....dan mcm2 lagi lah yang tak masuk akal semakin berleluasa. Zaman akan datang macam mana lah agak nyer ya.

Budak2 zaman sekarang tak boleh tegur atau nasihat....cakap sikit melawan....lari dari rumah. Aku dulu eskyen jer lebih.....masuk jer baju dalam beg konon2 nak lari....tapi tak berani pun. Itu jer lah kerja aku dulu2 masuk baju dalam beg lepas tu simpan dalam almari balik. Entahlah sampai sekarang aku tak pandai nak menengking atau tinggikan suara kat orang tua. Aku tak pandai menjawab....bagi aku tak rugi kalau kita mengalah dan menjaga hati orang tua. Kadang2 aku perasan budak2 zaman sekarang kalau bercakap dengan orang tua nada tu tak ada kelembutan langsung nak menengking jer.....tapi yang heran nyer mak orang lain beriya2 dia hormat tapi mak sendiri siap jeling2 lagi.

Bila aku dah jadi Ibu....aku dah mula faham betapa sakit nyer hati bila anak2 tak dengar cakap. Anak aku yg kecik ni pun bila menjawab pun aku dah stress. Nak pulak kalau dah meningkat remaja nanti.....tak tahu boleh handle ker tidak nanti. Tu sebab billa Yaya n adik mennjawab jer laju tangan aku bagi PANG sikit kat mulut. Melalak lah korang aku pedulik apa. Kalau tak di ajar dari sekarang....esok2 depan orang pun dia tunjuk kurang ajar.

Ada jugak separuh ibu bapa yang takut dekat anak2....terpaksa dengar cakap anak2. Tapi aku tak salahkan mereka...sbb anak2 lah tempat mereka bergantung. Tapi yang buat aku tak faham tu....mana pergi nya hormat anak2 kat ibu bapa itu sendiri. Sbb tiap2 bulan korang bagi duit.....sediakan makanan dan tempat tinggal jadi ibu bapak tu boleh ditengking2...boleh disuruh2. YaAllah jauhkan lah aku sifat macam ni.....biar lah orang kata aku bodoh main terima jer apa2 yang ibu bapa cakapkan.....tapi yang penting aku tak akan melukakan hati kedua ibubapa aku.

Aku bukan lah cakap aku ni baik sangat tapi aku mmg tak boleh terima atau tengok orang yang yang kurang ajar dengan mak bapak dan orang2 tua ni. Tak susah mengaku salah....diam kan dulu bg diorg peluang bercakap...hormat cadangan diorang....esok2 dah reda kau explain cara baik kenapa ko tak boleh ikut cara diorang sbb alasan dia bla2.....So dua2 pihak tak sakit hati kan. Ini tak baru cakap sikit melenting macam orang giler...."Orang punya duit orang punya suka lah.....mak ker bayar". Contoh yer.....ini yang selalu aku lihat dan terjadi.

Marilah kita sama terapkan kat anak2 nilai murni....kalau cara lembut tak boleh....kita guna kekasaran sikit. Bg pengajaran kat diorg. Aku nak ikut cara orang dulu2 lah. Menjawab jer tenyeh mulut tu dengan cili. Menjeling jer...korek biji mata tu sikit...Ok jap lagi balik aku nak beli cili banyak2 ngan En Win sekali kena kalau menangkan anak2.....hahahahaha.

5 comments:

Anonymous said...

ehhhh..pe hal ko punya entry sikit lagi nak sama mcm filla..aku perasan bnyk benda dah..agak2 la weii

Filla ~ Kasihs said...

betul lah.. mak aku cakap masa dia kecik..kalau dia menjawab, arwah mak dia jolok mulut dia dengan kayu api..sampai luka2 mulut.. aku memang kalau anak aku menjawab aku tampar je mulut dia.. melalak lah kau kat situ.. aku tanak dah besar esok, tak reti hormat orang tua..

genuine1224 said...

sokong!!! budak2 skang kena tegur sket lari dr umah ikut bopren.last bopren tinggal ko bunting,cari mak bapak jugak!bodo! kita dlu mana brani nak tinggi suara kat mak bapak. takut+hormat. budak2 skang kemain over.m nak salahkan sapa pun xtau kan..

noraziah said...

salam, betul lah elly, mak cik setuju sangat dengan elly. memang elok anak-anak ni dari kecik kita tampar sikit mulut tu kalau cakap menengking dengan orang tua bukan apa biar dia orang ingat sikit.

Irfa said...

mmg menyedihkan bila dgr anak2 yg kurang ajar dgn ibubapa

aku pun sama..merungut dalam hati je..dri kecik sampai dah tua skrg
hehe..menjawab mmg tak la

harap2 anak akan hormat dan sayang kami hingga akhir hayat