Nuffnang Advertisement

Friday, May 11, 2012

Aku happy walaupun sakit!

Dua minggu selepas operation aku dah start kerja. Tapi hakikatnya aku belum kuat lagi tapi terpaksa teruskan kan jugak aktiviti harian. Macam inilah kalau dah menjadi seorang ibu dan isteri. Banyak tanggungjawab yang hendak dipikul.

Especially kalau duduk rumah....nampak kain berlonggok dlm bakul....angkat cuci. Balik kerja kena masak sbb kesian kat budak2 balik sekolah nak makan. Belum lagi tugas2 yang lain....mengemas, melipat baju, cuci, menyapu dan macam2 lagi. Nak tunggu En Win kesian pulak rasa nya dia pun penat bekerja...so apa yang termampu aku buat..... tapi hakikat nya aku masih tak kuat utk buat kerja berat ni.

Minggu ni rasa perut aku sakit balik macam bengkak part operation tu....nak mengadu aku takut sbb aku tahu ni mmg penyakit yang dicari sendiri. Cuba bertahan tapi rasa risau pulak. Selasa haritu aku gi jumpa doktor....hambek ko! kena marah. Doktor kata aku terlalu banyak bergerak itu yang aku rasa sakit dibahagian dalam...doktor suruh aku kurangkan jalan dan banyak kan berehat.

Mmg betul pun aku kat office sah2 banyak berjalan ...kalau kat rumah jgn cakaplah. Aku cuma dapat berehat selepas pukul 11 malam jer dan keesokan harinya pukul 5.30 pagi aku dah bangun. Tanggungjawab seorang ibu ni banyak kan....dan aku rasa kita tak boleh sakit kerana anak2 dan suami mengharapkan dan bergantung dengan kita....betul tak?. Aku rasa korang mesti faham situasi aku kalau korang seorang ibu....sakit macam mana pun kena bangun dan kuatkan semangat utk anak2. Kita sakit tak apa asalkan tanggungjawab dapat dijalankan. Kadang2 aku cuba keraskan hati....baring tanpa pedulikan anak2....cuba berehat dengan tenang. Tapi tak boleh korang....mesti bangun dapat buat sikit pun jadilah.

Begitu jugak ngan anak2 aku....kalau nak buat kerja sekolah, nak pakai baju, nak gi tuisyen, nak makan mesti cari aku walaupun En Win depan mata. Dah menjadi kebiasan nama "Mama"sering disebut oleh anak2...dan aku kena pikul tanggungjawab ni dengan gembira dan senang hati. Jadi bila korang dah berkawin dan mempunyai anak....perkataan berehat dan bersenang lenang memang tak ada yer dalam kehidupan harian korang. Merungut dan membebel macam mana sekali pun akhirnya korang tetap kena lakukan tanggungjawab itu.

Tapi aku enjoy dengan kehidupan yang super duper busy ni....walaupun masa utk diri sendiri dan kawan2 terhad tapi aku berpuas hati sbb ini jalan aku pilih....kehidupan bersama suami dan anak2 tercinta. Diaorang penawar dan dioranglah racun dalam kehidupan aku....eh! racun tak yer...penawar jer. Lepas doktor nasihatkan aku haritu....aku cuba kurang kan aktiviti dan jaga pemakanan balik. Mata ngan mulut jer bergerak...badan aku cuba keraskan. Korang doakan aku yang banyak bergerak sampai tak ingat dunia ni cepat sembuh yer.

By the way sebelum aku terlupa....."Happy Mak2" utk ibu2 yang vogue di dunia ni. Buat ibu tercinta Raja Dainy & Juriah Abdullah nanti kita gi tgk konsert Jamal Abdillah. I Luv both of u so much. Utk anak2 mama jgn lupa beli bunga dan hadiah....dan utk En suami tercinta....i nak beg Chanel.....hahahahahah melampau tak permintaan.



Aku lah isteri & Ibu yang sangat baik & rajin. Kelasssssss kan puji diri sendiri. Kata Mother's Day harus riak dan puji diri sendiri. Korang pun mak yang rajin dan cantik kan!!.


10 comments:

genuine1224 said...

mak2 gitulah..never ending works. klau bule tdor siang tu, uiii.. syorgaa

Nazirah Azeman said...

true.....even sakit pun daily routine ttp mcm biase

C!kpuanmuda® said...

ko tau tak ko cantik?

Irfa said...

selamat hari mak-mak butmu elly
jaha diri yer..

Elly said...

cpm: Aku selalu perasan cantik...hahaha. Berangan penting tu!

suzy said...

i mmg agree 100% dgn entry u ni...mmg bile dh jadi ibu kite kene jadi kuat eventho tgh sakit..kadang2 bile terpikir camne la keadaan anak2 ngan laki bile kite xde...hhmmmm

s.z.a_s.z.a said...

you look so gorgeous sis!!!
happy mother's day
:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam kenal

Selamat hari ibu . jaga diri okey
: )

rara aziz said...

akak, akak punya muka iras2 dr harlina bini dato sms tu..perasan tak..? hihihi, btw, just found your blog:) happeningggg betul family akak:D, speed recovery hot momma :)

Anonymous said...

suka baju u..cantiksss..