Nuffnang Advertisement

Monday, April 23, 2012

The Ship...

Sabtu lepas gi makan kat The Ship...ingat tak sebelum operate En Win bawak aku kat sini tapi waktu tu aku tak lalu makan ala2 risau. So sekarang selera tu dah datang balik dengan pantas idea mengajak ker The Ship terlintas kat kepala aku. Memang sepanjang berpantang otak aku tak pikir benda lain....makan3. Budak2 opis ni sengaja pedajal aku tak habis2 update pasal makanan. Venchi tau. Tapi kan korang budak opis ni sebelum operate sempat lagi masak kan aku tempoyak patin. Thanks Jas....I Lap u lah.



Berat badan aku turun 3kg....tak suka sbb aku rasa sekarang badan kecik tapi tetek besar mcm tak balance pulak.



Style rambut terbaru En Win. Tak habis2 tgk you tube cara2 macam mana nak stylo kan rambut. Tapi aku tengok macam tu jugak....hahahahaha. Sejak pandai bertwitter ni bukan main handphone kat tangan 24 jam. Dulu memekak kat aku sekarang dia lagi teruk. Tak agak2 kawan ngan Azwan Ali....hahahah kaki gosip jugak laki aku ni yer.



Fuyoo! ada cahaya.....sekali lagi dik!


Barulah merpati dua sejoli.....aaauuuuuwwwwww!


Sejak aku sakit perangai menjadi-jadi nakal...En Win melayan jer nak marah anak jangan harap. Aku pandang jer nak jerit takut perut terburai....aku penjam jer mata kalau aku bukak mata tengok perangai diorang memang boleh jadi singa jadian. Kertas bersepah2....wah! lepas lukis jer baling bawah katil. Nak mandi kat situ bukak baju kat situ dia biarkan. Kalau aku sihat mmg seorang2 kena tarik telinga. Itu belum mandi terjerit2....berjam2 dalam bilik air. Macam mak ko ni tokey sabun habis lantai diorg syanpukan. Bila aku suruh En Win tengok dia boleh jawab "Biarlah ma...u pun dulu macam tu gak". Terbakar telinga aku dengar. 


Tapi kalau diorg tak ada sunyi pulak rumah. Kejap2 kang aku boleh dengar ketawa terbahak2....kejap2 kang berdetum pintu bilik bergaduh tak nak kawan. Kejap2 kang datang kat aku mengadu Yaya lempang adik.....adik yang cucuk mata Yaya dulu. Poning den!


Sejak tukar sekolah ni.....Yaya jadi pendiam. Dia tak suka sekolah baru sbb bercampur ngan budak lelaki. Dia kata budak2 kelas semua tak nak kawan Yaya....diaorang kata Yaya sombong. Anak aku ni mmg diva sikit selagi orang tak tegur jgn harap dia nak bercakap. Korang percaya tak dah 3 bulan sekolah kawan dia 2 orang jer. Aku yang risau...tapi dia selamba jer. "Tak ada kawan lagi bagus....boleh makan dan belajar ngan aman tak payah borak" boleh jawab macam tu.

Adik lain pulak....dia yang jadi ketua kumpulan. Hantar kat sekolah bila kawan2 nampak jer muka dia siap berlari2....Ameera2 kita nak cop kan tempat awak. Wah! diva ko yer. Hari tu balik  mengadu cikgu suruh ketuk ketampi....bila aku tanya kenapa? "adik bercakap dalam kelas lepas tu ketua darjah tulis nama adik", Berapa orang kena? " Empat orang....adik dah cakap ngan semua org jgn kawan ketua darjah tu". Fuyooo! bukan main samseng ko kan....macam perangai aku jer....hahahahaha


FIL n MIL ikut sekali.


Makanan orang sakit Salmon jer....nak makan Steak En Win tak bagi dia kata luka aku tak baik lagi.


Yaya....Chicken Chop


MIL ~ Nasi Goreng


Adik ~ Meehoon goreng. Makan En Win dan FIL aku tak sempat ambik sbb dah kelaparan.


Tengah bodek suruh beli mainan.


Aauuuuwwww sila lihat kaki......ahaks! Kasut baru.

8 comments:

CikFi said...

mcm baru bercinta jer kak gambar ngn en.win tu...hehe

Miss Moon said...

elly ...giler ramping nko ...gamba last tew nampak kaki nko halus je ...plus kasut baru tew mmg cantek di kaki nko ...tak sia sia nko laju laju cucuk duit kat atm beli kasut tew .............hiksssssssss

mentang nko dah kuwus laki nko pun sama turut kurus

Irfa said...

lawa kasut cuma aku dah xleh pakai tumit tinggi..sbb sakit belakang.huhu

tapi kan aku ngeri bila org citer psl luka lepas operate bersalin.lebih baik la beranak normal kalau boleh.tp kalau x boleh nak buat mcm mana kan

emm ko nampak kurus sikit

Filla ~ Kasihs said...

selalu aku nampak makanan je.. tapi kali ni aku nampak kasut je.. acaner tu???? hahahaha

Permata said...

Kak, awat en win nampak kurusss. apakah rahsiaaa diaaaa. jelesss aaiiii.

Elly said...

CikFi: Ahaks! Sekali sekala gambar ala2 manjer

Moon: Hi Moon...lama tak jumpakan! Filla lah ni busy jer.

Irfa: Mmg aku kalau ngandung esok2 harus kasi teran jugak takde potong2 ni. Seksa aku.

Filla: Aku sendiri pun asyik pandang kasut jer....camne tu!

Permata: Mana tak kurus asyik makan roti jer!

IdaShazana said...

amboi...tak lupa dgn kasut baru

damia hannah said...

Elly, i suka baca blog u..boleh bagi FB, boleh i add you..thanks