Nuffnang Advertisement

Friday, April 27, 2012

Kiddos...

Semenjak aku sakit ni perangai budak2 ni bukan main nakal tak ingat. Tak terkata aku....sampai tahap aku tengok jer mulut terkunci. Tak tahu duduk diam seminit pun.

Balik sekolah sampai rumah dalam pukul 7pm...kelam kabut cari nasi atas meja kelaparan....mana tak nyer duit belanja aku bagi buat beli eraser ngan mainan kecik2 kat book shop. Lepas tu tukar2 ngan adik dia.Tengah makan mulut bukan main bising bercakap berdua lepas tu tergelak terbahak2. Puas aku nasihat jgn berckp waktu makan tak peduli langsung....5 minit jer senyap lepas tu sambung balik memekak.

Lepas makan rehat 15 minit aku suruh mandi....aku tgh basuh pinggang kat bawah boleh dengar diorg terjerit2 dalam bilik air kat atas....kang aku dengar si adik menjerit "Mama....Yaya tak gosok gigi". Aku sabar lagi....kang dengar pulak si kakak menjerit "mama adik syampu sekerat kepala jer". Kadang2 aku buat bodoh jer....tiba2 kang aku dengar jeritan kuat pulak sbb main simbah2 air. Aku start lah naik hantu....naik atas sorang2 kena bantai kat bontot. Terdiam 15 minit...tak berani tgk muka mama dia menjadi singa jadian.

Lepas mandi lagi satu hal....mesti jerit lagi "mama nak pakai baju tidur ker baju jalan" dah tahu malam lagi nak tanya baju apa nak pakai. Badan & rambut tak lap kering2 terus pakai baju....lepas tu konpiden turun bawah kata dah siap. Dengan rambut tak bersikat menitik basah lagi....korang kata dah siap. Sekali lagi amukan berlaku. Kadang2 naik letih aku nak berckp and nasihat. Dua tiga hari jer ikut lepas tu jadi balik. Ini semua sbb diorang berdua combine kalau kakak ikut peraturan adik tak ikut itu yang jadi kucar kacir...adik mama x lap kering...yaya lap. Macam tu lah sebaliknyer.

Pukul 9 mlm semua depan meja buat kerja sekolah...aku akan check satu2 buku tengok homework ada ker tak. Time mengajar tak ada main2....kalau tak ada homework diorang kena buat latihan. Aku mmg x ada kesabaran time mengajar. Aku blh ajar sampai 3 kali jer masuk kali keempat tak faham jugak memang jeritan aku mengalahkan ning baizura. Sampai baling buku pun pernah aku buat....belum lagi tunjal kepala diorg ngan pencil. Korang angin tak....kalau lagu tu bukan main boleh hafal. Tapi bila suruh hafal kali mulut terkulat nak jawab. Menitik2 air mata apa aku pedulik.

Belajar habis dlm pukul 10pm.....tadi melalak kan time belajar....itu semua pura2 mintak simpati. Habis belajar jer bukak computer pasang you tube dengar lagu Big Time Rush lepas tu terkinja2 menari. Boleh pulak menari step sama dlm you tube. Mendidih tak korang. Dah puas menari.....boleh pulak aku dengar suara mengaji ...bila aku intai....mak ai siap pakai telekung bagai. Habis mengaji sambung menyanyi balik sampai pukul 11 mlm. Tak tahu letih langsung....esok pukul 6.30 pagi dah bangun. Itu belum lagi kalau datang kreativti melukis pulak habis kertas A4 paper berselerak atas lantai...tak cantik jer campak...wah! kuli korang ada kan nak kutip.

Aku sekarang malas nak menjerit lagi....tau2 zassss rotan kena bontot. Nak suruh tidur pun bergaduh "mama....adik tak tutup mata"......"mama.....yaya bercakap adik tak boleh tidur". Aduan demi aduan aku kena dengar. Tapi kalau difirkan balik masa cepat betul berlalu....esok masing2 dah besar mesti dah tak ada kerenah macam ni....kerenah remaja pulak pulak diorang bawak.


"Mama.....sayang both of you so much.....meh sini mama peluk korang ketat"



Danea Irfan



Ameera Danii


5 comments:

saya tak tipu....nina the mummy n the boys said...

cantik2nyer.....anak dara u!!!!suke!!

FMT said...

dah nampak makin sihat. Semoga pulih sepenuhnya secepat mungkin. Kak, sy nak tanya, akak guna cleansing product apa ya?

IdaShazana said...

kita serupa....
jadi tarzan tiap2 5 minit. rasa nak tercabut pembuluh darah. tapi apakan daya, diorang tak heran dah

Ina Khairina said...

comel2 ank kak ely,sama comel mcm mama depa

[i.l.y.a] said...

Awww sweetnyeeee! :)