Nuffnang Advertisement

Monday, April 16, 2012

I luv u Darling....aaaauuuwwwww!

Aaaaauuuwwwww....matilah topik puji laki hari ni. Harap jangan muntah darah sbb aku mmg nak puji En Win hari ni. En Win orang dia mmg simple sangat....tak suka fikir problem langsung. Kalau ada masalah pun dia cool jer. Dia sentiasa ceria & pandai menjaga hati semua orang. Satu benda jer dalam hidup En Win dia tak suka bila dia balik rumah aku buat muka masam atau boikot tak bercakap . Mmg pantang datuk nenek dia. Dia tak suka aku susah hati, dia tak suka bila aku senyap. Dia tahu wife dia ni kuat membebel. Kalau senyap maknanya adalah yang aku tak puas hati. Dia tak suka bergaduh....dia tak suka tengok aku merajuk. Mmg kami jarang bergaduh kalau bergaduh pun mesti sbb aku yang suka cari pasal.

So bila doktor kata aku ada ketumbuhan aku melalak bukan main tapi dia tetap cool. Dia tak nak cakap atau pun buat keputusan apa2 pun pada masa itu. Dibiarkan aku luah kan segala2nya. Dia biarkan aku menangis sepuasnya. Lagi lah aku tensi tengok muka dia macam tak ada hal jer. Esok nyer baru dia nasihatkan aku. "Ma benda dah terjadi u menangis pun kita still kena hadapi....tak payah risau2 doktor tau apa yang dia kena buat...u susah hati...u menangis.....u mengamuk itu semua kerja syaitan....u patut bersyukur sbb kita dapat selesaikan masalah ni sebelum terlambat". "Just believe in yourself, pray to Allah, everything will be fine". Cool kan dia....hahahahaha.

Sepatutnya selepas aku operate...anak2 semua akan dihantar rumah MIL. Tapi En Win tak nak....dia kata susah senang biar kita anak beranak hadapi....jgn susahkan orang lain. Sepanjang kat hospital waktu pagi selepas hantar anak2 kesekolah En Win akan melawat aku....dia akan suapkan aku makan....dia akan lapkan badan aku. Tak tahu macam mana nak luahan tapi aku betul2 tersentuh. Dia sentiasa ada sisi aku bila aku memerlukan.

Sekembalinya aku dirumah....semua tugas aku En Win ambil alih. Pagi dia akan siapkan adik, mandikan, ikatkan rambut, siapkan bekal dan sarapan. Lepas hantar adik kesekolah dia akan siapkan sarapan utk aku pulak.. Lepas aku dah sarapan dia start basuh kain, kemas rumah. Sediakan utk makan tengahari. Siapkan Yaya...bg makan...hantar sekolah....ambik adik....sediakan makan utk aku dan adik.....semua selesai dia akan ke kedai. Kelam kabut balik sediakan minum ptg....ambik Yaya....beli makanan utk dinner.....check kerja sekolah....dan akhirnya sampailah budak2 dia tidurkan.

Dia menjaga aku seperti seorang pemaisuri....kata En Win inilah masa dia nak manjakan aku .Mandikan aku, syampukan dan sikatkan rambut aku Aku pulak yang tersipu2 malu...aaauuuuuwwww. Dia akan make sure yang aku sentiasa tersenyum dan happy. Dia tak pandai meluahkan dengan perkataan tapi dengan perbuataannya aku tahu dia sangat mencintai aku. I luv u toooo Pa.

Mungkin bagi korang ini perkara biasa....perkara yang semua suami akan buat bila isteri dia sakit. Tapi macam mana aku nak luahkan yer...benda2 kecil macam ni menyedarkan aku betapa bersyukurnya aku menjadi isteri kepada Muhamad Yazwin Irfan. Dia bekerja kuat utk keluarga....mula2 berkawin selama 3 tahun aku duduk denagn inlaw tapi dengan kerja kuat En Win dia mampu menyediakan rumah yang selesa utk aku dan anak2. Alhamdulilah.




Pa....I luv u so much dan betapa bersyukur nya I dapat menjadi isteri u...harap kasih sayang kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat....Amin.

7 comments:

Filla ~ Kasihs said...

wah.. aku pon tersentuh baca nie.. betuah badan....mcm tu lah kan.. saling melengkapi ;)

♥ suE said...

so sweet~ tp time2 mcm tue laa baru kt nampak pengorbanan besar husben kt kan...so, dah sihat kee skang..? neway, dh follow u...follow me back yaa~ ;)

mummy alisha said...

banyakkan sabar yea kak... romantik couple...

Anonymous said...

sngt sweet... terharu baca...

Irfa said...

alahai..tersentuhnya hati
harap aku juga dapat layanan sebegini bila aku tak sihat ;)

Anonymous said...

sweet sgt...i doakan both of you bahagia hingga ke hujung nyawa...:-)

Tale Of A Little Big Girl said...

waaa tersentuh hati... :,)