Nuffnang Advertisement

Thursday, March 29, 2012

Symptoms2 penyakit Endo ni

Ramai tanya aku soalan pasal symptom2 penyakit aku ni. Kenapa aku tak boleh rasa sbb cyst ni dah membesar.....dah sampai stage 4. Jawapan dia senang aku penakut nak jumpa doktor....sakit sikit2 aku tahan jer. Satu lagi pengajaran buat aku jangan ambik mudah lain kali.

Sympton2 Endo ni:

1. Sebelum period aku akan mengalami sakit pinggang sebelah kiri (depend Endo ni tumbuh kat bahagian mana) yang teramat sangat...sampai kalau nak tunduk ambik barang pun tak boleh. Tapi aku kan blur ingat sebab kerja banyak sangat sampai pinggang terpeliuk....jadi pergilah lah urut.....dan paling bodoh nya aku boleh tak perasan sakit pinggang aku ni cuma muncul time period jer. Bila aku ingat2 balik "Eh betul lah Pa dia sakit bila nak period jer"....jelingan maut dari En Win di depan doktor.

2. Darah period yang banyak giler. Satu hari aku akan tukar 3 hingga 4 kali. Tapi aku anggap normal sbb mmg aku dari remaja darah banyak keluar waktu period. Kalau darah sikit aku risau kalau banyak aku tak risau. Tapi tak lama 3 hari jer lepas tu sikit2 jer tinggal. Sekali lagi doktor ngan En Win geleng kepala dengar jawapan aku. Muahahahahaha

3. Ini sensitive sikit tapi nak share jugak. Bila aku "bersama" ngan En Win akan terasa sakit. Sakit tapi sedap....Hahahaha (sila tutup mulut dan telinga). Tak lah sakit sangat tapi cuma tak selesa. Disebabkan aku pakai IUD aku buat andaian sendiri mungkin bila aku ON benda tu terkena IUD itu yg kadang2 terasa sakit. Andaian yang sangat bodoh...dan sebenarnya aku takut nak jumpa doktor jadi sengaja lupakan apa yang terjadi. Tolong jangan ikut perangai aku. Kali ni En Win tenung jer muka aku sbb malu tengok muka doktor takut dikatakan ganas.....hahahahahahaha.

4. Aku cepat stress....sebab penyakit ni menganggu hormon aku. Jadi jangan salahkan aku tiba2 aku gelak, tiba2 aku loncat2 depan korang. Aku bukan giler hormon tu yang buat aku jadi macam ni. Jadi aku tak salah.

So far itu symptom2 yang sama ngan aku yang lain aku x nak dengar sbb tak lama lagi aku dah nak kena potong. Korang mesti nak tahu macam mana perasaan aku sekarang....aku pun tak tahu. Macam tak ada perasaan yer gaks . Sebenarnya aku tak nak fikir kan benda ni sebab bila aku fikir tiba2 aku boleh rasa sakit sebelah kiri pinggang aku kalau aku tak fikir tak sakit pun. Giler lah penyakit ni.

Cuma aku tahu... aku nak makan puas2 sebelum operate....aku dah list kan restaurant yang kena pergi dan juga baju2 yang akan dibeli di ZARA dan tidak ketinggalan membeli handbeg juga. Pada waktu ini segala permintaan akan ditunaikan....muahahahah. Semalam bukan main melalak hari ni perangai keji aku dah datang....marilah kita salah kan hormon.

KORANG SEBENARNYA AKU TAKUT DAN RISAU JADI LAYAN JER LAH AKU YER!! ASYIK TERBAYANG2 ORG TGH TOLAK AKU MASUK LABOUR ROOM!
TAKUTTTTTTTTT!! huhuhuhuhu

8 comments:

Wahabeila said...

slm kak elly..sy rajin baca akak nye blog...skang sy tgh terbaring disebabkan kes yg sm mcm akak..cuma sy punya kes ni cuma darah yg telah berkumpul..dan dlm.masa sm sy punye appendix dibuang sbb telah membengkak...dr kata perkara ini terjadi sbb biler kite period darah kotor tu tak keluar semua...darah tu masuk semula kedlm perut...itu yg menyebabkan kita sakit biler time period...nway sy doakan akak moga selamat menjalani pembedahan....

miss paola said...

take a good rest & hopefully operation b'jln lancar..

~~AzaLea~~ said...

lawaklah akak ni...

tp tak pe kak, berhabis2an dulu shopping mopping.. biar tak pk sgt nk msk labour room tu...

Anonymous said...

Salam Elly,

Kuatkan semangat Elly, jgn takut..

My Experience, masa nak masuk OT mmg rasa takut...tapi pastu tak ingat apa-apa..sedar2 aje dah kena sorong masuk wad..esok nurse dah suruh duduk, buat perlahan2 sebab sakit kat luka tu bila stretching..esoknya, dah ok lahhh..dia macam ceasarean operation jer..hehe...akak lagi best..sebulah sebelum operation tu, miscarriage & buat D & C. Sebulan lepas D & C stilled ada spotting gak..rupa-rupanya ada another baby kat fallopian tube, which is known as ectopic pregnancy..surprisingly, baby sedang membesar dan tube tu hampir pecah. Another surprise, ada cyst kat ovari kanan dan ovari pun hampir ruptured. So, doktor buat emergency operation immediately. Fallopian tube belah kanan kena buang. Ovari dapat diselamatkan...lepas operation 2 minggu, akak Ooo La La kat penang, batu feringghi okayy..and tak lama lepas 6 bulan, akak pregnant okay..semua kehendak Allah..so, think positif..doktor ni kadang-kadang mcm menakutkan aje..hehe..

Irfa said...

sbb tu ada org kata 'lebih baik tak tahu daripada tahu.sbb bila dah tyahu mesti kita jadi risau'

moga berjalan lancar pembedahan itu

Anonymous said...

kak elly,

check inbox pesbuk eh...

i share sumtin with u...

Anonymous said...

Elly, sy selalu baca blog elly. Sy doakn elly dipermudahkn Allah semasa menjlni operation tu nanti

wann sury said...

dah operate ke?something to share..
http://www.wannsury.com/search/label/PREMIUM%20BEAUTIFUL