Nuffnang Advertisement

Friday, March 30, 2012

Selesaikan segala urusan....

Hari ni last day aku bekerja. Minggu depan dah start cuti...mungkin 2 minggu atau 3 minggu aku akan diberi cuti. Kena siapkan note2 utk diberikan kepada orang yang mengantikan tempat aku. Sian dia terpaksa gantikan tempat aku secara mengejut....mesti dia takut kan. Aku faham mesti dia merungut dalam hati sbb aku dulu2 pun macam tu gaks tak suka gantikan tempat orang.

Aku ada satu perangai yang sangat buruk (satu jer ker macam tipu jer kan!). Aku suka buat kerja sorang2 tak suka share kerja tapi kerja orang lain aku sibuk nak tahu dan sibuk nak tolong. Tapi kerja aku....aku suka buat sendiri, aku tak suka menyusahkan orang. Jadi kalau apa2 pun terjadi biar aku yang tanggung sendiri. Bila ada perkara2 yang emergency macam ni aku jadi susah hati sbb takut orang tak boleh ikut cara aku. 

Begitu juga dengan hal rumah dan anak2. Aku lebih selesa uruskan sendiri tanpa pertolongan orang lain. Jadi bila aku nak operate ni MIL aku kena jaga anak aku sepenuhnya aku jadi susah hati pulak. Bukan kata MIL tak pandai jaga....MIL the best dia selalu ringankan tugas aku cuma aku yang bangang ni suka risau benda2 yang kecil dan bodoh. Macam mana homework anak aku nanti, siapa nak siap kan diorg gi tuisyen, mengaji, susun buku, siapkan diorg gi sekolah. Anak2 aku ni kalau tak ada aku semua benda jadi lambat...aku kang kalau tak siap jer buat homework mmg jeritan singa akan kedengaran. Korang tahulah duduk ngan nenek ngan atuk ni manja dia jadi lain macam. Semua ok....semua takpe...itu yang naik lemak anak2 aku  nanti.

Macam kes semalam sepatutnya Yaya kena pergi tuisyen...tak sempat balik rumah jadi kena mandi rumah inlaw aku.....eh! tiba2 dia boleh melalak sekuat hati tak nak gi tuisyen. Mengada depan inlaw aku sbb dia tahu nanti atuk ngan nenek dia boleh pujuk. Aku apa lagi naik hantulah. Lagi aku marah lagi kuat melalak dia. Lama2 aku fade up terus bawak dia balik rumah dalam kereta dengarlah syarahan aku mengalahkan Ustaz Ismail Kamus. Lagi satu bab homework pulak...kalau tanya dua beradik ni ada homework ker tidak.....memanjang jer jawapan dia tak ada. Bila check satu2 buku.....hambek ko melambak homework. Korang faham tak maksud aku sekarang....benda2 mcm ni lah buat aku risau nanti. Memanjang kena kelentong jer lah Inlaw aku nanti ngan budak2 ni.

Itu sebab aku selalu kena bebel ngan En Win....semua nak buat sendiri hujung2 aku penat lepas tu mengamuk kat dia balik. Hahahaha....marilah kita salah kan hormon sekali lagi. Aku rasa kali ni aku kena lepaskan sikap ego aku ni....bagi kepercayaan kat orang lain utk membantu aku dan lebih bersikap terbuka. Jgn risau x tentu pasal....manalah benda dalam perut aku ni tak cepat besar....sbb aku suka risau benda yang kocik2. Kemon Elly u can do it!!. TAPI AKU TETAP RISAU GAKS.....hahahahaha hormon2. Eh!

2 comments:

luvelymummy said...

Salam Perkenalan.. Elly,

Jangan risau sangat pasal sakit tu. Insyallah xde apa2. Ai pun penah mengalaminya, fibrod dalam rahim.Masa ai kene tu, ai blom tawin lagi, pg spital HUKM dia nak trus buang ai punye rahim & my mother trus ckp ngan doc tu, nak pg tye kat spital lain. Alhamdulillah, after mintak second opion, doc tu ckp rahim ai bole diselamatkan lagi after bua operation kuarkan fibrod tu & alhamdulillah jugak skunk ai dah ada 2 kids.. heeee... Semoga Elly sabar & tabah...!!

Irfa said...

aku pun sama..
suka nak buat semua sendiri dan tak percaya pd org,endingnya bila aku penat..cepat je nak mengamuk