Nuffnang Advertisement

Thursday, March 22, 2012

Matta Fair!!!

Last week ada Matta Fair....so aku tak lepas kan peluang utk belikan tiket utk anak2 aku. Haritu waktu MAS promotion aku cuma beli ticket utk aku ngan En Win jer (konon nak honeymoon katanya) tapi hati En Win lebih lembut dari aku x sanggup meninggalkan anak2. Ok lah percutian keluarga katanya.

Seperti biasa aku yang akan menguruskan segala tiket2 ni....En Win tak akan ambik tahu....yang dia tahu hari nak pergi bawak beg jer....kalau aku silap buat....mata dia nanti bulat2 marahkan aku. Senang yer hidup u Pa! Takpe asal u bayar I akan uruskan segala2nya.

Matta Fair hari tu aku tak gi pun kat PWTC....giler korang jem nak mampus lepas tu ramai giler. So awal2 aku pesan kat budak travel agent check kan promotion price kalau ikut budget aku dia boleh proceed jer terus tanpa tanya aku. Senangkan!. Dasar pemalas.

Aku beli flight ticket ngan Rome package kat Triways Travel dekat Taman Tun. Senang dekat ngan opis aku. Lag ipun dah biasa dgn staff kat sini....tak pening kepala.



Sementara tunggu diorang settledkan benda2 aku...meh kita tgk promotion negara2 lain. Kepada sesiapa nak melancong or ada perancangkan utk ke luar negara aku cadangkan korang tunggulah Matta Fair sebab harga yang ditawarkan sangat2 berbaloi. Boleh save banyak duit terutama flight ticket.



After discuss ngan En Win utk ke Rome nanti kitaorang prefer ambik package jer sbb rasanya tak pandai nak drive kesana-sini takut buang2 masa nak mencari tempat....walaupun lebih murah dan senang tapi kita orang lebih prefer ikut package jer. So tak yah pikir2 nak tgk map bagai....sbb aku sgt lembab. Package yang kita orang ambik ialah package "TRAFAGAR" selama 10 hari. Package termasuk Accomodation, bekpes, dinner n  tour ke Rome, Assisi, Florence, Pisa, Bologna, Venice and kalau sempat nak singgah Switzerland. The best part hari nak balik nanti package ni siap ada Farewell party lagi....ahaks! aku kalau party2 ni mmg suka. Package ni anak2 punya aku cuma bayar deposit dulu balance payment lagi sebulan nak pergi baru bayar. Aku punya ngan En Win dah settled.




Flight ticket budak2 pun dah settled bayar. So sekarang tinggal nak fikir utk duit belanja kat sana ngan balance package. Seperti  biasa aku tak habis2 main kutu so dengan cara itu jer ada simpanan sikit....yang lain kena kerja lebih keras lagi nak push bisnes kaw2....doa kan yer korang.



orang2 yang paling gembira sbb nama sudah ada dalam list adalah :-



Dua monsters yang comel dan rasa nak gigit2. Aku mulut jer tak bagi pergi tapi hati aku lembut sebenarnya. Tempat yang indah mesti nak kongsi bersama anak2 kan. Ini pun rezeki diorg jugak.


Terima kasih Tuan!!!! hahahaha Kadet konon.

3 comments:

Irfa said...

hebat hebat :)
seronoknay bercuti sekeluarga
en win sama ngan laki aku la..tak sampai hati nak bercuti tanpa anak2.
kalau aku..okey je :)

IdaShazana said...

komen yg tak de kena mengena dgn n3.

sliding door tu mmg macam tu ke? atau letak sticker? nampak menarik sungguh

Elly said...

Irfa: Kannnnnnn!

Ida: Itu curtain blind.