Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 7, 2012

Kenali aku...

Ahaks! tak agak2 ajak orang kenal diri kau yer....itu syok sendiri namanya. Saja jer nak share2 ngan korang perangai aku yang tak berapa betul ni.

1. Aku ni giler vavi sensitif...lembut hati aku ni. Tahap sensitif aku ni mmg melampau. Katalah ada berita tunjuk kejayaan anak2 yang pas SPM ker UPSR itu pun aku boleh nangis. Kalau kat radio wish utk mother's day pun aku nangis jugak. Tgk hindustan lagi teruk siap sedu sedan aku.

2. Suka berangan. Ini sejak kecik.....sebelum tidur aku mesti berangan dulu. Macam2 aku berangan jadi orang kaya lah, jadi pekerja yang berjaya lah....bila hati aku puas baru aku boleh tidur.

3. Suka berkawan dan bercakap. Aku tak boleh duduk diam...pening kepala aku kalau tak dapat bercakap. Nasib baik aku dapat kawan pun suka dengar aku bercakap....hahahaha.

4. Jarang tunjuk kemarahan dan tak tahu pun nak marah (cuma ngan anak2 dan suami jer aku macam singa). Tapi sekali aku meletup korang siap....habis aku maki hamun....lepas tu bye2 jgn jumpa aku lagi.

5. Aku kalau suka sesuatu baju tu aku akan beli 3 - 4 helai design yang sama tapi colour jer lain2.

6.  Terlampau menjaga hati kawan2 kadang2 sampai diorg pijak kepala aku.

7. Perangai buruk aku kalau aku tak suka seseorang tu korang boleh tengok dari muka aku....bila ckp aku x akan pandang orang tu.

8. Cintakan pantai dan laut. Aku kalau bercuti suka berehat kat pantai2. Tapi En Win tak suka dia kata orang pemalas jer suka tempat2 macam ni.

9. Tak suka ambik tahu hal remeh temeh. Tak suka fikir masalah....biar benda tu selesai dengan sendiri nya.

10. Not a morning person. Aku moody di waktu pagi...tak suka bercakap. Waktu ni muka sombong aku akan kelihatan. Lepas 1 or 2 jam baru aku ok balik.

11. Suka buat keputusan terburu-buru.

12. Aku bukan orang yang teliti....kerja kena pantas. Siapa yang lembab jangan kawan ngan aku.

13. Perkara yang paling pantang....jgn membebel atau marah bila aku tengah makan harus aku terbalik kan makanan tu. Jangan usik keluarga aku....kalau berani cuba aku boleh jadi perempuan giler dengan sekelip mata.

14. Senang di pujuk. Aku cepat marah tapi senang di pujuk...cukup dengan perkataan sorry hati aku dah lembut.

15. Aku pendengar yang baik. korang boleh cerita apa sahaja dengan aku....by end of the day korang akan lega bila jumpa aku. Trust me....part ni aku mmg terror.

16. Aku garang dan tegas ngan anak2.  Time belajar jangan nak main2 dengan aku. Lepas settle belajar aku akan  bertukar jadi orang lain....dimana anak2 aku boleh share apa2 sahaja dengan aku.

17. Tak suka masuk campur hal orang dan tak suka tegur kesilapan orang....korang nak buat jahat ker baik ker.....itu pahala dan dosa korang yang dapat bukan aku.

18. Suka memberontak....kalau korang paksa aku sampai bila2 pun aku tak akan buat.

19. Sangat romantik....ahaks. Aku suka muzik yang sentimental, aku suka benda2 yang suprised. Aku suka manja2 dengan En Win.

20. Tabiat paling buruk....aku tak suka dengar pendapat orang....aku nak orang dengar cakap aku. Aku suka menjawab kalau aku rasa benda itu tak betul. Tapi aku kena ubah perangai aku yang ke-20 ni....very bad kan.

21. Sangat boros....selalu beli benda yang tak penting. Kalau aku suka aku akan dapatkan dengan apa cara sekali pun.

22. Suka masakan kampung.

Cukup lah penat aku pikir perangai aku sendiri....ok bai.

4 comments:

Pinkish Mumma said...

sejibik mcm ai...:)

Irfa said...

12347..11.12..16..19 n 22
sama cam aku..:)

tapi aku susah makan pujuk
boleh merajuk 5 6 hari
sgt buruk

IdaShazana said...

tak suka pantai, panas menyengit. takut kulit yang macam kulit manggis ni jadi rentung

Rinah said...

Yang 1st je sama ;) hahaha